PENGENALAN USUL FIQH & SEJARAH PERTUMBUHAN/PERKEMBANGANNYA
Objektif
Pembelajaran: a.
Menjelaskan pengertian
usul fiqh. b.
Menjelaskan perbezaan
antara fiqh dan usul fiqh. c.
Menyusur galurkan
perkembangan ilmu usul fiqh dari zaman sahabat hingga zaman Imam Syafie. d.
Mengkategorikan
tiga pendekatan penyusunan usul fiqh, iaitu aliran Mutakallimin, aliran Hanafiah dan aliran Muta’akhirin. e.
Menjelaskan
faedah mempelajari usul fiqh. f.
Mengenal pasti skop
perbincangan usul fiqh. g.
Mengenal pasti sumber
hukum yang disepakati dan sumber hukum yang tidak disepakati. |
PENGERTIAN
USUL FIQH
Menurut bahasa:
Usul-berasal daripada perkataan aslu ((أصلyang bermaksud:
i.
Asas-apa yang dibina sesuatu diatasnya-dalil dan keterangan.
ii.
AL-Dalil - contohnya,dalil ijmak
iii.
Al- Rajih - iaitu yang lebih kuat dan
tepat- dalil al-Quran lebih kuat daripada Al-Qiyas.
iv.
Kaedah - contohnya, mengharuskan
makan bangkai bagi orang terdesak.
Fiqh: mengetahui tentang sesuatu/memahami tentang
sesuatu.
Menurut
Istilah:
Suatu ilmu tentang mengetahui dalil-dalil fiqh secara ijmal (umum) dan
cara-cara mengambil (istinbat) hukum-hukum daripadanya serta kedudukan orang
yang menzahirkan hukum daripadanya.
Atau
Suatu ilmu yang membicarakan tentang kaedah-kaedah yang dijadikan
perantaraan untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak yang berbentuk amali daripada
dalil-dalil tafsili.
PERBEZAAN
ANTARA ILMU USUL FIQH DAN ILMU FIQH
Bil |
Ilmu Usul Fiqh |
Ilmu Fiqh |
1. |
Suatu ilmu tentang mengetahui dalil-dalil
fiqh secara ijmali (umum) dan cara-cara mengambil (istinbat) hukum-hukum
daripadanya serta kedudukan orang yang menzahirkan hukum daripadanya. |
Mengetahui hukum-hukum syarak yang
berbentuk amali yang diambil daripada dalil-dalil yang berbentuk tafsili. |
2. |
Perbincangan mengenai dalil syarak yang
berbentuk kulli/ijmali. |
Perbincangan mengenai dalil syarak
berbentuk tafsili. |
3. |
Perbincangan mengenai kaedah pensabitan
hukum syarak. |
Perbincangan mengenai perbuatan mukalaf dan
kaitannya dengan hukum syarak. |
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN USUL FIQH
1.
Pada zaman Rasulullah para sahabat tidak perlu berijtihad mengeluarkan
hukum dari al-Quran kerana mereka dapat merujuk secara langsung dari Rasulullah
s.a.w. mengenai sesuatu kemusykilan dalam memahami kandungan al-Quran.
2.
Namun ada ketikanya para sahabat berjauhan dengan Rasulullah yang
menyebabkan sukar merujuk kepada Rasulullah untuk menyelesaikan kemusykilan
mereka, terpaksa berijtihad sendiri bagi mengatasi perkara berlaku semasa itu
yang permasalahannya tidak didapati hukumnya di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Contohnya:
Muaz bin Jabal ketika diutus oleh Rasulullah
ke Yaman untuk berdakwah orang ramai tentang Islam. Setelah ditemu duga oleh
Rasulullah, Muaz mengatakan akan menetapkan hukum berdasarkan al-Quran dan
al-Sunnah dan jika tidak menemui penyelesaiannya berdasarkan al-Quran dan
al-Sunnah, beliau akan menggunakan ijtihadnya sendiri. Rasulullah berpuas hati
dengan penjelasan Muaz bin Jabal.
3.
Pada zaman para imam mujtahidin telah muncul banyak aliran pengajian fikah.
Perselisihan tentang masalah fikah berlaku dengan hebat.
4.
Empayar kerajaan Islam sudah meluas dan berkembang ke pelosok dunia
sehingga sampai ke negara-negara yang tidak menggunakan Bahasa Arab dan
penduduknya telah memeluk Islam. Keadaan ini menyebabkan timbul masalah untuk
memahami uslub al-Quran dan al-Sunnah
serta kesamaran memahami makna-makna keduanya. Keadaan ini mendesak
untuk menyusun kaedah-kaedah bahasa Arab untuk memudahkan memahami syariat
Islam iaitu kaedah Usul Fiqh.
5.
Jarak masa yang lama antara tabi’ tabi’in dengan masa Rasulullah s.a.w.
menyebabkan mujtahid pada masa ini tidak semudahnya mengetahui tujuan-tujuan
syariat, illah-illah dan hikmat-hikmat lalu ditafsir mengikut pemahaman sendiri
oleh orang yang bukan ahlinya (arif). Timbul kumpulan yang ingkar dengan dalil
al-Sunnah, kumpulan lain enggan berdalil dengan hadis Ahad dan ada yang
berhujah dengan istihsan. Semua ini memerlukan kaedah-kaedah yang mana setiap
yang ingin terlibat dalam ijtihad terikat dengan perkara-perkara di atas dan
berlandas kepadanya.
PENGASAS ILMU USUL AL-FIQH
Ilmu usul al-fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri dalam sebuah
kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris
as-Syafi’e (Imam Syafi’e). Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan
as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber
penentuan hukum.
FAKTOR IMAM SYAFI’E MENYUSUN DAN MEMBUKUKAN ILMU USUL FIQH:
1.
Kemunculan aliran pengajian fiqh yang banyak. Hal ini menyebabkan munculnya aliran pemikiran yang berbeza-beza sehingga
berlaku perselisihan yang hebat di kalangan para mujtahid.
2.
Perluasan kuasa dan wilayah Islam. Perluasan wilayah ini meluas dan berkembang ke pelusuk dunia sehingga
sampai ke negara-negara yang tidak menggunakan bahasa Arab dan penduduknya
telah memeluk agama Islam. Keadaan ini memberi kesan kepada keaslian bahasa
Arab dan kesalahan dalam memahami uslub-uslub Al-Quran dan al-Sunnah.
3.
Berjauhan masa tabi’ tabi’in dengan zaman Rasulullah. Hal ini menyebab mujtahid tidak semudahnya mengetahui
tujuan syariat, illah-illah dan hikmah-hikmahnya sehingga mereka mentafsir
nas-nas bertentangan dengan tujuan syariat. (tiada keahlian dalam berijtihad)
4.
Penguasaan bahasa Arab yang lemah. (ambil huraian di no.2)
5.
Timbul masalah baru dalam masyarakat. Timbul masalah baru yang tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah
sehingga perlu kepada kaedah untuk menyelesaikannya.
6.
Sebagai rujukan kepada ulamak seterusnya. Imam Syafi’e berpendapat bahawa perlunya ada satu panduan/rujukan supaya
selaras dalam menetapkan sesuatu hukum (selaras dalam menyelesaiakan sesuatu
masalah).
CARA-CARA/PENDEKATAN PENYUSUNAN USUL FIQH (3 cara):
A. PENDEKATAN ALIRAN / TARIQAT MUTAKALLIMIN
1.
Menetapkan kaedah yang disokong oleh dalil-dalil daripada nas.
2.
Kaedah yang dibuat hanya diterima jika bersesuaian dengan dalil naqli atau
aqli.
3.
Banyak membincangkan tentang usul fiqh. Menyatakan masalah usul fiqh dalam
kitab usul fiqh hanya untuk memberi penjelasan.
4.
Dipelopori oleh ulama salafiyah seperti Imam Syafi’i.
CONTOH:
Ketidaksamaan kaedah yang mereka tetapkan
dengan kaedah yang ditetapkan oleh imam mereka ialah tentang kehujahan Ijmak
Sukuti yang boleh dijadikan hujah sedangkan Imam Syafi’i berpendapat
sebaliknya.
5.
Kitab yang dihasilkan:
Al-Burhan – Imam al-Haramain Abd Malik b.
Abdullah al-Juwaini.
Al-Mustafa – Imam Al-Ghazali
Al- Mahsul – Fakhrudin Muhammad b. Umar al-Razi
Al-Ihkam Fi Usul Al-Ahkam – Saif al-Din al-
Amidi
B. PENDEKATAN ALIRAN/ALIRAN HANAFIAH
1.
Menetapkan kaedah berdasarkan hukum yang telah diputuskan dalam mazhab
Hanafi.
2.
Sesuatu kaedah usul fikah disesuaikan dengan hukum-hukum fikah yang
terlibat. Andainya ada sesetengah masalah fikah tidak termasuk dalam kaedah
ini, maka kaedah itu diubahsuaikan hingga selaras dengan masalah fikah yang
dianggap terlibat.
3.
Terdapat banyak masalah fiqh.
4.
Dipelopori oleh ulama seperti Abu Bakar Ahmad bin Ali, Abd Aziz bin Ahmad
Bukhari.
CONTOH:
Sesuatu lafaz tidak boleh digunakan untuk
makna hakiki dan majazi serentak dan lafaz musytarak tidak boleh digunakan
kecuali untuk satu makna sahaja.
وَلَا تَنْكِحُواْ مَا نَكَحَ ءَابَآؤُكُم مِّنَ النِّسَآءِ
“Dan janganlah
kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikahwini oleh ayah mu..”
Maksud Nikah pada ayat tersebut:-
Hakiki – persetubuhan
Majazi – akad
Musytarak – persetubuhan dan akad
Mereka mengubah suai kaedah tersebut iaitu
sesuatu lafaz itu tidak boleh digunakan kepada makna hakiki dan majazi kecuali
jika ia berada dalam bentuk nafi atau menyerupainya. Lafaz yang menyerupai nafi
ialah nahi seperti ayat tersebut.
Lafaz musytarak pula tidak boleh digunakan
melainkan untuk satu sahaja daripada makna kecuali sekiranya ia berada dalam
bentuk nafi @ menyerupai nafi.
5.
Kitab yang dihasilkan:
Al-Usul – Abu Bakar Ahmad b Ali al-Jassas
Al-Usul – Abu Zaid Abdullah b Umar al-Dabusi
Al-Usul – Fakhr al-Islami Ali b Muhammad
al-Badzdawi
PENDEKATAN ALIRAN ULAMA MUTA’AKHIRIN:
Menggabungkan cara penyusunan yang dilakukan oleh ulama
kalam dan pengikut al-Syafi’e serta Hanafi iaitu menetapkan kaedah usul dan
membawa dalil serta dicantumkan kaedah-kaedah usul terhadap masalah fikah atau
dikaitkan dengan masalah tersebut.
Kitab yang disusun:
Badi al-nizam al-Jami Baina Kitab al-Bazdawi wa ah-ihkam, Muzafar al-Din
Ahmad b Ali al-Sa’ati al-Hanafi
Jam’al-Jawami – Tajudin Abd al-Wahab b Ali al-Subki
Musallam al-Thaubut- Muhib bal-Din Abd al-Syakur
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU USUL FIQH
§ Mengetahui cara dan bagaimana ulama dan
mujtahid mengeluarkan dan menggunakan ilmu usul fiqh dalam menetapkan hukum
bagi sesuatu masalah.
§ Mengetahui cara-cara bagaimana ulama
menetapkan sesuatu hukum serta mengetahui kaedah mengeluarkan hukum dan
menetapkan hukum bagi sesuatu hukum berdasarkan dalil syarak.
§ Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa
berubah-ubah ikut perkembangan zaman dan keperluan masyarakat.
§ Mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan
hikmatnya.
§ Mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada
dalil sehingga dapat menentukan perbuatan mukallaf.
§ mengetahui hukum syarak yang telah
dikeluarkan oleh para mujtahid melalui kaedah usul dan dipadukan pendapat ulama yang berselisih di antara
mereka untuk mencari yang kukuh oleh pendapat yang bergantung dalil yang kuat
untuk beramal dengan hukumnya.
§ Ulama yang bertugas mengeluarkan hukum atau
fatwa menjadi mudah mengeluarkan hukum kerana mempunyai landasan dan panduan.
BIDANG/SKOP PERBAHASAN ILMU USUL FIQH
Antara skop perbahasan dalam ilmu usul fiqh ialah :
i.
Dalil-dalil syarak : merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil
yang tidak disepakati.
ii.
Dilalah : merangkumi kaedah-kaedah istinbat
hukum dari nas-nas al-Quran dan as-sunnah.
iii.
Ta'arud dan tarjih : Perbahasan tentang percanggahan antara dalil-dalil
serta jalan penyelesaiannya.
iv.
Ijtihad dan Mujtahid : merangkumi persoalan taqlid dan muqallid, syarat
serta kriterianya.
v.
Hukum-hukum kulli: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wad'ie.
KESIMPULANNYA ( bidang/skop perbahasan ilmu usul fiqh )
Mengkaji kaedah dan dalil syarak yang umum dan perkara
yang berkaitan dengannya dari segi menunjuknya kepada hukum supaya para ulama
mujtahidin tidak terpesong dari kebenaran dalam menganalisis cara-cara mengeluarkan
hukum-hukum syarak.
Ilmu fiqh berperanan mengkaji dalil-dalil secara
terperinci. Dengan menggunakan kaedah atau dalil syarak secara umum, para ulama
fiqh dapat mengistinbat hukum-hukum fiqh dari dalil-dalil terperinci berkaitan
dengan masalah tertentu dan beramal dengannya.
Soalan
STPM 2013
(a) |
(i). Berikan
pengertian usul fiqh. [2] |
(ii). Terangkan
perbezaan antara ilmu usul fiqh
dengan ilmu fiqh. [6] |
|
(b) |
(i). Jelaskan
tiga faktor yang mendorong Imam Syafie menyusun dan membukukan ilmu usul fiqh. [6] (ii). Huraikan
tiga faedah mempelajari ilmu usul fiqh. [6] |
Soalan STPM 2017
(a) |
Terangkan
dua perbezaan antara ilmu fiqh dan ilmu usul fiqh. [4] |
(b) |
Jelaskan
pertumbuhan dan perkembangan ilmu usul fiqh dari zaman Rasulullah SAW hingga zaman Imam Syafie RA.
[8] |
(c) |
Bincangkan skop perbahasan ilmu usul fiqh. [8] |
Soalan STPM 2018 (Ulangan)
(a) |
Bezakan
ilmu usul fiqh dengan ilmu fiqh berserta contoh. [4] |
(b) |
Huraikan
empat faedah mempelajari ilmu usul fiqh. [8] |
(c) |
Bincangkan tiga faktor yang mendorong penyusunan
ilmu usul fiqh oleh Imam as-Syafie RA. [8] |
Soalan STPM 2019 (Ulangan)
(a) |
Nyatakan
dua perbezaan antara usul fiqh dengan ilmu fiqh. [4] |
(b) |
Huraikan
empat faedah mempelajari usul fiqh. [8] |
(c) |
Ilmu membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh mujtahid
untuk mengeluarkan hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf
daripada dalil-dalil tafsili. Bincangkan pernyataan tersebut. [8] |
Soalan STPM 2022
(a) |
“Mengetahui
dalil-dalil fiqh secara ijmali dan cara menggunkannya serta mengetahui
keadaan orang yang menggunakannya (mujtahid).” Terangkan pernyataan
tersebut. [4] |
(b) |
Huraikan
perkembangan ilmu usul fiqh dari zaman awal Islam hingga zaman Imam Shafie
RA. [8] |
(c) |
Bincangkan tiga faedah mempelajari ilmu usul
fiqh. [8] |
Alhamdulillah
BalasPadam