Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan maksud al-dhari’ah.
b.
Membezakan antara al-dhari’ah dan muqaddimah serta mengemukakan contoh masing-masing.
c.
Membezakan perbuatan mukallaf
yang disyariatkan hukum terhadapnya dari sudut maqasid (tujuan) dan wasa’il
(jalan).
d.
Mengenal pasti bahagian
al-Dhari’ah dari sudut kesan buruk sesuatu perkara atau perbuatan.
e.
Membincangkan pandangan ulama
tentang kehujahan sadd al-dhari’ah.
f. Membincangkan
pengaplikasian Sadd Dhari’ah terhadap persoalan semasa iaitu:
(i). Tuntutan supaya balu berkabung
sema ‘iddah.
(ii).
Larangan menzahirkan
sembahyang Zohor berjemaah bagi orang-orang yang mengalami keuzuran untuk
mengerjakan sembahyang jumaat.
(iii).
Larangan pembelian buah yang
sedang berputik di atas pokok.
(iv).
Larangan berbuka puasa kerana
uzur di khalayak ramai.
(v).
Larangan menjatuhkan hukuman
berasaskan pengetahuan hakim.
Pengertian
Sadd al-Dhari’ah:
Pengertian :
Dari segi
bahasa:
Sadd ® Sesuatu yang boleh menyekat,
menghalang, menutup, membendung dan suatu empangan.
Al-dhara’i® sebab, jalan atatu cara yang membawa kepada maslahat yang dibenarkan
syarak dan juga yang membawa kepada mafsadah serta perkara yang menjadi
larangan oleh syarak.
Sadd
al-dhari’ah®mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kerosakan dan bahaya.
Contoh: Melihat aurat wanita ajnabi®laluan kepada zina.
Dari segi
istilah:
Sadd
Ø Menutup sesuatu yang cacat atau rosak
Ø Mencegah atau menyekat jalan
Dhari’ah
Ø Jalan atau wasilah dan sebab jadinya sesuatu
Ø Perantara dan jalan kepada sesuatu
Kesimpulan
(istilah):
Mencegah
sebarang yang boleh membawa kepada kerosakan dan bahaya.
Contoh: Melihat aurat wanita ajnabi.
Ø Menghalang perkara harus yang boleh membawa kepada perkara haram.
Ø Mengeluarkan hukum syarak mengikut kaedah “menutup saluran kerosakan”.
PERBEZAAN AL-DHARI’AH
DENGAN MUQADDIMAH
BIL |
AL-DHAR’IAH |
MUQADDIMAH |
1.
|
Iaitu
jalan atau perantara yang asalnya merupakan tindakan yang diharuskan tetapi
kesannya membawa kepada mafsadah. |
Iaitu sesuatu
keadaan yang dengannya bermula sesuatu perkara atau sebahagian daripada
perkara yang asalnya sudah ditegah. |
2.
|
Contoh: Menggali
perigi di tepi jalan laluan awam. |
Contoh: Berdua-duaan
lelaki dan perempuan adalah sebagai muqaddimah zina. |
BIL |
MAQASID |
WASA’IL |
1. |
Iaitu matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu. (Maksud:
tujuan atau matlamat yang diletakkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum). |
Iaitu penghubung kepada pencapaian sesuatu matlamat sama ada mencapai
maslahat atau mafsadah. |
2. |
Contoh: Puasa dan hari raya puasa. |
Contoh: Melihat anak bulan. |
PEMBAHAGIAN AL-DHARI’AH DARI SEGI KESAN BURUK SESUATU PERKARA
® menurut Imam Shatibi
1. Perbuatan
yang pasti
mendatangkan kerosakan:
Iaitu perbuatan yang secara pasti membawa atau mendatang kerosakan yang
merangkumi perkara pasti membawa ke arah maksiat. Antara lain perbuatan yang
dilakukan itu boleh membawa ke arah kerosakan yang sememangnya ditegah sudut
zatnya.
Contoh:
Menggali perigi di hadapan
pintu rumah pada waktu malam yang gelap yang akan mengakibatkan orang yang
masuk ke dalam rumah tersebut pasti akan terjatuh ke dalam perigi
tersebut. Perbuatan ini dan seumpamanya adalah dilarang dan dikenakan ganti rugi/hukuman
ke atasnya sekiranya berlaku kerosakan/kecederaan sama ada kerana kecuaiannya
atau memang ada tujuan untuk mengenakan kemudaratan itu.
Maka para ulama bersepakat mengatakan bahawa perbuatan itu ditegah. Ini
kerana kerosakan yang akan berlaku akibat daripada perbuatan tersebut adalah
suatu yang pasti.
2. Perbuatan
yang mendatangkan sedikit kerosakan:
Iaitu perbuatan yang pada asalnya harus tetapi mendatangkan mafsadah yang
lebih kecil atau kebiasaannya tidak membawa ke arah kemaksiatan.
Contoh:
Menggali perigi di tempat yang jarang
dilalui biasanya tidak akan menyebabkan orang terjatuh ke dalamnya. Perbuatan
seperti ini kekal berada dalam perbuatan yang diharuskan berdasarkan hukum asal
berupa keizinan am daripada syarak. Manfaat yang diperolehi daripada perbuatan
itu lebih besar daripada kemudaratan yang mungkin terjadi sebagai akibat
sampingannya dan kemudaratan yang kecil tidak dikira di sisi syarak. Berkaitan
dengan hal ini, para ulama sepakat bahawa ia tidak tergolong dalam kategori
al-dhari’ah merosakkan. Justeru ia
diharuskan kerana masih berada dalam batasan yang diizinkan oleh syarak.
Para ulama bersepakat bahawa ia tidak tergolong dalam kategori
al-dhari’ah merosakkan. Justeru ia diharuskan kerana masih berada dalam batasan
yang diizinkan oleh syarak.
3. Perbuatan
yang kebiasaannya akan membawa kepada mafsadah:
Iaitu perbuatan yang dilakukan kebiasaannya mendatangkan kerosakan dan
mafsadah namun dari sudut zatnya ia adalah diharuskan. Dalam erti kata yang lain,
perbuatan tersebut diharuskan pada asalnya, tetapi ia boleh mendatangkan
kerosakan sama ada ia digunakan untuk mencapai perkara yang haram, sama ada
secara sengaja atau tidak sengaja.
Contoh:
Seorang lelaki mengahwini
perempuan tetapi bertujuan untuk membolehkan perempuan tersebut berkahwin
semula dengan suaminya yang pertama. (dalam kes isteri yang ditak tiga)
Para ulama bersepakat bahawa perbuatan tersebut ditegah dan tergolong
dalam al-dhari’ah yang merosakkan.
4.
Perbuatan
yang sering kali membawa kepada mafsadah:
Iaitu perbuatan yang sering kali membawa kerosakan atau mafsadah, namun
begitu ia tidak mencapai kedudukan yang majoriti atau banyak. Dalam erti kata
lain, sekiranya perbuatan tersebut diteruskan, kemungkinan akan berlakunya
kerosakan yang lebih besar.
Contoh:
Bay’ al-‘inah (jual beli secara
bertangguh) iaitu membeli suatu barang dengan harga bertangguh dan menjual
balik barang tersebut kepada penjualnya dengan harga yang berlainan. Ia membawa
kepada riba walaupun bukan suatu yang ghalib (kebiasaan).
Para ulama berselisih pendapat
mengenai bahagian ini:
1. Imam Abu Hanifah dan
al-Shafie (r.a) mengharuskan jual beli tersebut kerana kerosakan yang timbul itu tidak
semestinya berlaku dan tidak mempunyai persangkaan yang kuat akan berlakunya
mafsadah. Ia hanyalah sekadar andaian kemungkinan berlakunya mafsadah dan
kemungkinan tidak. Maka hukum asal
iaitu harus (jual beli secara tangguh) tidak kepada haram kecuali jika
terdapat kemudaratan.
2. Imam Malik dan Ahmad
(r.a) menetapkan bahawa perbuatan itu haram (jual beli secara tangguh) dan
akadnya batal sebagai langkah berhati-hati daripada berlakunya riba. Dalam
rangka ihtiyat (berhati-hati), riba sering berlaku dalam jual beli walaupun
tidak bertujuan sedemikian. Oleh itu, wajib ihtiyat dengan mendahulukan
meneliti mafsadah, kerana dalam konteks ihtiyat, apabila banyak berlaku
mafsadah biasanya ia sampai ke peringkat sangkaan (zann) yang kuat. Maka dalam hal ini perlulah diutamakan
kemudaratan, kerana menolak kemudaratan itu perlu didahulukan untuk menjamin
kemaslahatan.
Berdasarkan kepada pendapat di atas, dapat dilihat adanya perselisihan
pendapat tentang hal ini. Perselisihan ini berdasarkan kepada pendapat ulama
berkaitan kehujahan saddal-dhari’ah sebagai asas dalam mengeluarkan hukum
syarak.
PERBEZAAN PANDANGAN ULAMA TENTANG KEHUJAHAN SADD
AL-DHARI’AH
Para ulama berbeza pendapat mengenai penerimaan saddal-dhari’ah sebagai
sumber hukum.
Ulama yang MENERIMA sadd al-dhari’ah:
Mazhab maliki dan Hanbali
Dalil dan hujah mereka:
1. Al-Quran
Berdasarkan Surah Al-Baqarah:104
يَٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٰعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْۗ
وَلِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٞ
104. Wahai
orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengatakan: "raaina",
(ketika kamu berkata-kata Dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah:
"unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah Dengan sebulat hati
menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab
seksa Yang tidak terperi sakitnya.
Berdasarkan kepada ayat di atas, Allah
melarang dan menegah orang-orang yang beriman menggunakan perkataan ( رَٰعِنَا ) walaupun dengan tujuan dan niat yang baik.
Hal ini supaya dapat menyekat serta tidak membuka ruang untuk orang-orang
Yahudi mencela Nabi Muhammad SAW. Tegahan penggunaan perkataan tersebut adalah
atas dasar sad dal-dhar’i
2. Hadis/al-sunnah
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh
Hassan bin Abi Sinan:
لا تيحدث الناس أن محمد
يقتل أصحابه
Jangan biarkan
orang bercakap bahawa Muhammad membunuh para sahabatnya (Riwayat Bukhari)
Berdasarkan kepada hadis di atas, Nabi
melarang para sahabat membunuh orang munafik walaupun mereka secara
terang-terangan menyebarkan fitnah dalam kalangan orang Islam apabila berlaku
sesuatu bencana.
3. Al-Ijmak
Banyak permasalahan yang timbul pada zaman
para sahabat telah diselesaikan dengan kesepakatan mereka berdasarkan kepada
sad dal-dhara’i. Sebagai contoh peristiwa pengumpulan al-Quran dalam satu
mushaf.
Pada zaman Sayidina Uthman, ayat-ayat al-Quran
yang ditulis pada tulang-tulang, batu-batu, kulit-kulit binatang dan
pelepah-pelepah tamar telah dikumpulkan dan disalin semula menjadi satu mushaf
al-Quran. Selepas ayat al-Quran itu disalin semula dalam satu mushaf, ayat-ayat
al-Quran pada tulang-tulang, batu-batu, kulit-kulit binatang dan
pelepah-pelepah tamar telah dibakar. Ini bertujuan agar tidak berlaku
perselisihan bacaan antara masyarakat Islam ketika itu. Oleh itu,
saddal-dhara’i merupakan langkah untuk menghalang daripada berlaku perselisihan
bacaan.
4. Akal
Jika Allah mengharamkan sesuatu perkara, maka
jalan serta penyebabnya turut dilarang dan diharamkan sebagai langkah
berhati-hati agar ia tidak dilakukan. Sekiranya jalan ke arah perkara haram
diharuskan, ini menimbulkan percanggahan dengan pengharaman tersebut dan
seolah-olah pada masa yang sama membuka ruang kepada seseorang untuk
melakukannya.
Contoh:
Jika doktor ingin
menyekat sesuatu penyakit daripada terus merebak, mereka akan melarang pesakit
daripada melakukan perkara yang dianggap sebagai punca yang boleh menyebabkan
penyakit tersebut berlaku. Sekiranya tidak, ia akan merosakkan segala jenis
rawatan yang diberikan. Oleh itu, setiap perkara yang diharuskan oleh Allah
maka jalan untuk melaksanakannya juga diharuskan.
Ulama yang MENOLAK sadd al-dhari’ah:
Ulama yang menolak secara mutlak ®Ibn Hazm
Dalil dan hujah:
1. Al-Quran
Firman Allah SWT dalam Surah Yunus:59
قُلۡ
أَرَءَيۡتُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ لَكُم مِّن رِّزۡقٖ فَجَعَلۡتُم مِّنۡهُ
حَرَامٗا وَحَلَٰلٗا قُلۡ ءَآللَّهُ أَذِنَ لَكُمۡۖ أَمۡ عَلَى ٱللَّهِ
تَفۡتَرُونَ
59. Katakanlah
(kepada kaum Yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak
baik-buruknya sesuatu Yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga
dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi
halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka):
"Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya
mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?".
Berpandukan ayat di atas, Ibn Hazm
menyatakan bahawa penentuan halal dan haram terhadap sesuatu perkara adalah
milik Allah SWT. Seseorang dianggap melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT
sekiranya mengambil peranan tersebut. Ini kerana Allah SWT telah mengharuskan
untuk kita mengecapi segala apa yang terdapat di bumi, kecuali ada nas yang
mengharamkannya.
Justeru itu, sesuatu pandangan mestilah
berdasarkan kepada keyakinan dan bukannya andaian semata-mata. Oleh itu, tidak
boleh mengandaikan sesuatu perkara itu menjadi harus atau haram. Dengan ini
jelaslah, saddal-dhara’i yang berdasarkan kepada andaian sesuatu yang harus akan
bertukar menjadi mafsadah ditolak.
2. Hadis/Al-Sunnah
Antara hadis sahih yang menolak sad
dal-dhara’i ialah seperti berikut:
أنه شكي إليه الرجل يخيل
إليه أنه يجد الشيء في الصلاة أو في المسجد. فقال: لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد
ريحا.
Seorang lelaki
mengadu kepada Rasulullah bahawa dia berasa sesuatu (hadas) sewaktu di dalam
solat. Kata Rasulullah, jangan tinggal (keluar) solatnya sehingga dia mendengar
bunyi atau menghidu bau. (Sahih Ibn Khuzaimah)
Hadis ini menerangkan bahawa Nabi Muhammad memerintahkan
sesiapa yang berasa ragu-ragu sama ada berhadas atau tidak semasa menunaikan
solat supaya menjauhkan perasaan tersebut. Individu tersebut hendaklah
meneruskan solat sehingga ia benar-benar pasti mendengar bunyi atau terhidu
bau. Dengan ini terbukti
bahawa menghasilkan hukum atas dasar sesuatu yang diragui
adalah tidak boleh. Oleh itu, sadd al-dhara’i yang bukan pasti berlaku dan
hanya sekadar andaian adalah ditolak.
3. Akal
Beramal dengan saddal-dhara’i sama seperti
beramal dengan perkara zann (perkara yang diragui) kerana ia tidak mempunyai
asas dalil yang khusus daripada al-Quran, al-Sunnah dan al-Qiyas.
Terdapat perselisihan pendapat antara para
ulama berkaitan sumber ini kerana ia sekadar dalil zanni. Oleh itu, segala
amalan berdasarkan kepada zann yang tidak mempunyai dalil, di samping ia masih
dipertikaikan, maka amalan tersebut adalah amalan yang batil. Hakikatnya,
pengistinbatan hukum berdalilkan sad dal-dhara’i yang bersifat zann, serta
beramal dengannya adalah salah. Ibn Hazm (r.a) menyatakan dengan maksud:
“Sesiapa yang
menghukum atas alasan “berjaga-jaga” dengan tidak menyakini perkara tersebut,
maka dia telah menghukum dengan zann iaitu dia melakukan demikian semata-mata
berdasarkan kepada penipuan dan kebatilan. Perbuatan ini dilarang sama sekali
kerana ia adalah hukuman dengan hawa nafsu serta jauh daripada kebenaran”.
Ulama yang MENERIMA dan MENOLAK sadd al-dhari’ah:
Ulama yang beramal dengannya pada beberapa keadaan dan
tidak beramal dengannya dalam beberapa hal tertentu ®Imam Shafi’e dan Abu Hanifah
Dalil-dalil dan hujah:
1. Antara dalil yang menunjukkan bahawa Imam Syafi’e mengambil kira
dengan al-dhara’i, beliau berkata dalam bukunya al-Umm “....bahawa
sesungguhnya tidak halal apa-apa yang membawa (al-dhara’i) kepada menghalalkan
apa yang dihalalkan oleh Allah”
2. Namun dalam masalah jual beli secara ‘ajil berlawanan dengan
kenyataannya tentang sadd al-dhara’i (beliau berpegang kepada dalil lain dan
mengutamakan dalil itu, lalu beliau meninggalkan penggunaan sadd
al-dhara’i). Dalil itu mengatakan bahawa orang yang tidak menzahirkan niatnya,
apabila melakukan perbuatan haram, dia tidak boleh dituduh melakukan perbuatan
demikian.
PENGAPLIKASIAN SADD AL-DHARI’AH TERHADAP
PERSOALAN SEMASA
1. Tuntutan supaya balu
berkabung(ihdad) semasa ‘iddah:
Pengertian
Bahasa ®menegah daripada berhias
Istilah® meninggalkan berhias-hias sama ada pakaian, barang kemas
dan bau-bauan harum.
Hukum berihdad (berkabung):
Wajib berkabung bagi wanita yang kematian suami selama empat bulan sepuluh
harisebagaimana firman Allah SWT dalam
Surah al-Baqarah: 234
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ
وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ
وَعَشۡرٗاۖ
234. Dan orang-orang Yang meninggal dunia
di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri
itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari.
Tatacara berkabung:
1. Tidak boleh memakai pakaian yang menarik perhatian seperti pakaian yang
berwarna terang dan berwarna warni, pakaian ketat dan jarang yang menampakkan
bentuk badan.
2. Ditegah memakai wangi-wangian atau haruman sama ada pada pakaian atau tubuh
badan.
3. Dilarang berhias termasuklah bercelak mata sama ada untuk berhias atau
berubat kecuali waktu malam jika diperlukan. Ini termasuklah mengenakan solekan
pada muka, gincu pada bibir serta memasang kanta mata berwarna untuk berhias.
4. Tidak boleh berinai.
5. Ditegah berhias dengan cara apa jua.
2. Larangan menzahirkan sembahyang
Zohor berjemaah bagi orang-orang yang mengalami keuzuran untuk mengerjakan
sembahyang jumaat:
Sebahagian ulama
seperti ulama Hanafi dan Hanbali melarang (makruh tahrim bagi ulama Hanafi)
solat zohor berjemaah bagi orang yang mempunyai keuzuran di tempat di masjid
yang didirikan sembahyang jumaat. Hukum ini ditetapkan berdasarkan ad-Dhari’ah
yang boleh berlaku dari tindakan mereka tersebut. Antara dhari’ahnya ialah:
1. Mendorong orang yang tidak mempunyai
keuzuran mengikuti mereka.
2. Bimbang perbuatan itu dianggap menolak
jumaat dengan solat lain.
3. Bimbang berlaku fitnah tidak mahu mendirikan
solat jumaat.
4. Bimbang berlaku fitnah tidak mahu mengikut
imam.
5. Menimbulkan kekeliruan.
6. Memecah belahkan masyarakat.
7. Bimbang perbuatan tersebut menjadi adat.
3. Larangan pembelian buah yang
sedang berputik di atas pokok:
Terdapat dua pendapat:
A. Hukum haram dan
tidak sah.
Alasan:
Terdapat unsur gharar atau tidak jelas dalam jual beli dan
berkemungkinan terjerumus dalam penipuan.
Jual beli tersebut juga tidak manfaat (masih muda)
نًهَى
رَسُولُ الله (صلى الله عليه وسلم ) عَنْ
بَيْعِ الثِّمَارِ حَتَّى يَبُدُوَ صَلَاحُهَا, نَهَى اْلبَائِعَ وَالْمُبْتَاعَ
Rasulullah melarang daripada menjual buah-buahan sehingga nyata masaknya,
dia melarang penjual dan pembeli.
B. Hukum harus:
Jika belum masak tetapi telah
dipetik dan bermanfaat.
4. Larangan berbuka puasa kerana
uzur di khalayak ramai:
Ø WAJIB menghormati bulan ramadhan
dan wajib membendung unsur-unsur fitnah.
Ø Dilarang dan
dikira tidak menghormati kesucian agama Islam/ unsur menghina Islam.
5.
Larangan
menjatuhkan hukuman berasaskan pengetahuan hakim:
Apa yang
dimaksudkan di sini bukanlah maklumat yang diperolehi oleh hakim bicara melalui
proses perbicaraan kes berkenaan. Apa yang dimaksudkan ialah maklumat yang
diperolehi oleh hakim berkenaan di luar mahkamah sebagai orang biasa.
Contoh:
Hakim berkenaan melihat sendiri kejadian itu atau telah mendengar
tentangnya daripada orang ramai.
Para ulama berbeza
pendapat tentang perkara ini, sama ada boleh diterima sebagai asas penentuan
hukum atau sebaliknya:
1. Mazhab al-Shafi’e
Apa sahaja
pengetahuan yang diperolehi oleh hakim berkenaan secara biasa tidak boleh
digunakan sebagai asas penentuan hukum. Tetapi kalau sekiranya maklumat itu
diperolehi melalui dua orang saksi yang dikenalinya sebagai bersifat adil, dia
boleh menggunakan maklumat dari luar mahkamah itu sebagai asas kepada hukuman.
2. Mazhab Hanafi
Maklumat seperti
itu tidak boleh digunakan dalam kes-kes hudud walaupun boleh dalam kes-kes yang
berkait dengan hak individu. Sebabnya kerana jenayah hudud menyentuh hak Allah
(masyarakat umum), sedangkan hakim mewakili hak mereka.
3. Mazhab Zahiri
Bagi mazhab ini,
hakim perlu menggunakan maklumat peribadinya itu dalam semua kes termasuk
kes-kes hudud. Kata Ibn Hazm, asas yang paling kukuh ialah pengetahuannya
sendiri, kemudian pengakuan dan baru keterangan saksi.
CONTOH-CONTOH SOALAN
Soalan STPM 2014
(a) |
Dengan
memberikan contoh, terangkan perbezaan antara al-dhari’ah dengan muqaddimah.
[6] |
(b) |
Jelaskan pandangan ulama tentang
kehujahan sadd al-dhari’ah. [8] |
(c) |
Huraikan larangan menzahirkan solat Zohor berjemaah
bagi orang uzur mengerjakan solat jumaat dan kemukan empatdhari’ah
yang boleh berlaku. [6] |
Soalan STPM 2015 (Ulangan)
(a) |
Terangkan dua
perbezaan antara maqasid dengan wasa’il. [4] |
(b) |
Jelaskan empat bahagian al-dhari’ah
dari sudut kemudaratannya berserta contoh. [8] |
(c) |
Dengan mengemukakan kaedah sadd al-dhari’ah,
bincangkan hukum larangan menjatuhkan hukuman berasaskan pengetahuan hakim.
[8] |
Soalan STPM 2016
(a) |
Terangkan perbezaan
antara maqasid dengan wasa’il dalam Sadd al-Dhari’ah. [4] |
(b) |
Jelaskan empat bahagian sadd
al-dhari’ah berserta contoh. [8] |
(c) |
Berdasarkan prinsip Sadd al-Dhari’ah, bincangkan
hukum berkabung kepada balu semasa iddah. [8] |
Soalan STPM 2018
(a) |
Terangkan tiga bahagian sadd
al-dhari’ah berserta contoh. [6] |
(b) |
Huraikan tiga dalil daripada
mazhab Maliki yang menerima sadd al-dhari’ah sebagai sumber hukum. [6] |
(c) |
Bincangkan hukum seseorang yang bermusafir, makan di
tempat awam pada waktu siang dalam bulan Ramadhan. [8] |
Soalan STPM 2018 Ulangan
(a) |
Terangkan pengertian maqasid
dengan wasa’il berserta contoh. [4] |
(b) |
Jelaskan empat bahagian al-dhari’ah
dari segi kemudaratan sesuatu perbuatan. [8] |
(c) |
Isteri yang kematian suami dituntut untuk berkabung
semasa tempoh ‘iddah. Dengan merujuk kepada kaedah sadd al-dhari’ah,
bincangkan hukum tersebut. [8] |
Soalan STPM 2019 Ulangan
(a) |
(i) |
Berikan
pengertian sadd al-dhari’ah. [2] |
|
(ii) |
Dengan
memberikan contoh, terangkan perbezaan antara al-dhari’ah dengan muqaddimah. [4] |
(b) |
Dengan
memberikan contoh, jelaskan hubung kait antara maqasid dan wasa’il. [4] |
|
(c) |
Mengapakah
kaedah sadd al-dhari’ah diaplikasikan kepada permasalahan seperti yang
berikut? [2] |
|
|
(i) |
Tuntutan supaya balu berkabung semasa ‘iddah. [2] |
|
(ii) |
Larangan menzahirkan solat zuhur berjemaah bagi orang
yang mengalami keuzuran untuk mengerjakan solat jumaat. [2] |
|
(iii) |
Larangan pembelian buah yang sedang berputik di atas
pokok. [2] |
|
(iv) |
Larangan makan dan minum di khalayak bagi orang yang
mempunyai keuzuran untuk berpuasa pada bulan Ramadan. [2] |
|
(v) |
Larangan menjatuhkan hukuman berasaskan pengetahuan
hakim. [2] |
Soalan STPM 2021
(a) |
Bezakan
al-dhari’ah dengan al-muqaddimah. [4] |
|
(b) |
Jelaskan
bahagian sadd al-dhari’ah bagi contoh yang berikut: |
|
|
(i) |
Menjual senjata dalam tempoh darurat. [2] |
|
(ii) |
Menggali perigi di tempat yang jarang dilalui orang.
[2] |
|
(iii) |
Menjual anggur kepada pembuat arak. [2] |
|
(iv) |
Perempuan yang baru kematian suami berhias dan keluar
rumah. [2] |
(c) |
Berdasarkan prinsip sadd al-dhari’ah, bincangkan hukum
larangan pembelian buah yang sedang berputik. [8] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan