Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan konsep ijtihad
dari segi pengertian dan dalil.
b.
Menjelaskan syarat ijtihad dan
mujtahid.
c.
Mengenal pasti perkara yang
boleh dan tidak boleh diijtihadkan.
d.
Mengemukakan dalil dan alasan
tentang kehujahan ijtihad sebagai sumber hukum.
e.
Menilai pelbagai pendapat
ulama mengenai kehujahan ijtihad.
f.
Menjelaskan dan menentukan
keadaan yang boleh membatalkan ijtihad.
g.
Menentukan hukum dengan
menggunakan ijtihad bagi perkara berikut:
(i).
Penentuan awal bulan Ramadan
dan Syawal.
(ii).
Pemindahan organ manusia.
(iii).
Bayi tabung uji.
(iv).
Pengklonan manusia.
Pengertian
ijtihad:
mencurahkan
tenaga secara bersungguh-sungguh dari seorang mujtahid dalam menyemak
dalil syarak untuk mengeluarkan hukum syarak bagi sesuatu masalah berbentuk
amali.
Mujtahid :
Orang yang
mampu membuat kesimpulan hukum-hukum syarak yang berbentuk amali dari
dalil-dalilnya secara terperinci.
Dalil harus
berijtihad:فَاعْتَبِرُوا يَأُولِى الْأَبْصَرِ
Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai
orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. (Surah al-Hasy:12)
Syarat
Mujtahid (orang yang berijtihad)
1.
Beriman,
Islam dan bersifat adil.
2.
Mengetahui
tentang al-Quran beserta dari sudut bahasa dan syariat.
3.
Mengetahui
hadis berserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.
4.
Mampu mengetahui
dan memahami tentang masalah-masalah ijmak serta tempat-tempat berlaku ijmak
supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya.
5.
Mengetahui
cara-cara al-Qiyas iaitu dengan mengetahui illah, hikmat, kemaslahatan
masyarakat dan uruf.
6.
Mengetahui
dan memahami Bahasa Arab dengan baik dan sempurna supaya dapat mentafsirkan
al-Quran dan hadis serta dapat istinbat hukum dengan lebih yakin.
7.
Mengetahui
tentang nasakh mansukh daripada al-Quran dan Hadith.
8.
Mengetahui
ilmu usul fiqh kerana ia adalah asas dalam berijtihad dan istinbat hukum.
9. Mempunyai kefahaman yang baik dan benar supaya dapat membezakan antara pendapat yang benar dan yang salah. Iaiatu mempunyai kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu pengetahuan yang mendalam.
10.
Baligh
iaitu cukup umur dan sempurna akal pemikiran.
11.
Mengetahui
tentang dalil akal dan kehujahannya.
12.
Mengetahui
nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum-hakam.
13.
Mengetahui
tentang sebab nuzul ayat dan sebab datangnya hadis (asbab wurud hadis) serta
syarat hadis Mutawatir dan Ahad.
Syarat dan cara
berijtihad
1.
Meneliti
terlebih dahulu nas yang terkandung dalam al-Quran, kemudian meneliti hadis
mutawatir dan hadis ahad dalam penetapan hukum dan menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.
2.
Peringkat,
sekiranya mujtahid tidak menemui nas yang menjelaskan hukum dalam al-Quran dan
hadis, maka dia mestilah berpegang dan mengambil zahir hadis serta apa yang
dapat diambil daripada keduanya itu tentang apa-apa sahaja yang dapat dijadikan
pegangan berbentuk mantuk dan mafhumnya.
3.
Sekiranya
mujtahid tidak menemui hukum melalui jalan peringkat kedua, maka ia mestilah
meneliti dan menilai segala perbuatan nabi dan selepas itu menilai taqrir
baginda. Selepas itu hendaklah berijtihad melalui jalan penetapan hukum secara
qiyas dengan berdasarkan illah atau sebabnya.
4.
Sekiranya
dengan jalan dan cara ketiga tersebut juga mujtahid tidak dapat menemui hukum
yang dimaksudkan, maka ia hendaklah berpegang dengan hukum asal (bara’ah
asliah/ برأة أصلية)
5.
Selain
dari itu, apabila mujtahid itu menemui dua dalil atau nas yang bertentangan,
maka ia hendaklah terlebih dahulu mencari dan menilai dalil itu dari sudut ia
dapat diterima kedua-duanya sebagai dalil hukum. Kerana berpegang kepada
kedua-dua dalil itu terlebih baik daripada meninggalkan salah satu daripadanya.
Walau bagaimanapun, sekiranya mujtahid itu tidak dapat mencaridan tidak
dapat dikumpulkan kedua-dua dalil itu sebagai satu dalil hukum, maka mujtahid
tersebut hendaklah mengeluarkan hukum melalui tarjih atau menguatkan terhadap
salah satu daripada dua nas yang bertentangan itu.
Hukum yang
boleh ijtihad:
1.
Perkara yang tidak
disebut hukumnya dalam nas al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. Untuk itu ijtihad yang dilakukan padanya ialah dengan mengkaji untuk
mengetahui hukum melalui qiyas, masalih al-mursalah, uruf, istishab, istihsan
dan lainnya. Oleh itu ulama mujtahid tidak mempunyai kata sepakat dalam membuat
dalil dan hujah dengan dalil-dalil tersebut dan berlakulah khilaf ijtihad.
Contoh:
Ijtihad Umar supaya Abu Bakar
mengumpulkan al-Quran. Pada awalnya Abu Bakar tidak setuju, namun selepas itu
ia bersetuju.
2.
Hal dan kejadian yang
terdapat hukumnya di dalam al-Quran dan hadis Mutawatir, namun dilalah
kedua-dua nas tersebut terhadap hukum adalah zanni. Untuk
itu mujtahid mestilah berusaha untuk mencari makna yang dikehendaki oleh syarak
daripada nas tersebut. Selain itu terdapat dalam nas al-Quran dan hadis dalam
bentuk mutlak. Oleh itu untuk menetapkan hukum daripada lafaz nas tersebut,
suatu kajian harus dilakukan di kalangan mujtahid.
Contoh: وَٱلۡمُطَلَّقَٰتُ
يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَٰثَةَ قُرُوٓءٖ
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan
diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) (Surah al-Baqarah:228)
Nas al-Quran dan sabit lafaz quru’ itu adalah qat’ie, tetapi dilalah
hukum daripada maknanya adalah zanni kerana kemungkinan ia membawa makna haid
atau suci. Untuk itu menunjukkan kepada salah satu makna lafaz quru’ itu adalah
zanni. Untuk itu juga ahli mujtahid melakukan ijtihad untuk mendapat sesuatu
makna yang dikehendaki oleh syarak daripada lafaz quru itu.
Hasil daripada ijtihad ulama Hanafi, lafaz quru’ itu membawa maksud haid. Untuk itu menurut mazhab Hanafi, perempuan yang dicerai oleh suaminya
mestilah beriddah selama 3 kali haid.
Manakala
hasil ijtihad ulama Syafi’ie pula, lafaz quru’ bermaksud suci. Untuk wajib ke atas perempuan yang diceraikan oleh suaminya beriddah
selama 3 kali suci.
3.
Kejadian
yang terdapat hukumnya dalam nas yang sabit secara zannitetapi dilalah pada
maknanya adalah sabit secara qat’ie. Untuk itu bidang ijtihad pada nas tersebut
ialah dengan mengkaji cara-cara dalil itu sampai dan diriwayat. Iaitu dari segi
kedudukan perawi, sama ada thiqah, adil dan sebagainya. Hal tersebut merupakan
perkara yang berlainan di antara ahli mujtahid dalam menentukannya. Contohnya
pada hadis riwayat Ibn Majah, Tirmizi
dan Malik.
فِى خَمْسٌ مِنَ الْاِبِلِ شَاةٌ
Pada setiap 5 ekor unta diwajibkan zakat seekor kambing.
Dilalah hukum (penunjukan kepada hukum) adalah qat’ie kerana lafaz
(syatun) ialah lafaz khas, tetapi sabitnya nas adalah zanni kerana hadis
tersebut tidak bertaraf mutawatir.
4.
Kejadian
dan perkara yang terdapat hukumnya dalam nas yang disabitkan dengan zanni,
begitu juga dengan dilalahnya sabit dengan zanni juga. Oleh itu harus bagi
mujtahid berijtihad dengan melihat lafaz hadis dan kedudukan rawi dan sanad dan
kemudian berusaha untuk mengetahui maksud yang dikehendaki olek syarak daripada
maknanya yang pelbagai itu. Contohnya terhadap hadis yang diriwayatkan oleh
al-jama’ah.
لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ
الكِتَابِ
Tidak sah sembahyang sesiapa
yang tidak membaca al-fatihah.
Hadis tersebut sabit secara zanni, demikian juga dilalahnya kerana ia
bukanlah diriwayatkan dengan cara mutawatir dan lafaznya juga boleh memberi dua
maksud.
Pertama: menafikan sah sembahyang orang yang tidak membaca al-fatihah.
Kedua :
menafikan kesempurnaan sembahyang mereka yang tidak membacanya.
Hasil ijtihad ulama, Ulama Syafi’ie mengatakan tidak sah sembahyang tanpa membaca al-fatihah. Hasil
ijtihad Ulama Hanafi pula, tidak sempurna sembahyang yang tidak dibaca al-fatihah.
5.
Boleh
berijtihad dengan hukum yang tidak mempunyai nas dan ijmak mengenainya.
Hukum yang tidak boleh
ijtihad
1.
Hukum
kejadian yang terdapat dalam nas yang sabit secara pasti dan dilalahnya juga
adalah qat’ie (Masalah yang ada dalil qat’ie).
Contoh:
Nas yang menyatakan hukuman hudud terhadap penuduh zina iaitu terhadap
wanita yang muhsanah (Surah al-Nur:4)
وَٱلَّذِينَ
يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُهَدَآءَ
فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَٰنِينَ جَلۡدَةٗ
Dan orang-orang yang
melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,
kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan
puluh kali sebat.
2.
Hukum yang
telah ditafsirkan oleh Rasulullah dan tidak mungkin berlaku takwil padanya.
Contoh: hukum
yang diambil daripada firman Allah (Surah an-Nisa:77)
وَأَقِيمُواْ
ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ
dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat".
3.
Hadis
mutawatir yang mentafsirkan lafaz yang mujmal kerana ia adalah sabit dengan
qat’ie dan maksudnya adalah jelas dan tidak mungkin menunjukkan berbagai makna.
4.
Hukum
seksaan dan kifarat yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak seperti kifarat
zihar dan sumpah (Surah al-Mujadalah:3)
وَٱلَّذِينَ
يُظَٰهِرُونَ مِن نِّسَآئِهِمۡ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُواْ فَتَحۡرِيرُ
رَقَبَةٖ مِّن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّاۚ
Dan orang-orang yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari
apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah
(suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur.
5.
Hukum
agama yang mesti diketahui oleh mukallaf seperti beriman.
Contoh: Firman
Allah (Surah al-Imran:132) وَأَطِيعُواْ
ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Dan
taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya
6.
Hukum dan
kejadian yang tidak ada nas menunjukkan hukumnya sama ada qat’ie atau zanni,
jelas atau tidak jelas namun pernah berlaku ijmak ulama mengenai hukum
tersebut.
Contoh:
Sepakat jumhur ulama tentang
terbatalnya perkahwinan antara wanita muslimah dengan lelaki kafir.
7.
Hukum
syarak yang telah dimaklumi
Contoh:
Wajib sembahyang, puasa, zakat,
pengharaman zina.
DALIL DAN
ALASAN TENTANG KEHUJAHAN IJTIHAD SEBAGAI SUMBER HUKUM
Ijtihad
merupakan salah satu daripada sumber hukum yang dilakukan oleh mujtahid apabila
tidak terdapat hukum dalam nas al-Quran atau hadis atau ijmak ulama. Namun
kadangkala mujtahid berbeza pendapat dalam menentukan hukum bagi sesuatu
permasalahan kerana berlainan pemikiran dan suasana. Ijtihad merupakan sesuatu
yang dituntut terutama ketika ketiadaan nas.
Contoh
praktikal ijtihad:
1.
Mujtahid
yang betul dalam ijtihad mendapat dua ganjaran, mujtahid yang salah dimaafkan
serta mendapat satu ganjaran.
2.
Baginda
Rasulullah SAW pernah berijtihad menentukan kedudukan tawanan Badar sama ada
dibunuh atau mengambil tebusan.
3.
Para
sahabat pernah berijtihad antaranya:
a)
Abu Bakar
pernah berijtihad berkaitan orang yang enggan membayar zakat dihukum sebagai
golongan murtad dan harus diperangi dan ada sahabat lain berijtihad sebaliknya.
Akhirnya Allah menunjukkan ijtihad Abu Bakar yang benar.
b)
Abu Bakar
pernah berijtihad dalam masalah harta pusaka iaitu al-kalalah. Katanya: “Aku
mengatakan hal itu berdasarkan pendapatku, kiranya benar daripada Allah,
kiranya salah ia daripadaku dan daripada syaitan”.
c)
Saidina
Umar ada berijtihad berkaitan mas kahwin dan dibantah oleh wanita, beliau
meminta maaf dan berkata Umar salah dan benar wanita itu.
d)
Berasaskan
peristiwa Muaz bin Jabal ketika diutuskan menjadi wakil di Yaman.
Kesimpulannya: Ulama berpendapat apa yang dijtihadkan adalah benar. Jika berlaku
pertentangan pendapat antara mujtahid, orang yang mengikut boleh memilih mana
satu yang dirasakan tepat.
Keadaan/faktor
yang boleh menyebabkan terbatalnya Ijtihad:
1.
Apabila
mujtahid melakukan ijtihad terhadap hukum, kemudian ternyata ijtihad tersebut
salah. Wajib mujtahid membatalkan ijtihad tersebut dan melakukan ijtihad lain
serta beramal dengan ijtihad baru itu.
2.
Sekiranya
hukum yang diijtihad bercanggah dengan nas al-Quran.
3.
Hukum yang
diijtihad bercanggah dengan Ijmak.
4.
Imam
al-Qarafi berpendapat ijtihad batal jika bercanggah dengan kaedah-kaedah
kulliyyah mengIkut ulamamazhab maliki.
5.
Ijtihad
dibatalkan sekiranya ia bercanggah dengan al-Qiyas jali Mengikut sepakat ulama
Hanbali.
MENENTUKAN HUKUM DENGAN MENGGUNAKAN IJTIHAD
BAGI PERKARA BERIKUT:
(v). Penentuan awal
bulan Ramadan dan Syawal:
Dapat dilakukan melalui 3 cara:
A. Rukyah al-hilal
Melihat hilal (bulan sabit) setelah ijtima dan setelah muncul di atas
ufuk pada akhirbulan dengan mata kasar atau melalui alat. Cara ini adalah yang
paling mudah dan dapat dilakukan oleh semua orang yang tidak cacat
penglihatannya.
Cara melihat
hilal:
Ø Ada yang
berpendapat perlu dilakukan oleh sekumpulan orang ramai.
Ø Ada yang
berpendapat cukup dilakukan oleh seorang muslim yang adil.
Syarat menerima
kesaksian:
Ø Baligh
Ø Berakal
Ø Muslim
Ø Dapat dipercayai
B.
Menyempurnakan sya’ban 30 hari
Ketika para rukyah tidak mampu melihat hilal pada 29 haribulan Sya’ban
sama ada keadaan langit berawan atau mendung, maka cara menentukan awal Ramadan
dalam keadaan seperti ini adalah dengan menjadikan bilangan Sya’ban cukup 30
hari.
C. Hisab bulan sabit
Ø Sebahagian ulama
sepertiAbu Al-Abbas bin suraij bermazhab
Syafi’ei dan Ibn Qutaibah bermazhab Hanafi berpendapat faqdirualhu (dalam hadis
nabi) bermaksud kirakanlah bulan sesuai dengan manzilahnya (kedudukan
orbitnya).
Ø Dr. Yusuf
al-Qadrawi ada menyatakan sebahagian ulama besar seperti Ahmad Muhammad Syahkir
dan Mustafa al-Zarqa berpandangan bahawa umat Islam perlu beralih ke arah yang
lebih moden iaitu melalui ilmu falaq.
Penetapan awal
Ramadan dan Syawal di Malaysia:
Pihak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) melalui cawangan Falaq JAKIM menetapkan kaedah penentuan awal
Ramadhan dan Syawal di Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab berpandukan
kriteria imkan al-Rukyah.
Kriteria-kriteria
tersebut:
Ø Ketika matahari
terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2 ̊ dan
jarak lengkung matahari tidak kurang daripada 3 ̊.
Ø Ketika bulan
terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku.
Walau bagaimanapun, JAKIM
menyeru semua agar rakyat Malaysia yang beragama Islam sama ada di semenanjung
untuk mematuhi keputusan pengumuman Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Malaysia.
(vi). Pemindahan organ
manusia:
Pemindahan organ
bermaksud menggantikan organ yang gagal berfungsi dengan baik dalam badan
seseorang dengan organ baru daripada seseorang penderma, sama ada penderma itu
masih hidup atau sudah mati.
Syarat umum
pendermaan dan pemindahan organ:
1. Kemudaratan yang
hendak dihilangkan itu dapat dinilai secara pasti.
2. Kemudaratan yang
dilakukan dapat dinilai kedudukannya.
3. Perbezaan antara
kemudaratan yang hendak dihilangkan dan kemudaratan yang akan timbul akibat
dari operasi pemindahan dapat dikesan dengan jelas dan pasti.
4. Kedua-dua
kemudaratan tidak dapat dihilangkan sekaligus.
Syarat khusus
pendermaan dan pemindahan organ:
Terbahagi kepada
dua:-
1. Syarat penderma
yang masih hidup
Ø Tidak harus orang
Islam menderma organnya kepada kafir harbi, orang murtad, penzina muhsan,
perompak, pembunuh yang berhak hukuman qisas.
Ø Penderma yakin
organ yang didermakannya tidak digunakan untuk menjatuhkan kemuliaan manusia.
Ø Penderma hendaklah
seorang yang sempurna keahliannya ketika proses dan operasi pemindahan organ
dilakukan.
Ø Penderma menderma
organnya secara sukarela.
Ø Penderma hendaklah
berada di dalam keadaan sihat, begitu juga dengan organ yang hendak didermakan.
2. Syarat penderma
yang telah meninggal dunia
Ø Penderma
benar-benar meninggal dunia.
Ø Mendapat
persetujuan dan keizinan si mati semasa hidupnya supaya organnya diambil
setelah ia meninggal dunai.
Ø Mendapat
persetujuan ahli keluarga jika si mati tidak menyatakan apa-apa sama ada boleh
atau tidak organnya diambil selepas meninggal dunia.
Ø Jika si mati tidak
mempunyai waris, ia perlu mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.
Pandangan ulama tentang pemindahan organ:
1. Sebahagian ulama
Mazhab as-Syafi’ie zeperti al-Nawawi, Iz al-Din Abd al-Salam, Qalyubiyy dan
Umayrah dan sebahagian ulama Mazhab Hanbali seperti Ibnu Qudamah
Harus sekiranya seseorang itu berada
dalam keadaan darurat dan terdesak berdasarkan firman Allah swt Surah
Al-Baqarah ayat 173:
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيۡكُمُ
ٱلۡمَيۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحۡمَ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ
ٱللَّهِۖ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ غَيۡرَ بَاغٖ وَلَا عَادٖ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِۚ إِنَّ
ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya
Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging
babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak
pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia
berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Berdasarkan ayat
di atas, ianya mengecualikan keadaan darurat daripada pengharaman mengambil perkara-perkara
yang dinaskan. Dalam hal ini, seseorang pesakit yang memerlukan kepada
pemindahan organ termasuk dalam golongan
darurat.
2. Kebanyakan ulama
empat Mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’ie dan Hanbali:
Tidak harus mengambil mana-mana organ
manusia kerana kehormatannya.
(vii). Bayi tabung uji.
Iaitu proses
persenyawaan sel telur oleh sperma yang terjadi di luar tubuh wanita atau yang
sering dikenal dengan In Vitro Fertilization (IVF).
Ia termasuk dalam
perkara hukum syarak yang amali. Tiada nas yang khusus berkaitan dengannya.
Maka ia boleh diijtihad.
Hukum bayi tabung
menurut Islam:
Kebanyakan ulama,
termasuk keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan:
1. Sah/harus dan
sabit nasab:-
Jika dari benih suami
isteri yang dicantumkan secara ‘terhormat’ (iaitu benih dari suami atau isteri
yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam dan atas
dasar keperluan).
Tidak memindahkan
embrionya ke dalam rahim wanita lain termasuk isterinya yang lain (sekiranya
berpoligami) sama ada mengambil sperma dan disuntik ke dalam
vagina atau uterus isteri atau dengan cara persenyawaan di luar rahim
lalu dibenihkan dan ditanam di dalam rahim isteri.
2. Tidak sah/ Haram jika benih diambil dari bukan
suami isteri yang sah. Ini kerana ia mempunyai unsur yang sama dengan perzinaan
dari sudut kesannya dan menyalahi matlamat asal perkahwinan secara fitra
manusia.
حَمَلَتْهُ
أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَلُهُ
Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan
demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya). ( Luqman:14)
(viii). Pengklonan manusia:
Pengklonan boleh
diertikan sebagai satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman
sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebaliknya apa yang diperlukan
ialah sel matang mengandungi kod genetik, iaitu asid deoksiribonukleik (DNA),
yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan
nukleusnya.
Pengklonan menurut perspektif Islam
Secara dasarnya,
Islam menggalakkan kajian di dalam bidang sains dan teknologi serta menyambut
baik perkembangan ilmu pengetahuan dan penelitian ilmia, bahkan menjadi fardhu
kifayah kepada umat Islam mengetahui dan mendalaminya. Sejak zaman Rasulullah s.a.w., Islam
menyuruh umatnya
meneroka alam bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada umat manusia.
Walau bagaimanapun, jika kajian yang dilakukan dan produk yang dihasilkan boleh
mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan alam, ia dilarang dan diharamkan
oleh Islam.
Klon yang dihalalkan
Tidak semua klon
diharamkan, namun begitu klon yang dibolehkan mestilah mempunyai syarat-syarat
berikut:
1. Klon
janin manusia untuk tujuan kajian, kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat
janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para
fuqaha yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari.
Pengguguran ini diharuskan kerana sebelum 120 hari janin tersebut masih belum
ditiupkan roh.
2. Klon
untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan
organ yang rosak, klon jenis ini juga diharuskan dalam Islam.
3. Pengklonan
dibenarkan terhadap haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Klon yang dilakukan terhadap
haiwan juga diharuskan berdasarkan syarat-syarat berikut:
·
Penciptaan tersebut
sangat penting kepada kehidupan manusia, bukan hanya kepada sesetengah
individu.
·
Tidak menimbulkan
kerosakan atau bahaya yang lebih besar daripada manfaat yang diperolehi.
·
Tidak mendatangkan
kesakitan atau membahayakan binatang itu sendiri, sekalipun untuk jangka masa
panjang. Tindakan menyakiti makhluk di kalangan haiwan hukumnya adalah haram di
sisi agama Islam.
Pengklonan manusia
diharamkan
Klon yang dilakukan
ke atas manusia adalah dilarang di sisi syarak berdasarkan sebab-sebab berikut:
1. Pengklonan
manusia untuk apa tujuan sekalipun adalah haram. Pengharaman ini juga disokong
oleh Mufti Mesir Nasser Farid Wasel dan di dalam Mu’tabar Fiqh ke-10 Academy
Fiqh Islam India kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang
ditentukan oleh Allah swt.
2. Pengklonan
manusia untuk diambil organ-organ tertentu dari tubuh manusia yang telah
diklonkan bagi tujuan perubatan hukumnya juga haram kerana pengklonan ini telah
melahirkan manusia yang cukup sifatnya walaupun dengan cara pengklonan.
3. Oleh yang
demikian tidak boleh melakukan sesuka hati kepada organ-organ tubuhnya walaupun
masih pada peringkat janin kerana dia telah memiliki hak. Tetapi jika melakukan
pengklonan kepada organ-organ tertentu seperti jantung, hati dan lain-lain,
bagi tujuan perubatan yang penting dan boleh diterima akal ia dibenarkan dalam
Islam kerana ia tidak membahayakan serta tidak mengambil hak sesiapa.
CONTOH-CONTOH SOALAN
Soalan STPM 2014
(a) |
Takrifkan
ijtihad dan terangkan empat syarat yang ditetapkan kepada
mujtahid. [6] |
(b) |
Dengan mengemukakan alasan, jelaskan
perkara yang berikut sama ada boleh diijtihad atau sebaliknya: |
|
(i). Ijtihad
terhadap hukum batal wuduk bersentuhan antara kulit lelaki dengan perempuan. |
|
(ii). Ijtihad
menghalalkan pelacuran kerana keperluan ekonomi negara. |
|
(iii). Ijtihad
bagi makmum tidak wajib membaca al-fatihah dalam solat berjemaah. |
|
(iv). Ijtihad
terhadap hukum haram merokok. [8]
|
(c) |
Berdasarkan konsep ijtihad, bincangkan hukum tentang
“bayi tabung uji”. [6] |
Soalan STPM 2015 Ulangan
(a) |
Terangkan
tiga perkara yang tidak boleh diijtihadkan berserta contoh. [6] |
(b) |
Jelaskan tiga hukum pembatalan
ijtihad oleh seorang mujtahid. [6] |
(c) |
Bincangkan aplikasi ijtihad dalam menentukan hukum
pemindahan organ manusia. [6] |
Soalan STPM 2016 Ulangan
(a) |
Jelaskan
dua dalil pensyariatan ijtihad. [4] |
(b) |
Huraikan empat faktor ijtihad seseorang
mujtahid terbatal. [8] |
(c) |
Bincangkan penggunaan ijtihad dalam isu penentuan
tarikh hari raya Aidilfitri. [8] |
Soalan STPM 2020
(a) |
Nyatakan
enam syarat yang membolehkan seseorang itu bergelar mujtahid. [6] |
(b) |
Jelaskan tiga kategori hukum yang tidak
boleh diijtihadkan berserta dengan contoh. [6] |
(c) |
Berdasarkan konsep ijtihad, bincangkan hukum pemindahan organ manusia. [8] |
Soalan STPM 2023
(a) |
“Ijtihad
ditakrifkan sebagai mengerah sepenuh usaha dan tenaga untuk
mendapatkan hukum syarak”. Terangkan
maksud pernyataan yang bergaris serserta dengan dalil pensyariatannya. [4] |
(b) |
Jelaskan empat syarat untuk
menjadi mujtahid yang mutlak. [8] |
(c) |
Bincangkan aplikasi ijtihad dalam penentuan Hari Raya
Aidilfitri. [8] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan