Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan konsep ijmak dari
segi pengertian, dalil dan hukum.
b.
Mengkategorikan dua jenis
ijmak berasaskan penyataan persetujuan, iaitu ijmak sarih dan sukuti.
c.
Mengkategorikan dua jenis
ijmak berasaskan lokasi mujtahid, iaitu ijmak mujtami’ dan ijmak muftariq.
d.
Mengemukakan dalil dan hujah
tentang kedudukan ijmak sebagai sumber hukum selepas al-Quran dan al-Sunnah.
e.
Menjelaskan sandaran ijmak dan
kesannya terhadap hukum.
Pengertian
Ijmak:
Persepakatan ulama mujtahidin daripada ulama umat Nabi Muhammad pada
perkara yang berhubung dengan hukum syarak selepas kewafatan Nabi Muhammad.
Dalil:
|
1.
Persepakatan mesti lahir dari ulama mujtahidin, bukan dari orang awam.
2.
Persepakatan oleh semua mujtahidin, bukan sebahagian daripadanya.
3.
Ulama mujtahidin tersebut dari umat Nabi Muhammad.
4.
Berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad.
5.
Ijmak berkaitan hukum syarak (seperti wajib, sunat, haram, sah ) bukan
hukum bahasa, akal dsb.
(Mujtahid bermaksud orang yang berkelayakan
melakukan ijtihad / mereka yang sampai ke peringkat mampu beristinbat
(merumuskan) hukum-hukum syarak dari dalil-dalil).
Hukum Mengingkari Ijmak:
1.
Sebahagian ulama berpendapat mengingkari ijmak adalah kufur kerana ia
termasuk dalam hujah yang disepakati (qat’ie).
2.
Sebahagian ulama lain seperti Imam al-Haramain mengatakan mengingkari ijmak
adalah tidak kufur kerana dalil kehujahan ijmak adalah zanni dan mengingkari
kehujahan dalil tidak kufur.
BAHAGIAN/KATEGORI IJMAK:
A.
Ijmak berasaskan pernyataan persetujuan:
1.
Ijmak Sarih:
Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang
dilahirkan secara berterus-terang oleh para mujtahid sama ada melalui kata-kata
atau fatwa atau hukum muhakkamah atau amalan (perbuatan).
2.
Ijmak Sukuti:
Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang
dilakukan oleh sebahagian mujtahid secara jelas dan sebahagian lagi mendiamkan
diri dalam batas waktu yang mencukupi untuk mereka membuat keputusan.
Syarat penerimaan Ijmak sukuti:
a)
Mestilah melalui suatu masa yang cukup untuk berfikir atau membuat kajian
dan rumusan tentang masalah yang diputuskan itu.
b)
Tidak ada sebab untuk menakut-nakutkan mujtahid lain dalam mengeluarkan
pendapat.
c)
Semata-mata diam, bukannya menolak.
Pandangan ulama tentang kehujahan ijmak
sukuti:
Ulama berselisih pendapat tentang
kehujahannya:
1.
Ulama yang menerima:
i.
Pendapat al-Khurkhi dari mazhab Hanafi dan Imam al-Amidi dari mazhab
Syafie- menerima sebagai hujah zanni.
Hujah/alasan mereka:
Berdiam diri sebahagian daripada ahli
mujtahid bukan semestinya muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan,
bahkan berdiam diri itu mungkin kerana bersetuju dengan pendapat yang
dikeluarkan atau gerun dengan kehebatan ulama yang telah mengeluarkan
pendapatnya. Oleh itu ijmak sukuti adalah hujah zanni.
ii.
Pendapat dari Ulama Hanafi, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafie-
menerimanya sebagai hujah qat’ie.
Hujah/alasan mereka:
Dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak, tidak
membezakan di antara ijmak soreh dan ijmak sukuti. Jika ditentukan dalil
tersebut kepada ijmak soreh sahaja mungkin tidak berlaku ijmak sedangkan ijmak
telah berlaku.
2.
Ulama yang menolak: Imam maliki dan Syafie
Hujah/alasan mereka:
Tidak boleh dikatakan orang berdiam itu
bersetuju, kemungkinan kerana takut kepada kemudaratan pada diri/keluarga atau
harta atau berdiam diri untuk berijtihad atau berdiam diri kerana gerun pada
kehebatan ulama lain.
B.
Ijmak berasaskan lokasi mujtahid:
1.
Ijmak Mujtami’:
Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang
terhasil daripada semua mujtahid yang berada di satu tempat yang sama.
2.
Ijmak muftariq:
Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang
terhasil daripada semua mujtahid yang berada di tempat yang berjauhan antara
satu sama lain.
KEHUJAHAN IJMAK (Sarih):
Ijmak mengambil tempat ketiga sebagai
sumber perundangan Islam. Jumhur ulama bersepakat bahawa ijmak adalah hujah
yang qat’ie, wajib berpegang dengannya dan haram menyalahinya. Apabila
terlaksana ijmak mengenai hukum bagi
sesuatu masalah dan diketahui, maka jadilah hukum yang telah disepakati oleh
ulama itu sabit secara yakin dan tidak boleh menyalahinya.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ |
Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah SAW yang memperkatakan ijmak ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 59:
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah
dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri"
(orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Ayat ini jelas kepada kita bahawa Allah
memerintahkan kita supaya taat setia kepada Nya dan kepada rasul Nya serta
pihak yang bertanggungjawab di dalam masyarakat termasuklah golongan ulama
mujtahidin.
Selain daripada itu, terdapat juga banyak
hadis Rasulullah yang menunjukkan terpelihara umatnya atau para ulama mujtahid
dari tersalah. Ini merupakan jaminan baginda Rasulullah terhadap kebenaran
hukum ijmak antaranya:
لَا تَجْتَمِعُ أُمَّتِى عَلَى ضَلاَلَةٍ
Tidak sepakat umat ku atas kesesatan
|
Maksud: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa)
dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan
hari akhirat.
Ayat di atas tidak menyuruh merujuk kepada
persepakatan para mujtahidin dari umat Rasulullah di dalam mengatasi masalah
yang dipertikaikan itu. Maka, jelas bahawa ayat di atas menunjukkan tidak
diambil kira persepakatan mereka (ijmak mereka) seterusnya ia tidaklah menjadi
ijmak.
Jumhur ulama menjawab hujah ini dengan
mengatakan bahawa ayat tersebut menjadi hujah ke atas kamu bukan hujah bagi
kamu, kerana ia mewajibkan kembali dalam mengatasi perkara yang dipertikaikan
itu kepada al-Quran dan hadis. kehujahan ijmak adalah di antara perkara yang
dipertikaikan antara kami dan kamu. Oleh sebab itu, maka wajib kembali dalam
menentukan kehujahan ijmak atau tindakan kepada al-Quran dan hadis. Dengan
kembali kepada hadis kita dapati di dalamnya sesuatu yang menunjukkan bahawa
ijmak adalah hujah. Dengan itu kami telah berpegang dengan ayat tersebut tetapi
kamu tidak.
SANDARAN IJMAK:
Sandaran ijmak ialah dalil yang bersandar
kepadanya oleh para ulama mujtahidin mengenai hukum yang disepakati oleh
mereka.
Jumhur ulama bersepakat berpendapat bahawa
ijmak mestilah mempunyai sandaran atau dalil kerana ijmak tanpa dalil
membawa kepada memperkatakan dalam urusan agama dengan pemikiran dan membawa
kepada menggubal syariah yang baru selepas Rasulullah SAW. Ini tidak harus
kerana memperkatakan mengikut hawa nafsu dan ini tidak harus berlaku kerana
ijmak para ulama mujtahidin terpelihara dari kesalahan.
A.
Sandaran ijmak berdasarkan dalil qat’ie (Al-Quran dan Hadis mutawatir):
1.
Ijmak bersandarkan kepada al-Quran:
Contoh:
Ijmak ke atas haram berkahwin dengan nenek
dan ke atas dan cucu dan ke bawah berdasarkan firman Allah Taala dalam surah
an-Nisa’ ayat 23:
|
Para ulama bersepakat mengatakan yang
dimaksudkan dengan lafaz (الأمهاتكم)
di dalam ayat di atas ialah perempuan-perempuan yang asal bagi kamu termasuklah
ibu, nenek dan ke atas, dan yang dimaksudkan dengan lafaz (بناتكم)ialah
perempuan-perempuan cabang kamu termasuk anak perempuan, cucu perempuan dan ke
bawah.
2.
Ijmak bersandarkan kepada al-Sunah/ Hadis Mutawatir:
Contoh: Ijmak ulama menjelaskan diberi kepada nenek 1/6 dari harta pusaka. Kerana
Rasulullah SAW telah memberi kepada nenek 1/6 dari harta pusaka.
B.
Sandaran ijmak berdasarkan dalil zanni:
1.
Ijmak bersandarkan kepada qiyas.
Contoh: Pengharaman lemak babi yang diqiyaskan kepada haram dagingnya.
2.
Ijmak bersandarkan kepada maslahah mursalah
Contoh: sayidina Umar al-Khattab mencadangkan supaya al-Quran dihimpunkan
dalam sebuah mashaf disebabkan bimbang kehilangan ayat-ayatnya. Hal ini
berlaku pada zaman khalifah Sayidina Abu
Bakar ketika ramai para penghafal al-Quran telah terkorban dalam peperangan
menentang kaum murtad.
Adakah ijmak berlaku pada masa kini:
1.
Jumhur ulama:
Boleh berlaku dan telah berlaku ijmak.
Contoh: Batal nikah perempuan Islam dengan orang kafir. Alasan: ada kemudahan
komunikasi moden.
2.
Pendapat lain:
Tidak mungkin dan mustahil berlaku ijmak.
Alasan: kerana ulama susah dikenali dan mereka tinggal berjauhan.
CONTOH-CONTOH SOALAN
Soalan
STPM 2014 (Ulangan)
(a) |
(i) |
Dengan
memberikan dalil, berikan pengertian ijmak. [2] |
|
(ii) |
Terangkan
jenis ijmak. [4] |
(b) |
Jelaskan
pandangan ulama tentang kehujahan satu daripada jenis ijmak tersebut. [6] |
|
(c) |
Bincangkan pandangan ulama tentang sandaran ijmak
sebagai sumber hukum. [8] |
Soalan
STPM 2016 (Ulangan)
(a) |
Dengan
memberikan contoh, terang kan dua
bahagian ijmak. [4] |
(b) |
Huraikan pandangan ulama usul fiqh tentang
kehujahan ijmak sarih.
[8] |
(c) |
Bincangkan pendapat jumhur ulama usul fiqh yang
menyatakan bahawa ijmak perlu mempunyai sandaran dalil. [8] |
Soalan
STPM 2019
(a) |
Bezakan
ijmak sarih dengan ijmak sukuti. [4] |
(b) |
Huraikan pandangan ulama usul fiqh tentang
kehujahan ijmak sukuti.
[8] |
(c) |
Bincangkan pendapat ulama usul fiqh yang menyatakan
bahawa ijmak mesti mempunyai sandaran dalil. [8] |
Soalan
STPM 2022
(a) |
Bezakan
ijmak sarih dengan ijmak sukuti. [4] |
(b) |
Terangkan
empat rukun ijmak. [8] |
(c) |
Bincangkan pandangan ulama usul fiqh tentang kedudukan ijmak
sukuti sebagai sumber perundangan Islam. [8] |
Soalan
STPM 2022 (Ulangan)
(a) |
Berikan
pengertian ijmak dan pembahagiannya berasaskan pernyataan dan
persetujuan. [4] |
(b) |
Dengan
memberikan dalil al-Quran dan dalil al-Sunnah, jelaskan kedudukan
ijmak sebagai sumber hukum dalam perundangan Islam. [8] |
(c) |
Dengan memberikan contoh, bincangkan dua
sandaran ijmak dan kesannya terhadap sesuatu hukum yang diputuskan
berdasarkan ijmak tersebut. [8] |
Soalan
STPM 2023
(a) |
Nyatakan
empat syarat sah ijmak. [4] |
(b) |
Jelaskan
dua pembahagian ijmak yang dipersetujui oleh ulama. [6] |
(c) |
Bincangkan pandangan ulama tentang kedudukan ijmak
sebagai sumber hukum. [10] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan