Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan pengertian taqlid.
b.
Menjelaskan hukum bertaqlid
dalam perkara akidah dan maslahah fiqh.
c.
Menjelaskan pengertian talfiq.
d.
Menjelaskan pendapat ulama
mengenai hukum bertalfiq.
e.
Membezakan persoalan semasa
mengenai:
(i).
Bayaran zakat dengan wang.
(ii). Bersentuhan antara lelaki
dengan perempuan semasa tawaf.
1.
PENGERTIAN
TAQLID, DALIL & CONTOH
Pengertian Taqlid:
Mengikut
pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya.
Dalil:
·
Al-Nahl: 43
فَسَۡٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٤٣
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu
tidak mengetahui”.
·
Al-Sunnah:
“Rasulullah SAW
pernah mengutus pembaca al-Quran dari kalangan sahabat ke satu kabilah tertentu
untuk mengajarkan Islam dan al-Quran kepada mereka, di mana kabilah itu
menerima apa sahaja daripada sahabat yang diutuskan tanpa menanyakan dalilnya”.
Contoh:
o Menyapu
sebahagian kepala ketika berwuduk kerana bertaqlid/ mengikut Imam Syafie.
o Membayar
zakat fitrah dengan harga kerana bertaqlid/ mengikut Mazhab Hanafi.
1.2. HUKUM
BERTAQLID DALAM PERKARA AKIDAH & FIQH
BERTAQLID
DALAM AKIDAH
1.
Menurut Jumhur:
TIDAK HARUS bertaqlid dalam perkara akidah.
Alasan/ hujjah mereka ialah:
Mengkaji dan meneliti dalil-dalil adalah
wajib. Hal ini berdasarkan dalil (Ali-Imran: 190)
إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفٱ
الَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ ١٩٠
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda Kebesaran Allah bagi orang-orang yang berakal”.
Sepakat jumhur ulama tentang wajib mengenali
Allah yang tidak dapat dicapai dengan bertaqlid.
2.
Menurut Ubaidullah Bin Al-Hasan Al-‘Anbari, Golongan Al-Ta’limiyyah dan Al-Mujassimah:
HARUS bertaqlid dalam perkara akidah.
Alasan/ hujjah mereka ialah:
Sekiranya
meneliti dan mengkaji suatu tuntutan wajib, sudah tentu para sahabat
melakukannya dan menyuruhnya. Sebaliknya mereka tidak berbuat begitu.
BERTAQLID
DALAM FIQH
1.
Menuru t Jumhur:
WAJIB bertaqlid ke atas orang awam[1]
dalam perkara fiqh. Manakala mujtahid wajib berijtihad.
Alasan/ hujjah mereka ialah:
Wajib bertaqlid ke atas orang awam dalam
perkara fiqh berdasarkan dalil (An-Nahl: 43)
فَسَۡٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ
لَا تَعۡلَمُونَ ٤٣
Mereka juga mengatakan, sejak zaman Sahabat
telah disepakati bahawa orang awam sentiasa bertanya dan meminta fatwa daripada
ulama dan mujtahid.
Hal ini juga kerana Ijtihad merupakan bakat yang
dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja. jika diperinthakan semua orang
berijtihad maka ia bererti diperintah melakukan perkara yang diluar kemampuan
manusia, dan ia adalah dilarang oleh Islam.
2.
Menurut Zahiri, Muktazilah, Imamiyyah:
TIDAK WAJIB bertaqlid ke atas orang awam dalam perkara fiqh. Bahkan mereka wajib
berijtihad untuk dirinya dan beramal dengan apa yang diperolehinya dari
ijtihadnya.
Alasan/ hujjah mereka ialah:
Berdasarkan dalil Al-Baqarah: 169 وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا
تَعۡلَمُونَ ١٦٩
“Dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu
tidak ketahui”.
Hadis: طلب
العلم فريضة على كل مسلم
“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap
muslim”.
Bahawa orang awam jika diperintah mereka
bertaqlid maka sudah tentu tidak selamat bahawa orang yang mereka bertaqlid
dengannya tersalah/ berdusta dalam ijtihadnya. Ini bererti orang awam
diperintah mengikut kesalahan dan dusta sedangkan syarak melarang perkara
tersebut.
1.3 SYARAT BERTAQLID
1.
Orang yang bertaqlid hendaklah mengetahui segala syarat, rukun-rukun dan
perkara yang membatalkannya yang diletakkan oleh mujtahid yang diikutinya.
2.
Hukum yang hendak ditaqlidkan itu tidak menyalahi kehendak nas syarak dan
ijmak.
Contoh: Berkahwin tanpa
mas kahwin, di mana tidak ada satu mazhab pun yang mengharuskannya.
3. Orang yang bertaqlid hendaklah mengetahui
bahawa mujtahid yang diikutinya itu merupakan seorang yang boleh diterima
ijtihadnya.
Contoh: Imam Syafie, Hanafi, Maliki,
Hanbali.
4.
Seseorang mujtahid tidak dibenarkan untuk bertaqlid dalam masalah yang dia
sudah berijtihad.
5. Tidak mengambil pendapat yang mudah dari
pelbagai mazhab.
Contoh: Wuduk sapu sedikit
kepala taqlid/ikut mazhab Syafie, solat tidak baca bismillah taqlid imam
Hanafi. Maka tidak sah taqlid ini.
6.
Seseorang mujtahid yang mampu berijtihad tidak harus bertaqlid.
7.
Tidak bertaqlid dengan mujtahid yang telah membatalkan ijtihadnya.
8.
Tidak harus bertaqlid dalam perkara akidah.
2. PENGERTIAN
TALFIQ & CONTOH
Pengertian Talfiq:
Seseorang itu bertaqlid pada satu mazhab
tertentu dalam ibadatnya, kemudian dalam satu keadaan/ bahagian tertentu dia
bertaqlid pula kepada mazhab yang lain.
Contoh:
Ø Seseorang
berwuduk dengan bertaqlid kepada mazhab Syafie (menyapu sebahagian kecil kepala). Kemudian dia menyentuh perempuan ajnabi
dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki yang berpendapat tidak batal wuduk dengan
sebab menyentuh perempuan ajnabi. Kemudian dia solat.
Ø Di
sini didapati bahawa wuduknya yang mana ia solat dengannya tidak ada seorang
pun dari kalangan mazhab-mazhab tersebut memperakui sahnya.
Ø Imam
Syafie menganggap wuduknya terbatal kerana dia telah menyentuh perempuan,
manakala Imam Malik menganggap wuduknya tidak sah kerana dia tidak menyapu
kesemua kepala.
2.1 HUKUM
BERTALFIQ
1.
Pendapat Pertama:
Talfiq
HARUS dilakukan oleh mujtahid dan orang awam.
Alasan/ hujjah mereka talfiq diharuskan ialah:
1. Para
sahabat ketika bertanya sesuatu masalah, mereka tidak bertanya kepada semua
sahabat.
2. Fuqaha
juga tidak menetapkan syarat setelah menerima pandapatnya dalam masalah
tersebut, mereka ditegah bertanya kepada fuqaha yang lain dalam masalah sama.
Contoh:
Harus
seseorang yang solat dengan mazhab Syafie kemudian dalam berzakat dengan mazhab
Hanafi dan puasa dengan mazhab Maliki.
2.
Pendapat Kedua:
TIDAK HARUS talfiq (mengikuti lebih dari
satu mazhab) dalam sesuatu permasalahan.
Alasan/ hujjah mereka ialah:
1. Supaya
mukallaf tidak menurut hawa nafsu dalam memilih di antara dua/ lebih pendapat
mazhab.
2. Talfiq boleh mendorong kepada mengikut pendapat yang mudah-mudah sahaja.
3. Talfiq
akan membawa kepada perbuatan yang ditegah oleh Syarak khasnya orang awam/
jahil. Seperti kahwin tanpa wali, tanpa mahar, tanpa saksi kerana mengikut
pendapat-pendapat yang tersendiri daripada mazhab tertentu.
Contoh:
Seseorang berwuduk dengan wuduk Imam Syafie, kemudian menyentuh
perempuan ajnabi kerana mengikut mazhab Imam Malik yang menganggap bersentuhan
dengan perempuan ajnabi tidak batal wuduk, kemudian dia solat.
2.2 SYARAT BERTALFIQ
1.
Hendaklah mazhab yang diikuti merupakan mazhab yang masyhur khususnya
mazhab-mazhab yang empat[2].
Jika pandangan atau tarjih, hendaklah dari ulama yang diiktiraf oleh umat akan
keilmuannya.
2.
Tidak bertujuan mencari yang mudah-mudah dari pandangan-pandangan mazhab.
3. Tidak
boleh talfiq antara dua pendapat yang terlahir dari keputusan dua imam pada
satu permasalahan.
Contoh:
Berwuduk taqlid imam Syafie (sapu sedikit kepala), kemudian sentuh perempuan
ajnabi taqlid Imam Malik (tidak batal wuduk dengan sebab sentuh perempuan
ajnabi), selepas itu solat. Solat tidak sah dengan sebab batalnya wuduk.
4.
Perkara yang diamalkan itu tidak bercanggah dengan ijmak.
Contoh: Berkahwin tanpa mas kahwin, di mana tidak ada satu mazhab
pun yang mengharuskannya.
PERSOALAN SEMASA
1.
BAYARAN
ZAKAT FITRAH DENGAN WANG
SYAFIE
& HANABILAH |
o Tidak sah bayaran zakat fitrah dengan wang jika diniatkan wang menjadi zakat
fitrah seperti diniatkan: “Wang ini
fitrah wajib atasku, bagi diriku dan tanggunganku” o
Sah & harus bayaran zakat fitrah dengan wang sebagai
ganti beras (makanan) tetapi lebih afdhal dengan makanan dan hendaklah
diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah wajib
atasku, bagi diriku dan tanggunganku” |
HANAFIYYAH |
o
Harus bayaran zakat fitrah dengan wang dan ianya
adalah lebih afdhal. |
IBNU TAIMIYYAH |
o
Harus bayaran zakat fitrah dengan wang bila ada
kemaslahatan. |
2.
BERSENTUH ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN SEMASA TAWAF
SYAFIE |
· Batal wuduk secara mutlak apabila bersentuhan
antara lelaki dan perempuan sama ada dengan syahwat atau tanpa syahwat. ·
Dalil: أَوۡ لَٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ[3] · Seseorang yang berwuduk dengan cara mazhab
Syafie, maka dalam soal perkara yang membatalkan wuduk juga mestilah mengikut
mazhab Syafie. Oleh itu tidak sah tawaf jika wuduk seseorang itu telah batal. |
MALIKI |
· Tidak batal wuduk. · Dalil: أَوۡ لَٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ[4] · Oleh itu seseorang yang bertaqlid dengan
mazhab Maliki tidak perlu memperbaharui wuduknya untuk tawaf dan sah
tawafnya. |
PANDANGAN RAJIH (*KESIMPULAN) |
· Namun, dalam masalah ini diharuskan untuk
kita bertalfiq dengan mazhab lain kerana ia menimbulkan kesukaran jika
bertaqlid dengan mazhab Syafie. · Oleh itu, bersentuhan antara lelaki dan
perempuan semasa tawaf adalah TIDAK BATAL WUDUKNYA & SAH TAWAFNYA. |
CONTOH-CONTOH SOALAN
Soalan STPM 2013
(a) |
Dengan memberikan contoh, terangkan pengertian taqlid
dan hukum bertaqlid menurut pandangan ulama. [4] |
(b) |
Jelaskan tiga syarat
harus bertaqlid. [6] |
(c) |
Satu daripada syarat sah
tawaf ialah seseorang itu hendaklah berwuduk. Dengan menggunakan kaedah taqlid
dan talfiq, Bincangkan hukum bersentuhan antara lelaki dengan
perempuan ajnabi semasa tawaf. [10] |
Soalan STPM 2014 (Ulangan)
(a) |
Berikan pengertian taqlid dan terangkan
hukum bertaqlid dalam masalah fiqh. [6] |
(b) |
Jelaskan pengertian talfiq
dan hukumnya menurut pandangan Islam. [6] |
(c) |
Berdasarkan kaedah taqlid
dan talfiq, bincangkan pandangan ulama tentang pembayaran zakat fitrah
dengan wang. [8] |
Soalan STPM 2017 Ulangan
(a) |
Terangkan pengertian talfiq berserta
contoh. [4] |
(b) |
Berdasarkan kaedah talfiq,
huraikan pandangan ulama tentang pembayaran zakat fitrah dengan wang. [8] |
(c) |
“Satu daripada syarat sah tawaf ialah seseorang itu
dalam keadaan berwuduk.” Merujuk kepada konsep talfiq, bincangkan
hukum bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan ajnabi semasa tawaf. [8] |
Soalan STPM 2019
(a) |
Bezakan taqlid dengan talfiq
berserta contoh. [4] |
(b) |
Huraikan prinsip talfiq
dalam isu keharusan mengeluarkan zakat fitrah dengan menggunakan wang. [8] |
(c) |
Bincangkan hukum tawaf seorang wanita yang tidak
sengaja menyentuh seorang lelaki yang bukan mahram tanpa sebarang lapik. [8] |
Soalan STPM 2020 (Ulangan)
(a) |
Terangkan pengertian talfiq berserta dengan contoh. [4] |
(b) |
Huraikan tiga hukum
bertalfiq dalam permasalahan fiqh. [6] |
(c) |
Bincangkan persoalan talfiq dan taqlid
dalam permasalahan pembayaran zakat fitrah dengan wang. [10] |
Soalan STPM 2021 (Ulangan)
(a) |
Bezakan antara taqlid dengan talfiq.
[4] |
(b) |
Huraikan tiga
pandangan ulama dalam hukum bertaqlid. [6] |
(c) |
Bincangkan hukum bayaran zakat fitrah dengan wang di
Malaysia berdasarkan prinsip talfiq.
[10] |
Soalan STPM 2022
(a) |
Jelaskan pengertian talfiq berserta dengan
hukum beramal dengannya dalam permasalahan fiqh. [4] |
(b) |
Berdasarkan konsef talfiq, huraikan hukum tawaf
seorang lelaki yang secara tidak sengaja menyentuh tangan seorang wanita
ajnabi tanpa sebarang lapik. [8] |
(c) |
Bincangkan prinsip talfiq dalam keharusan
membayar zakat fitrah dengan menggunakan Ringgit Malaysia. [8] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan