Hasil Pembelajaran:
a.
Membuat ulasan tentang:
(i) Undang-undang dan
pentadbiran harta pusaka di Malaysia, iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka
besar, dan harta pusaka ringkas.
(ii) Peranan Mahkamah
Syariah dalam pentadbiran harta pusaka.
(iii)
Penyelesaian secara muafakat
Undang-undang dan pentadbiran
harta pusaka di Malaysia, iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka besar, dan
harta pusaka ringkas.
1.
Harta Pusaka Kecil
Harta pusaka yang
ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat kurang daripada RM 2 juta yang terdiri
daripada harta tak alih sahaja, atau campuran antara harta tak alih dan harta
alih.
Tuntutan
pembahagian harta pusaka kecil bagi orang-orang Islam dan bukan Islam boleh
dibuat di Pejabat Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah di hadapan Pegawai Penyelesai
Pusaka.
Kebiasaannya
tuntutan atau permohonan pembahagian harta pusaka kecil dibuat di Pejabat Tanah
di mana harta tak alih si mati terletak.
Sekiranya si mati
mempunyai tanah yang banyak tempat, sama ada di negeri yang sama atau negeri
yang berlainan maka daerah yang mempunyai nilai harta si mati yang paling
tinggi akan mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikannya.
2.
Harta Pusaka Besar
Harta pusaka yang
ditinggalkan oleh si mati melebihi RM 2 juta harta tak alih sahaja, atau harta
alih sahaja, atau campuran kedua-duanya atau harta yang kurang daripada nilaian
RM 2 juta, tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.
Permohonan
hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil yang berhampiran dengan tempat
tinggal si mati untuk mendapatkan sama ada probet (surat kuasa wasiat bagi
orang bukan Islam), surat kuasa mentadbir pusaka (bagi pusaka tanpa
wasiat) ataupun surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar. (bagi si mati yang
meninggalkan wasiat sebahagian hartanya.
Bagi yang beragama
Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan hartanya tidak melebihi 1/3
kepada pihak-pihak yang lain selain daripada waris-warisnya kecuali dengan
persetujuan semua waris-waris lain.
Permohonan boleh
dibuat oleh waris-waris si mati atau si piutang sama ada secara persendirian, melalui khidmat peguam ataupun
menerusi bantuan Pegawai Penyelesai Pusaka atau ARB. Setiap permohonan
hendaklah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Pusat di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur bagi menentukan sama ada harta pusaka tersebut telah dituntut atau
sebaliknya.
3.
Harta Pusaka Ringkas
Harta pusaka tanpa
wasiat yang ditinggalkan oleh si mati kurang daripada RM600.000 yang terdiri daripada
harta alih sahaja tanpa wasiat seperti wang tunai, saham, KWSP, ASN ASB,
kereta, wang simpanan dan sebagainya.
Permohonan untuk
penyelesaian dan pembahagian harta pusaka ringkas hendaklah dibuat melalui
Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad.
Pembahagian harta
pusaka tersebut dibuat kepada waris-waris yang berhak mengikut kadar tertentu sepertimana yang dinyatakan
dalam Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
Peranan Mahkamah Syariah dalam
pentadbiran harta pusaka
1.
Mengeluarkan sijil faraid-
jika waris yang terlibat ingin membahagikan harta pusaka secara faraid.
2.
Menentukan kesahan wasiat-
jika si mati ada meninggalkan wasiat dan menjadi pertikaian di kalangan waris
sama ada wasiat berkenaan sah atau tidak.
3.
Menentukan kesahan hibah- jika
si mati ada membuat hibah semasa hidup dan menjadi pertikaian selepas kematian.
4.
Menentukan kesahan wakaf- jika
si mati ada mewakafkan hartanya semasa hidup dan menjadi pertikaian di kalangan
waris selepas kematiannya.
5.
Menyelesaikan tuntutan harta
sepencarian- suami atau isteri berhak menuntut harta sepencarian salah satu
pihak yang meninggal sebelum pembahagian dilakukan.
6.
Mengesahkan akad nikah- jika
timbul pertikaian tentang sah atau tidak sesuatu perkahwinan antara si mati dan
waris.
7.
Menentukan status waris- jika
timbul pertikaian sama ada seseorang waris itu berhak mendapat pusaka atau
sebaliknya.
8.
Menentukan status harta
pusaka- menentukan status harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada termasuk
harta pusaka atau sebaliknya.
9.
Perisytiharan status agama-
jika timbul pertikaian sama ada si mati atau waris beragama Islam atau
sebaliknya.
10.
Menentukan kesahtarafan anak-
jika berlaku keraguan sama ada seorang anak yang ditinggalkan si mati sah tarafnyanatau
sebaliknya.
Penyelesaian secara muafakat
Pembahagian harta pusaka
mengikut muafakat hukumnya harus sekiranya seseorang itu
berpegang kepada konsep pembahagian iaitu:
“Asal pembahagian adalah mengikut faraid.
Iaitu setiap orang wajib mengetahui terlebih dahulu siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka itu dan berapa bahagian yang
akan mereka perolehi sekiranya pembahagian dibuat mengikut hukum faraid.
Sesudah itu mereka bolehlah bersetuju dengan apa cara pembahagian sekali pun
sama ada mengikut kadar faraid, bahagian sama banyak, seorang memiliki satu
harta, penyerahan hak kepada seorang atau beberapa orang sama ada dengan
bayaran atau percuma dan sebagainya.”
CONTOH SOALAN
(Soalan STPM 2013)
(a) |
Terangkan tiga penanan
Mahkamah Syariah di Malaysia dalam urusan pentadbiran dan pembahagian harta
pusaka orang Islam. [6] |
|
|
(b) |
Jelaskan tiga
liabiliti harta pusaka yang perlu ditunaikan oleh waris sebelum pembahagian
harta pusaka dilakukan. [6] |
|
(c) |
Terangkan pembahagian harta pusaka bagi seorang lelaki
yang meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki, bapa, ibu,
nenek (ibu kepada ibu si mati), dan datuk (bapa kepada bapa si mati). [8] |
(Soalan STPM
2015 dan Ulangan 2014)
(a) |
Terangkan
maksud pembahagian harta pusaka secara muafakat dan hukumnya. [4] |
|
|
(b) |
Jelaskan dua
syarat pembahagian harta pusaka secara muafakat. [4] |
|
(c) |
Huraikan
kes pembahagian harta pusaka yang berikut menurut hukum faraid. (i)
Seorang
lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, dua orang anak
perempuan, dan empat orang saudara perempuan seibu sebapa. [6] (ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak
lelaki, dan ibu. [6] |
(Soalan STPM 2018 dan Ulangan 2017)
(a) |
Terangkan
empat liabiliti dalam harta pusaka. [4] |
|
|
(b) |
Peranan
utama Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia
ialah mengeluarkan Sijil Faraid. Jelaskan cara permohonan sijil Faraid
tersebut. [8] |
|
(c) |
Huraikan
kes pembahagian harta pusaka bagi seorang lelaki yang telah meninggal dunia
dengan meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan, tiga orang
saudara perempuan seibu sebapa, dan seorang saudara lelaki sebapa. [8] |
(Soalan STPM
2019 dan Ulangan 2018)
(a) |
Terangkan maksud harta pusaka
ringkas dan agensi yang terlibat dalam pentadbiran harta pusaka ringkas.
[3] |
|
|
(b) |
Jelaskan prosedur tuntutan harta
pusaka kecil di Unit Pembahagian Pusaka. [8] |
|
(c) |
Selesaikan kes pembahagian harta
pusaka berikut: (i)
Seorang lelaki meninggal dunia
dengan meninggalkan ibu, dua orang saudara perempuan seibu sebapa, seorang
saudara perempuan sebapa, dan tiga orang bapa saudara sebelah bapa seibu
sebapa. [4] (ii)
Seorang perempuan meninggal dunia
dengan meninggalkan suami, bapa, dan seorang anak lelaki. Harta peninggalan
si mati bernilai RM120 000.00. |
(Soalan STPM
2020 dan Ulangan 2019)
(a) |
Nyatakan dua
perbezaan antara waris ashab al-furud dengan waris ‘asabah.[4] |
|
|
(b) |
Jelaskan
proses pentadbiran dan pembahagian harta pusaka kecil bagi orang Islam
berdasarkan peruntukan undang-undang di Malaysia. [8] |
|
(c) |
Selesaikan
kes pembahagian harta pusaka seperti yang berikut: (i)
Seorang
lelaki meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak perempuan, seorang anak perempuan kepada
anak lelakinya (cucu perempuan), dan dua saudara perempuan seibu sebapa
dengannya. [4] (ii) Seorang perempuan meninggal dunia dengan meninggalkan ibu, bapa, dua
orang saudara lelaki seibu sebapa dengannya, dan seorang saudara perempaun
seibu dengannya. [4] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan