Pengikut

Selasa, 4 Julai 2017

Kemahiran yang perlu dikuasai dalam Fiqh Muamalah (Syariah STPM Penggal 1) & Soalan tahun lepas:


KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI DALAM FIQH MUAMALAH ( SYARIAH STPM PENGGAL 1):

TAJUK 1: JUAL BELI
Hasil Pembelajaran:
1.1          Menjelaskan Konsep jual beli (pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat  dan hikmat).
1.2          Membezakan Jenis jual beli yang sah dan tidak sah.
1.3          Menjelaskan Konsep khiyar (pengertian, dalil, hukum, jenis dan hikmat).
1.4          Membezakan Jenis Khiyar  (Khiyar majlis, Khiyar syarat dan khiyar aib)
1.5       Persoalan semasa tentang jual beli:
           ·   Menentukan ciri-ciri.
           ·   Membezakan dengan jual beli biasa.
              ·      Hukum jual beli tersebut menurut  pendapat  fuqaha:
(Bay’ fuduli, bay’ mu’atah, bay’ urbun, bay’ bithaman ajil, bay’ murabahah, bay’ inah, bay’ salam dan bay’ istisna’)

      

SOALAN TAHUN LEPAS:


(Soalan STPM 2013 )

(a)  Terangkan konsep jual beli dari segi pengertian, dalil dan dua rukunnya. [6]

(b)  Jelaskan hukum dan alasan bagi jenis jual beli yang berikut:

i.    Jual beli motosikal yang hilang yang sedang dicari. [3]

ii.    Jual beli bunga mawar yang sedang kembang di pokok. [3]

(c)  Bincangkan pandangan fuqaha tentang hukum bay’ inah. [8]



(Soalan STPM 2018 & Ulangan STPM 2017)

(a)  Berikan pengertian jual beli, dalil dan dua hikmahnya. [4]

(b)  Jelaskan empat faktor yang menyebabkan sesuatu jual beli itu menjadi tidak sah.[8]

(c)  Dengan memberikan pandangan fuqaha, bincangkan pelaksanaan bay’ fuduli [8]


 (Soalan STPM 2019 & Ulangan 2018)
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA, beliau berkata: Maksudnya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Seseorang Muslim adalah saudara Muslim lainnya, tidak halal bagi seseorang Muslim menjual barang yang cacat kepada saudaranya kecuali telah dijelaskan kecacatan itu kepadanya.’’ (Hadis riwayat Ibnu Majah) 
(a)  Terangkan jenis khiyar yang terdapat dalam hadis di atas. [4]
(b)  Jelaskan hak khiyar dalam situasi yang berikut berserta alasan:
(i)  Pembeli yang telah selesai urusan jual beli di sebuah kedai dalam sebuah pasar raya, telah keluar dari kedai tersebut, namun masih berada dalam pasar raya berkenaan. [2]
(ii)  Seseorang membeli kambing untuk mendapatkan dagingnya (bukan tujuan korban), kemudian didapati sebahagian telinga kambing sudah terputus. [2]
(iii)  Setelah selesai akad jual beli, penjual dan pembeli itu keluar atau berjalan bersama-sama. [2]
(iv)  Pembeli menetapkan syarat selepas akad jual beli dengan berkata, “Saya berhak menuntut khiyar.” [2]

(c)  “Barang yang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan.”  Bincangkan ungkapan tersebut menurut konsep khiyar. [8]     




TAJUK 2: RIBA

Hasil Pembelajaran:
2.1       Menjelaskan konsep riba dari segi pengertian, dalil, hukum dan hikmat pengharamannya.
2.2      Menjelaskan dan membezakan jenis riba hutang dan jenis riba jual beli.
2.3      Menganalisis beberapa persoalan semasa untuk menentukan jenis riba:
i)     Pinjaman yang dikenakan faedah.
ii)      Simpanan wang yang dibayar faedah.
iii)    Konsep riba yang berlaku dalam insurans konvensional berbanding dengan takaful.


TAJUK 3. IJARAH

Hasil Pembelajaran:
3.1       Menjelaskan Konsep ijarah dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmat.
3.2       Menghuraikan jenis  ijarah iaitu sewa dan upah.
3.3       Menentukan keadaan yang boleh membatalkan Ijarah.
3.4       Menganalisis persoalan semasa tentang ijarah untuk menentukan hukum:
                    i.            Upah mengerjakan ibadah.
                  ii.            Sewa atas sewa.
                iii.            Sewa menerusi agen.
                 iv.            Sewa beli seperti al-ijarah thumma al-bay’.


 TAJUK 4: AL-RAHN

Hasil Pembelajaran:
4.1         Menjelaskan konsep al-Rahn dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmat.
4.2     Menjelaskan hukum berkaitan barang ar-rahn dari segi pemilikan, penggunaan, kehilangan, kerosakan dan penyelesaian hutang.
4.3     Menentukan keadaan yang boleh membatalkan al-rahn.
4.4     Menganalisis beberapa persoalan semasa berkaitan al-rahn:
i)        Gadaian secara konvensional.
ii)      Pelelongan barang gadaian.


TAJUK 5: SYARIKAT

Hasil Pembelajaran:
5.1       Menjelaskan konsep syarikat dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmat.
5.2       Mengenalpasti dan menghuraikan jenis syarikat dan hukumnya serta membandingkan pandangan fuqaha’ terhadap keharusan jenis syarikat  dan alasan masing-masing:
i)              Inan                         ii)  Wujuh
iii)          Abdan                    iv)  Mufawadah
v)             Mudarabah
5.3       Menerangkan keadaan yang membatalkan syarikat.
5.4       Persoalan semasa tentang syarikat:
i)        Amalan mudarabah dalam perbankan Islam, takaful dan saham.
ii)      Amalan pelaburan Islam dan konvensional.


TAJUK 6: WAKALAH

Hasil Pembelajaran:
6.1         Menjelaskan konsep wakalah dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmat.
6.2         Menentukan keadaan yang membatalkan wakalah.
6.3         Membuat penilaian terhadap persoalan semasa tentang wakalah:
i)     Amalan guaman.
ii)   Perlantikan Wasi (Pemegang amanah atau penama) dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Amanah Raya Berhad.
iii)     Perniagaan melalui agen amanah sebagai wakil.


 TAJUK 7: WADI'AH

Hasil Pembelajaran:
7.1         Menjelaskan konsep wadi'ah dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmat.
7.2         Menentukan keadaan yang membatalkan wadi'ah.
7.3         Membuat perbandingan tentang  wadi’ah dalam institusi  perbankan Islam dan simpanan dalam perbankan konvensional:
i)   Akaun simpanan
ii)     Akaun semasa


TAJUK 8: HIBAH DAN WASIAT

Hasil Pembelajaran:
8.1         Menjelaskan Konsep hibah dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, jenis, syarat dan hikmat.

8.2               Membuat penilaian terhadap beberapa persoalan semasa tentang hibah:
i.        Hibah dalam akaun simpanan    iii. Hibah semasa marad al-maut
ii.     Hibah dalam takaful                    iv. Penarikan balik hibah
8.3               Konsep wasiat dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmat.
8.4               Mengklasifikasikan Jenis-jenis wasiat:
i.                  Am                 iii.   Mutlak
ii.               Khas              iv.   Bersyarat
8.5               Menentukan keadaan yang boleh membatalkan wasiat.
8.6               Menganalisis persoalan semasa tentang wasiat untuk menentukan hukum:
( i )   Wasiat kepada waris   (iii)  Penulisan wasiat
( ii )  Wasiat wajibah



TAMAT
(8 tajuk sahaja)

1 ulasan: