Objektif Pembelajaran: a.
Menjelaskan
pengertian al-Quran. b.
Menjelaskan
maksud ungkapan:
(i). Wahyu yang bermukjizat.
(ii). Diturunkan kepada Rasulullah.
(iii). Diturunkan dalam Bahasa Arab.
(iv). Dinukilkan secara mutawatir
(v).
Menjadi ibadah
dengan membacanya. c.
Mengemukakan
dalil dan hujah tentang al-Quran sebagai sumber hukum utama. d.
Menjelaskan
tiga uslub al-Quran dalam menentukan hukum , iaitu amr, nahy dan takhyir. e.
Mengenal pasti
contoh daripada nas al-Quran untuk menjelaskan ketiga-tiga uslub tersebut. f.
Menjelaskan maksud kedua-dua jenis dalalah al-Quran, iaitu qat’iyyah dan zanniyyah. g.
Mengemukakan contoh daripada nas al-Quran yang menjelaskan hukum
bagi kedua-dua jenis dalalah tersebut. |
Kalam Allah dalam bahasa Arab yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang menjadi
mukjizat kepada Baginda, dipindahkan/dinukilkan kepada umatnya secara mutawatir
dan membacanya adalah ibadah.
Maksud Ungkapan:
UNGKAPAN |
HURAIAN |
Kalam Allah/wahyu |
Merupakan wahyu Allah
yang mempunyai ketinggian bahasa dari segi susunan dan kesusasteraan yang
merangkumi semua aspek kehidupan dan berbagai-bagai jenis hukum. Al-Quran
tidak dapat dicabar keagungannya walaupun satu surah. |
Diturunkan dalam Bahasa Arab |
Al-Quran diturunkan
dalam bahasa Arab. Sekiranya al-Quran dialihkan kepada bahasa lain selain
bahasa Arab, maka ia tidak dianggap sebagai al-Quran dan tidak boleh
berpegang kepadanya. |
Nabi Muhammad/ Rasulullah |
Al-Quran diturunkan
khusus kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan dan dijelaskan kepada
manusia. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad sahaja dan tidak kepada nabi-nabi
lain. |
menjadi mukjizat |
Merupakan perkara luar
biasa yang tidak mampu manusia membuatnya/menandinginya kerana ia di luar
kemampuannya. Mukjizat al-Quran ini dianugerahkan kepada Nabi Muhammad untuk
menguatkan kenabian dan kerasulannya serta menjadi bukti bahawa agama yang
dibawanya adalah benar-benar dari Allah SWT. |
Dinukilkan secara mutawatir |
Al-Quran dipindahkan
oleh segolongan ramai manusia sepanjang zaman dari golongan sahabat sehingga
kini secara mulut ke mulut (lisan), hafazan, tulisan dan mashaf yang
bilangannya mustahil mereka berpakat untuk memalsukannya. |
membacanya adalah
ibadah. |
Sesiapa yang membaca
al-Quran akan diberi ganjaran pahala ibadah oleh Allah SWT serta hanya
ayat-ayat al-Quran sahaja yang boleh dibaca dalam solat. |
Kehujahan al-Quran sebagai sumber hukum Islam yang utama
Para ulama bersepakat bahawa al-Quran adalah hujah dan
wajib berpegang dengannya dan ia merupakan sumber yang pertama bagi perundangan
Islam. Tidak boleh berpaling dari al-Quran kepada sumber-sumber hukum yang lain
kecuali apabila tidak didapati hukum bagi masalah yang dikehendaki, kerana
al-Quran tidak didatangi sebarang kebatilan serta terpelihara dari sebarang
perubahan sepanjang zaman sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Fushilat:
42
لَّا
يَأۡتِيهِ ٱلۡبَٰطِلُ مِنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَلَا مِنۡ خَلۡفِهِۦۖ تَنزِيلٞ مِّنۡ
حَكِيمٍ حَمِيدٖ
Maksud: Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan
dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana
lagi Maha Terpuji.
Di antara dalil yang menunjukkan bahawa al-Quran adalah
hujah wajib berpegang dengannya ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa: 105
إِنَّآ
أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ
أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا
Maksud: Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu (wahai
Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di
antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui
wahyuNya).
Hujah yang membuktikan kedudukan al-Quran sebagai sumber hukum utama dalam
syariat Islam:
-
Dalil al-Quran surah al-Maidah: 48
فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ
ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ
Maksud: maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli
Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepada mu), dan
janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari
apa Yang telah datang kepada mu dari kebenaran.
-
Hujah (jika calon tidak ingat dalil):
1.
Rasulullah s.a.w. sendiri menyelesaikan sesuatu masalah dan menetapkan
hukum melalui wahyu dari Allah SWT.
2.
Ijmak ulama mengatakan bahawa al-Quran adalah hujah dan merupakan sumber
pertama yang perlu dirujuk dalam penentuan sesuatu hukum dalam perundangan
Islam.
BUKTI AL-QURAN SEBAGAI SUMBER HUKUM ISLAM YANG UTAMA
A. Kebenaran Al-Quran
Kehujahan Al-Quran itu terletak pada kebenaran dan
kepastian isinya yang sedikitpun tidak ada keraguan atasnya. Hal ini
sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 2;
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ
فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ
Maksud: kitab (Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
Berdasarkan ayat di atas yang menyatakan bahawa kebenaran
Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, maka seluruh hukum-hukum yang
terkandung di dalam Al-Quran merupakan aturan-aturan Allah yang wajib diikuti
oleh seluruh umat manusia sepanjang masa hidupnya. Seluruh Al-Quran sebagai
wahyu, merupakan bukti kebenaran Nabi S.A.W sebagai utusan Allah,tetapi fungsi
utamanya adalah sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia.
B.
kemukjizatan al-Quran
Mukjizat bererti sesuatu yang luar biasa yang tiada kuasa
manusia membuatnya kerana hal itu adalah diluar kemampuannya.Mukjizat merupakan
suatu kelebihan yang Allah SWT berikan kepada para nabi dan rasul untuk
menguatkan kenabian dan kerasulan mereka, dan untuk menunjukkan bahawa agama
yang mereka bawa bukanlah buatan mereka sendiri melainkan benar-benar datang dari Allah SWT.seluruh nabi dan rasul
memiliki mukjizat, termasuk diantara mereka adalah Rasulullah Muhammad S.A.W
yang salah satu mukjizatnya adalah Kitab Suci Al-Quran.
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diberikan
kepada nabi Muhammad SAW, kerana Al-Quran adalah suatu mukjizat yang dapat
disaksikan oleh seluruh umat manusia sepanjang masa,kerana Rasulullah SAW
diutus olah Alah SWT untuk keselamatan manusia bila dan di mana pun mereka
berada.Allah telah menjamin keselamatan Al-Quran sepanjang masa,hal tersebut
sesuai dengan firman Nya Surah al-Hijr:9;
إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ
وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ
Maksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran dan
sesungguhnya Kami tetap memeliharanya.
Adapun beberapa bukti dari kemukjizatan Al-Quran, antara lain:
1.
Didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat
yang berisi tentang kejadian -kejadian yang akan terjadi di masa akan
datang,dan apa-apa yang telah tercantum di dalam ayat-ayat tersebut adalah
benar adanya.
2.
Didalam Al-Quran terdapat fakta-fakta ilmiah yang ternyata dapat dibuktikan
dengan ilmu pengetahuan pada zaman yang semakin berkembang ini.
Al-Quran dalam menerangkan hukum terdapat 3 bentuk uslub:
1.
Lafaz Amr (lafaz tuntutan melakukan sesuatu)
2.
Lafaz Nahy (lafaz tegahan melakukan sesuatu)
3.
Lafaz takhyir (lafaz yang menunjukkan keharusan melakukan atau
meninggalkan sesuatu)
1.
Lafaz Amr (Menuntut melakukan sesuatu):
LAFAZ TUNTUTAN MELAKUKAN SESUATU |
CONTOH |
1.
Sighah amar |
وَأَقِيمُواالصَّلَوةَ |
2.
Lafaz amr |
إنَّ الله يَأْمُرُكُم أَنْتُوءَدُّوا الْاَمَانَات
اِلَى أَهْلِهَا |
3.
Lafaz fe’el mudhari’ disertai lam al-amr |
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَفَلْيَصُمْهُ |
4.
Lafaz ( كُــتِب) dan
musytaknya |
يَأَيُّهَا الَّذِيْنَءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ
الصِّيَامُ |
5.
Lafaz ( فرض) dan
musytaknya |
قَـد فَـرَضَ اللهُ لَكُم تَحِلَّةَ أَيْمَـنِكُمْ...... |
6.
Masdar mengganti fe’el amr |
وَبِالْوَلِدَيْـن إِحْسَــنًا |
7.
Mendapat balasan baik dan pahala |
وَمَن يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ يُـدْخِلْهُ جَنَّـتٍ |
8.
Uslub yang digunakan dalam bahasa Arab bagi menunjukkan tuntutan wajib |
وَلِلهِ عَلَى الناس حج البيت |
2.
Lafaz Nahy (lafaz tegahan melakukan sesuatu):
LAFAZ TEGAHAN MELAKUKAN SESUATU |
CONTOH |
1.
Lafaz nahi yang soreh @ tahrim |
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ اْلمَيْـتَـةُ Diharamkan
ke atas kamu bangkai. |
2.
Lafaz nahi @ perintah meninggalkan |
وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ
أَوۡلَٰدَكُم مِّنۡ إِمۡلَٰقٖ dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan |
3.
Menceritakan sesuatu perbuatan itu buruk @ jahat. |
وَلَيۡسَ
ٱلۡبِرُّ بِأَن تَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ
ٱتَّقَىٰۗ dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki Rumah dari bahagian
belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan
orang Yang bertaqwa |
4.
Perbuatan yang disertai janji tidak baik. |
وَمَن
يَقۡتُلۡ مُؤۡمِنٗا مُّتَعَمِّدٗا فَجَزَآؤُهُۥ جَهَنَّمُ Dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka balasannya
ialah neraka jahanam. |
5.
Lafaz nafi sesuatu perbuatan @ nafi halal melakukannya. |
فَإِن
لَّمۡ يَعۡتَزِلُوكُمۡ وَيُلۡقُوٓاْ إِلَيۡكُمُ ٱلسَّلَمَ وَيَكُفُّوٓاْ
أَيۡدِيَهُمۡ فَخُذُوهُمۡ وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡۚ oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau
berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu
dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka
hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja
kamu menemuinya. |
3.
Lafaz takhyir (lafaz yang menunjukkan keharusan melakukan
atau meninggalkan sesuatu):
LAFAZ TAKHYIR DAN IBAHAH |
CONTOH |
1.
Lafaz yang menunjukkan pilihan membolehkan dan lafaz al-halal |
ٱلۡيَوۡمَ
أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَٰتُۖ Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. |
2.
Lafaz Nafi Lafaz Nafi Junah Lafaz Nafi Haraj |
فَمَنِ
ٱضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٖ وَلَا عَادٖ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِۚ maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan
itu), maka tidaklah ia berdosa. لَيۡسَ
عَلَيۡكُمۡ وَلَا عَلَيۡهِمۡ جُنَاحُۢ بَعۡدَهُنَّۚ kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa
Yang tersebut, لَّيۡسَ
عَلَى ٱلۡأَعۡمَىٰ حَرَجٞ وَلَا عَلَى ٱلۡأَعۡرَجِ حَرَجٞ وَلَا عَلَى
ٱلۡمَرِيضِ حَرَجٞ Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya
bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika
masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya
menghendaki ia berlaku demikian) |
3.
Lafaz-lafaz yang menunjukkan ibahat dan mengingkarkan mereka yang
mengharamkannya. |
قُلۡ
مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِيٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَٰتِ
مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah
Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk
hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari
rezeki Yang dikurniakanNya?" |
4.
Lafaz-lafaz yang menunjukkan sesuatu itu adalah dijadikan untuk kita
(manusia) |
هُوَ
ٱلَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا Dia lah (Allah)
Yang menjadikan untuk kamu Segala Yang ada di bumi |
Dalalah nas-nas al-Quran ke atas hukum dapat
dikategorikan kepada dua iaitu dalalah Qat’iyyah (pasti) dan dalalah zanniyyah
(tidak pasti).
Nas dalalah qat’iyyah ialah lafaz (ayat) yang mempunyai hanya satu makna sahaja di mana
penunjukkannya kepada makna atau hukum adalah secara yakin (qat’ie) dan tidak
dapat dipertikaikan lagi hukumnya. Contoh dalam surah al-Maidah:38
ٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ
فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا
Maksudnya: Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang
perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka
Lafaz pencuri ( ٱلسَّارِقُ)
dalam ayat tersebut adalah penetapan secara qat’ie atau pasti yang tidak dapat
dipertikaikan lagi maksudnya serta hukumnya. Iaitu pencuri lelaki atau
perempuan mesti dipotong tangan keduanya.
Nas dalalah Zanniyyah ialah lafaz yang mempunyai perkataan yang ditafsir (mempunyai
tafsiran) kepada beberapa makna yang
berlainan di mana penunjukkannya kepada makna atau hukum adalah secara zanni. Contoh
dalam surah al-Baqarah: 228
وَٱلۡمُطَلَّقَٰتُ يَتَرَبَّصۡنَ
بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَٰثَةَ قُرُوٓءٖ
Dan isteri-isteri Yang diceraikan itu
hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali
suci (dari haid)
Lafaz ( قُرُوٓءٖ)
bermaksud bersuci atau haid. Ia adalah lafaz musytarak di mana makna dan
hukumnya adalah tidak jelas. Penunjukkan lafaz (قُرُوٓءٖ)
kepada salah satu dari kedua maknanya adalah secara zanni dan ini menimbulkan
perselisihan ulama mengenai hukumnya sama ada ia tiga kali suci atau tiga kali haid.
CONTOH-CONTOH SOALAN
Soalan STPM
2013
(a) |
(i). Berikan pengertian usul fiqh. [2] |
(ii). Terangkan perbezaan antara ilmu usul fiqh dengan ilmu fiqh.
[6] |
|
(b) |
(i). Jelaskan
tiga faktor yang mendorong Imam Syafie menyusun dan membukukan ilmu usul fiqh. [6] (ii). Huraikan
tiga faedah mempelajari ilmu usul fiqh. [6] |
Soalan STPM 2014
(a) |
(i) |
Berikan
pengertian Al-Quran.[3] |
|
(ii) |
Terangkan
maksud “al-Quran dinukilkan secara mutawatir” [3] |
(b) |
Jelaskan hujah yang membuktikan kedudukan al-Quran
sebagaisumber hukum utama dalam syariat Islam. [6] |
|
(c) |
kategorikan ayat yang berikut
berdasarkan hukum amr,nahy, dan takhyir serta huraian uslub yang
digunakan dalam ayat berkenaan. [8] |
|
|
(i) |
وَأَحَلَّ
الله الْبَيْعَ |
|
(ii) |
وَلَا
تُلْقُوا بِأَيْدِيْكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ |
|
(iii) |
يَأَيُّهَا
الَّذِيْنَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِى القَتْلَى |
|
(iv) |
[8]وَمَن يَقۡتُلۡ مُؤۡمِنٗا
مُّتَعَمِّدٗا فَجَزَآؤُهُۥ جَهَنَّمُ خَلِدًا فِيهَا |
Soalan STPM 2016
(a) |
Dengan
mengemukakan dalil daripada al-Quran dan hadis, terangkan pendapat ulama
tentang kedudukan al-Quran sebagai sumber perundangan. [6] |
(b) |
Jelaskan tiga
uslub al-Quran dalam menerangkan hukum berserta contoh. [6] |
(c) |
Dengan
memberikan contoh, bincangkan cara al-Quran menerangkan hukum dalam bentuk Qat’i
dalalah dan Zanni dalalah. [8] |
Soalan STPM 2017 (ulangan)
(a) |
Kemukakan
hujah yang menunjukkan bahawa kemukjizatan al-Quran menjadi faktor kepada
kedudukannya sebagai sumber utama hukum syarak. [4] |
(b) |
Huraikan
empat bentuk sighah al-amr dalam mensabitkan hukum syarak. [8] |
(c) |
“Dalalah
al-Quran dalam pengeluaran hukum boleh berlaku dalam bentuk qat’iyy atau
zanniyy.” Ulas pernyataan ini dengan mengemukakan contoh. [8] |
Soalan STPM 2020
(a) |
Jelaskan
pandangan ulama tentang kedudukan al-Quran sebagai hujah berserta dengan
dalil. [4] |
(b) |
Antara
uslub al-Quran dalam menerangkan hukum ialah penggunaan lafaz al-amr.
Terangkan empat uslub tersebut dengan contoh. [8] |
(c) |
Bincangkan
dalalah al-Quran dalam menerangkan hukum berserta dengan contoh. [8] |
Soalan STPM 2020 (Ulangan)
(a) |
“Al-Quran
ialah wahyu yang bermukjizat diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam
bahasa Arab, dinukillan secara mutawatir, dan menjadi ibadat dengan
membacanya.” Terangkan ayat yang bergaris dalam pernyataan tersebut. [4] |
(b) |
Jelaskan
tiga uslub al-Quran dalam menerangkan hukum berserta dengan contoh.
[4] |
(c) |
Bincangkan
jenis dalalah al-Quran pada petikan
ayat yang berikut: [5]ٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا(i) [5]وَٱلۡمُطَلَّقَٰتُ يَتَرَبَّصۡنَ
بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَٰثَةَ قُرُوٓءٖ(ii) |
Soalan STPM 2021 (Ulangan)
(a) |
Al-Quran
ialah lafaz berbahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
perantaraan malaikat Jibril. Ia menjadi mukjizat kepada baginda SAW
dan dipindahkan kepada umatnya secara mutawatir serta dikira beribadat
apabila membacanya. Terangkan
maksud ungkapan bergaris di atas. [4] |
(b) |
Huraikan
dua dalalah al-quran dalam menerangkan hukum. [8] |
(c) |
Bincangkan
tiga sebab al-Quran menjadi sumber hukum yang lebih tinggi berbanding
dengan hadis. [8] |
Soalan STPM 2023 (Ulangan)
(a) |
Terangkan
pengertian al-Quran. [2] |
(b) |
Jelaskan
kedudukan al-Quran sebagai sumber hukum dalam perundangan Islam.[8] |
(c) |
Bincangkan
dalalh al-Quran dalam menerangkan hukum. [10] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan