KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI DALAM FIQH
MUNAKAHAT ( SYARIAH STPM PENGGAL 1):
TAJUK 1: PRAPERKAHWINAN
Hasil Pembelajaran:
1.1 Menjelaskan hukum dan kaedah pemilihan jodoh dan peminangan.
1.2 Membuat ulasan terhadap persoalan semasa berdasarkan hukum dan implikasi yang berkaitan:
i. Putus tunang.
ii. Batas pergaulan semasa bertunang.
iii. Hak kafa'ah bagi bakal pengantin.
TAJUK 2: PERKAHWINAN
Hasil Pembelajaran:
2.1 Menjelaskan Konsep perkahwinan dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmat.
2.2 Menjelaskan pengertian wali, mengenal pasti jenis wali, kelayakan wali, kuasa wali dan wali hakim.
2.3 Mengenalpasti perempuan yang haram dikahwini sama ada kerana nasab, rada'ah atau musaharah.
2.4 Menganalisis persoalan semasa tentang perkahwinan:
i. Hukum kahwin lari atau tanpa kebenaran pendaftaran nikah dan kesannya di sisi undang-undang.
ii. Prosedur poligami menurut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.
iii. Hukum kahwin mut'ah dan perbahasan ulama mengenainya.
iv. Hak dan tanggungjawab suami isteri menurut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.
TAJUK 3: TALAK
Hasil Pembelajaran:
3.1 Menjelaskan Konsep talak dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmat.
3.2 Mengenalpasti jenis talak sunni, talak bid'i, talak ba'in dan talak raj'ie dari segi hukum dan implikasi.
3.3 Membuat perbandingan antara keempat-empat jenis pembubaran perkahwinan dari segi alasan dan implikasi, iaitu fasakh, khulu', ta'liq dan faraq.
3.4 Menganalisis persoalan semasa tentang talak:
i. Perceraian di luar Mahkamah Syariah.
ii. Kaunseling sebelum perceraian.
iii. Tuntutan nafkah, pemberian mut'ah dan harta sepencarian selepas perceraian.
iv. Hak hadanah.
v. Talak melalui alat komunikasi elektronik seperti SMS, email dan sebagainya.
TAJUK 4: 'IDDAH DAN RUJUK
Hasil Pembelajaran:
4.1 Menjelaskan konsep 'iddah dari segi pengertian, dalil, hukum dan hikmat.
4.2 Mengenalpasti 'iddah dan tempohnya:
i) 'iddah yang dicerai sebelum persetubuhan.
ii) 'iddah isteri yang hamil.
iii) 'iddah isteri yang kematian suami.
iv) 'iddah isteri yang putus haid dan tidak pernah didatangi haid.
v) 'iddah isteri yang masih didatangi haid.
4.3 Membuat ulasan terhadap implikasi persoalan semasa tentang 'iddah:
i) Konsep ihdad dalam Islam.
ii) Pergaulan suami isteri semasa 'iddah.
iii) Hak isteri semasa 'iddah.
4.4 Menjelaskan konsep rujuk dari segi pengertian, dalil, hukum, cara dan hikmat.
4.5 Menentukan hukum bagi persoalan semasa tentang rujuk:
i) Rujuk melalui alat komunikasi elektronik seperti SMS, email dan sebagainya.
ii) Rujuk tanpa persetujuan isteri.
iii) Prosedur rujuk dalam undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.
TAMAT
(4 tajuk sahaja)
Selamat Belajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan