Hasil Pembelajaran:
a.
Menjelaskan konsep mirath dari segi
pengertian, dalil, rukun, sebab, syarat, dan halangan pewarisan.
Pengertian Mirath:
Bahasa : Pusaka atau peninggalan si mati.
Istilah fuqaha : Ilmu yang membicarakan
tentang waris-waris yang berhak terhadap harta pusaka dan kadar wajib bagi
setiap waris yang berhak.
Ilmu mirath
: Ilmu berkenaan kaedah-kaedah
fiqhiyyah dan hisabiyyah (matematik) yang melaluinya dapat diketahui habuan/bahagian setiap ahli
waris daripada peninggalan si mati.
Dalil berkaitan mirath/faraid:
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ
أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ
فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ
فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا
تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ
أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ
ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ
وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ
مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا
Maksudnya: Allah mensyariatkan kamu tentang (pembahagian pusaka
untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian
2 orang anak perempuan, dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari 2
orang, maka bagi mereka 2/3 dari harta yang ditinggalkan, jika anak perempuan
itu seprang sahaja, anak itu akan memperolehi separuh harta, dan untuk kedua
ibu bapa, bagi masing-masing setiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang
ditinggalkan, jika yang meninggal iyu mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu
bapanya sahaja, maka ibunya mendapat 1/3, jika yang meninggal itu mempunyai
beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat 1/6 (pembahagian-pembahagian
tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau 9dan) sesudah
dibayar hutangnya, (tentang) orang tua kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak
mengetahui setiap diantara mereka lebih dekat (banyak) manfaatnya bagi kamu,
itu adalah ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha
bijaksana.
Rukun dan syarat pewarisan:
1.
Waris- iaitu orang yang ditinggalkan oleh si mati.
Syarat:
Ø hidup ketika mati pewaris sama ada sudah
dilahirkan atau belum dilahirkan.
Ø Merupakan ahli waris.
Ø Tiada sebab yang menghalang/mencegah daripada
mewarisi harta pusaka.
2.
Pewaris- iaitu orang yang meninggalkan harta (si mati).
Syarat:
Sudah mati sama ada secara hakiki atau
hukmi (iaitu hakim menghukumkannya bahawa ia telah mati) atau mati
secara taqdiri (iaitu anak dalam kandungan mati akibat penganiyaan
terhadap ibunya)
3.
Harta- iaitu Barang/harta peninggalan si mati.
Syarat:
Merupakan harta sebenar si mati ( harta alih
dan harta tak alih)
Sebab-sebab mendapat pusaka:
1. Sebab Kerabat:
Orang yang mempunyai pertalian darah dengan sebab
kelahiran, sama ada menerima pusaka secara fardu sahaja (seperti ibu) atau
fardu serta asabah (seperti bapa) atau asabah sahaja seperti saudara
(adik-beradik si mati).
Penerima pusaka dengan sebab kerabat ialah:
i. Furu’al-bait: anak dan cucu
ii. Usul al-bait: bapa,ibu,dan datuk
iii. Saudara
lelaki dan perempuan
iv Bapa saudara dan sepupu lelaki sahaja
2. Sebab Nikah atau Perkahwinan:
·
Pernikahan dan perkahwinan yang sah sahaja
·
Isteri yang telah diceraikan dengan talak raj’ie dan
masih dalam tempoh iddah berhak mendapat harta pusaka.
·
Isteri yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak
menerima pusaka walaupun masih dalam iddah.
3. Sebab Wala’ atau Pemerdekaan:
Iaitu hamba yang telah dimerdekakan oleh tuannya,
kemudian meninggal dunia dengan meninggalkan harta tetapi tidak mempunyai waris
maka bekas tuannya (yang memerdekakannya) berhak menerima pusaka (harta
peninggalan si hamba).
4. Badan Islam (baitulmal):
Bagi si mati yang tidak mempunyai waris atau tidak habis
pusaka fardunya, maka harta yang selebihnya perlu diserahkan kepada baitulmal.
Syarat-syarat mendapat pusaka
i. Yakin
mati mawaris iaitu mesti yakin bahawa orang yang meninggalkan pusaka sudah mati
ii. Yakin
hidup waris selepas kematian mawaris iaitu orang yang berhak menerima pusaka
masih hidup.
iii. Tahu
hubungan antara waris dengan si mati iaitu pertalian antara keduanya iaitu
secara keturunan,perkahwinan atau pemerdekaan.
iv. Tahu
ada pihak yang boleh menguruskan harta iaitu pihak yang boleh
menyelesaikan
pusaka itu dengan mengetahui secara
terperinci.
Halangan mendapat pusaka:
1.
Sebab perhambaan (الرق) :
Salah satu sebab menghalang dari mendapat pusaka sama ada perhambaan itu
sempurna atau tidak kerana hamba itu sendiri adalah milik tuannya.
Contoh: Seorang hamba meninggal dunia dengan meninggalkan
harta. Sekiranya si hamba mempunyai anak maka si anak tadi tidak berhak
mendapat harta peninggalan tersebut kerana terhalang oleh tuannya. Tuan si
hamba yang berhak mendapat harta tersebut.
2.
Sebab Pembunuhan(القتل)
Para fuquha bersepakat, pembunuhan itu
menjadi penhalang untuk mendapat pusaka mangsa bunuhnya sebagaimana hadis;
قال رسول الله :
ليس للقاتل من الميراث شىء
Maksud: Baginda
Rasulullah bersabda: tiada untuk si pembunuh itu sedikit pun dari harta pusaka
(mangsa yang dibunuh)
3.
Berlainan Agama:
a. Keempat-empat mazhab sependapat mengatakan
bahawa orang bukan Islam tidak boleh menerima harta dari orang Islam dan
begitulah sebaliknya.
b. Bagi pusaka orang bukan Islam iaitu antara
orang yahudi dan nasrani, kedua-duanya turut tidak boleh menerima harta di
antara mereka kerana menurut Imam Malik, kedua mereka juga dikira berlainan
agama.
c. Bagi orang murtad sama ada lelaki atau
perempuan, kedua-duanya tidak berhak menerima pusaka sama ada dari kalangan
orang Islam itu sendiri atau dari orang bukan Islam.
d. Menurut Imam Hanafi, orang Islam berhak
menerima pusaka dari orang yang murtad dari harta mereka yang diusahakan semasa
dia Islam.
e. Menurut Jumhur Ulama, orang yang murtad tidak
boleh menerima pusaka orang Islam begitu juga orang Islam tidak boleh menerima
harta dari orang murtad.
4.
Berlainan negara (pendapat Hanafiah):
Menurut Imam Hanafiah, iaitu dengan sebab berlainan
negara (اختلف الدارين)mejadi penghalang bagi mendapat pusaka. Halangan ini
berlaku sekiranya si mati itu warganegara Islam dan warisnya pula warganegara
kafir harbi atau sebaliknya.
5.
Lian:
Anak pasangan suami isteri yang telah
bercerai melalui li’an tidak boleh mewarisi dari bapa yang tidak mengakuinya
sebagai anak dan si bapa juga tidak boleh mewarisi dari anak tersebut. Masalah
ini diqayaskan dengan hukum anak zina/anak luar nikah.
6.
Tidak menangis saat kelahiran:
Tidak menangis saat kelahiran merupakan tanda
bahawa bayi tersebut tidak bernyawa/telah meninggal. Anak yang dilahirkan oleh
ibunya dalam keadaan tidak menangis/meninggal tidak boleh mewarisi harta.
Hikmah Disyariatkan Mirath
· Untuk menyampaikan hak dan bahagian kepada
yang hak. (Huraikan)
· Untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan bertimbang rasa. (Huraikan)
· Untuk
mengelakkan dari berlakunya penganiayaan terhadap waris. (Huraikan)
· Untuk
menjamin kehidupan ahli waris. (Huraikan)
· Untuk mengekalkan harta dalam keluarga
masing-masing dari hilang. (Huraikan)
CONTOH SOALAN
(Soalan STPM 2013)
|
(a) |
Terangkan dua sebab
yang mengharuskan seseorang itu mendapat harta pusaka. [5] |
|
(b) |
“membunuh merupakan satu
daripada sebab yang menghalang seseorang itu mendapat harta pusaka.” Jelaskan
pandangan ulama tentang perkara ini. [8] |
|
(c) |
Seorang lelaki meninggal
dunia dan telah meninggalkan wang sebanyak
RM216 000.00. Beliau meninggalkan seorang isteri, ibu, bapa, dan dua
orang anak perempuan. Terangkan bagaimana pembahagian harta pusaka tersebut
dilakukan. [8] |
(Soalan STPM 2018 dan Ulangan 2017)
(a) |
Dengan memberikan dua
contoh, terangkan maksud halangan pewarisan.[4] |
|
|
(b) |
Jelaskan pandangan ulama
mengenai pembayaran hutang si mati dengan Allah SWT dan pembayaran hutang si
mati sesama manusia dengan menggunakan harta pusaka. [8] |
|
(c) |
Selesaikan kes pembahagian
harta pusaka seperti berikut: (i) Seorang lelaki meninggal dunia
dengan meninggalkan ibu, empat orang anak perempuan, dan dua orang saudara
perempuan seibu sebapa. [4] (ii) Seorang perempuan meninggal
dunia dengan meninggalkan suami, ibu, dan bapa kepada bapa (datuk). [4] |
(Soalan STPM 2019 & Ulangan
2018)
|
(a) |
Terangkan pengertian
mirath dan rukunnya. [5] |
|
(b) |
Jelaskan pendapat fuqaha
tentang kedudukan baitulmal dalam pembahagian harta pusaka. [6] |
|
(c) |
Selesaikan kes pembahagian harta pusaka
yang berikut:
(i)
Seorang lelaki meninggal dunia dengan meninggalkan
seorang isteri, ibu, dan bapa kepada bapa (datuk). [4]
(ii)
Seorang perempuan meninggal dunia dengan
meninggalkan suami, ibu, bapa, seorang saudara perempuan seibu sebapa, dan
seorang saudara lelaki sebapa. [5] |
(Soalan STPM 2022 & Ulangan 2021)
|
(a) |
Mengapakah perkahwinan dan wala’
menjadi sebab pewarisan harta pusaka dalam Islam? [4] |
|
(b) |
Jelaskan kedudukan
perbelanjaan pengurusan jenazah dalam liabiliti harta pusaka. [8] |
|
(c) |
Analisis pandangan fuqaha
berkaitan dengan jenis pembunuhan yang menjadi halangan pewarisan. [8] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan