Kaedah: Asas atau pokok atau
tapak.
Fiqh: Mengetahui sesuatu perkara berkaitan hukum
syarak yang berbentuk amali yang diambil dari dalil-dalil yang terperinci.
Kaedah Fiqh: Sesuatu hukum yang kulli/umum yang
dipraktikkan ke atas keseluruhan masalah yang juz’iyyah.
atau
Prinsip-prinsip fiqh bersifat
umum dalam bentuk nas pendek mengandungi hukum umum yang sesuai dengan
bahagian-bahagiannya. Contohnya Kaedah al-dararu Yuzal (bahaya mestilah
dihilangkan)
2. SANDARAN KAEDAH FIQH
BIL |
SANDARAN |
CONTOH |
1 |
AL-QURAN |
o
Kaedah المشقة
تجلب التيسير berdasarkan
dalil al-Quran[1] يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ
وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ “Dengan ketetapan yang demikian itu, Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran” |
2 |
AL-SUNNAH |
o
Kaedahالأُمُوْرُ
بِمَقَاصِدِهَا berdasarkan hadis Rasulullah SAW: إِنَّمَا
الْأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ “Sesungguhnya setiap pekerjaan
itu diambil kira berdasarkan niat” |
3 |
IJTIHAD SAHABAT |
o
Hadis mengenai Muaz bin Jabal yang diutus ke Yaman sebagai Qadi.
Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana
engkau menghukum apabila dibentang kepada engkau sesuatu masalah?” Muaz
menjawab: “Saya akan menghukum mengikut kitab Allah.” Baginda saw bertanya
lagi: “Jika engkau tidak menemui di dalam kitab Allah?” |
|
|
Muaz menjawab: “Saya akan menghukum dengan sunnah
Rasulullah saw.” Baginda bertanya lagi: “Jika engkau tidak temui di dalam
Sunnah Rasulullah sw?” Muaz menjawab: “Saya akan berijtihad dan saya tidak
akan membiarkan begitu sahaja.” Kemudian Rasulullah saw pun menepuk dada Muaz
sambil bersabda: “Syukur kepada Allah yang telah memberi taufik kepada utusan
Rasulullah saw kea rah yang diredhai oleh Rasulullah saw.” |
4 |
KATA-KATA SAHABAT |
o
Kaedah يلزم
مراعة الشروط بقدر الأمكان berdasarkan kata-kata Saidina Umar
al-Khattab: إن
مقاطع الحقوق عند الشروط “Memutuskan
(mengambil) hak berdasarkan syarat” |
5 |
FATWA SAHABAT & ULAMA |
o
Kaedah الضرر
يزال berdasarkan fatwa Qadi dari Abu Yusuf al-Hanafi: ليس
للإمام أن يخرج شيئا من يد أحد إلا بحق ثابت معروف “Pemerintah tidak ada
kuasa untuk mengambil sesuatu daripada seseorang melainkan atas dasar hukum
yang makruf” |
3. PERBEZAAN ANTARA KAEDAH FIQH DAN USUL FIQH
BIL |
KAEDAH FIQH |
USUL FIQH |
1 |
Perbincangan mengenai perbuatan mukallaf. |
Perbincangan mengenai dalil syarak. |
2 |
Sering terdapat pengecualian dalam masalah-masalah tertentu. |
Disepakati dan tidak mengecualikan apa-apa. |
3 |
Para fuqaha memandang kaedah fiqh dari sudut makna.[2] |
Para mujtahid memandang usul fiqh dari sudut lafaz sebelum mengeluarkan
hukum.[3] |
4 |
Khusus untuk fuqaha dan mufti atau seseorang yang mahir ilmu ini untuk
mengetahui hukum bagi sesuatu perkara tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab
fiqh. |
Khusus untuk mujtahid untuk digunakan bagi mengeluarkan/ istinbat
hukum fiqh bagi menyelesaikan permasalahan baru. |
5 |
Tidak semuanya tetap. Kadang-kala berlaku perubahan bagi kaedah yang
berdasarkan kepada uruf dan maslahah. |
Merupakan sesuatu yang tetap dan tidak berubah. |
6 |
Lahir selepas adanya furu’. |
Lahir terlebih dahulu sebelum furu’. |
7 |
Dicipta untuk mengikat pelbagai masalah dalam satu keadaan. |
Dicipta bagi mengeluarkan hukum. |
4. PENDAPAT ULAMA TENTANG KEHUJAHAN KAEDAH FIQH:
1.
Harus dijadikan
hujah:
(Imam Ghazali, al-Qarafi, Ibnu Bashir, Al-Shatibi, Al-Suyuti dan
Al-Futuhi)
Alasan:
i. Sebahagian kaedah fiqh berasal dari nas quran
dan hadis.
ii. Dalil-dalil yang tidak disepakati (istihsan,
maslahah dll) di kalangan ulama boleh diterima sebagai sumber hukum.
iii. Ia merupakan dalil kulli yang boleh
diaplikasikan ke atas semua masalah.
2.
Tidak harus dijadikan
hujah:
(Imam Al-Juwayniyy, Ibnu Daqiq, Al-‘id, Ibnu Nujaim, Mustafa
al-Zarqa dan Uthman Sgubayr)
Alasan:
i. Kaedah fiqh bersifat majority (aghlabiyyah)
bukan umum (kulliyyah), pengecualian banyak, jadi kemungkinan pengecualian
dimasukkan dalam kaedah ketika istinbat hukum.
ii. Kaedah fiqh tidak bersandar kepada nas syarak
tetapi bersandarkan kepada ijtihad semata-mata. Oleh itu ia kemungkinan berlaku
kesalahan.
3. Pandangan calon:
(sila sedikan pandangan calon)
5. FAKTOR KEMUNCULAN KAEDAH FIQH:
i. Terdapat beberapa kategori nas dapat
ditafsirkan dengan berbagai-bagai seperti nas-nas berbentuk umum, mutlaq
muqayyad dan lain-lain.
ii. Kaedah fiqh muncul ekoran dari perselisihan
ulamak dalam memahami dalil syarak. Contohnya tentang dalil qat’ie dan zanni.
iii. Perkembangan hidup yang memerlukan kepada
kaedah-kaedah umum bagi mengeluarkan hukum-hukum dalil fleksibel.
6. PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH
FIQH:
i. Zaman Rasulullah:
Segala sumber syariat hanya berdasarkan
al-quran dan al-sunnah. Segala masalah diselesaikan dengan berdasarkan wahyu
dan ijtihad.
ii. Zaman Sahabat:
Masih bersumberkan al-quran dan al-sunnah dan
mereka berijtihad apabila tidak terdapat hukum sesuatu masalah tidak terdapat
dalam kedua-dua sumber.
iii. Zaman Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in:
Pada zaman itu bermula penulisan dan
pembukuan usul fiqh. Zaman ini lahir dua
aliran fikah:
1.
Aliran al-ra’yu Abu Hanifah yang berpengaruh di Kufah.
2.
Aliran Hadis Imam Malik yang berkumpul/tertumpu di Madinah.
7. FAEDAH MEMPELAJARI KAEDAH FIQH
o
Memudahkan fuqaha dan mufti untuk menentukan hukum bagi sesuatu
permasalahan. + huraian
o Mudah dihafal dan dihimpunkan pelbagai
masalah di bawah satu kaedah. + huraian
o
Membentuk kemampuan untuk berijtihad mengenai sesuatuhukum. + huraian
o
Dapat mengetahui rahsia dan hikmat hukum. + huraian
o
Menonjolkan keunikan imu fiqh yang mencakupi pelbagai hukum yang berlaku. + huraian
o Mengetahui bahawa Islam mementingkan
kemaslahatan ke atas umatnya. + huraian
Soalan 2013
(a) |
Terangkan
pengertian kaedah fiqh. [2] |
(b) |
Jelaskan
empat faedah mempelajari kaedah
fiqh. [8] |
(c) |
Huraikan lima perbezaan antara kaedah fiqh
dengan kaedah usul fiqh. [10] |
Soalan 2019
(a) |
Terangkan
pengertian kaedah fiqh berserta
contoh. [4] |
(b) |
Jelaskan
tiga sandaran kaedah fiqh berserta contoh. [6] |
(c) |
Bincangkan empat perbezaan antara kaedah fiqh
dengan usul fiqh. [10] |
Soalan 2021
“Hukum kebanyakan ( أحكام أغلبية) yang terpakai ke atas
permasalahan-permasalahan fiqh untuk diketahui hukumnya berdasarkan kaedah
tersebut.” |
|
(a) |
Terangkan
maksud ungkapan yang bergaris di atas. [4] |
(b) |
Jelaskan tiga kaedah berserta dengan sandaran
daripada al—quran atau al-sunnah. [6] |
(c) |
Binacangkan empat perbezaan antara kaedah fiqh
dengan usul fiqh. [10] |
Soalan STPM 2023 (Ulangan)
(a) |
Terangkan
pengertian kaedah fiqh berserta
dengan contoh. [4] |
(b) |
Jelaskan
tiga perbezaan antara kaedah fiqh dan usul fiqh. [6] |
(c) |
Bincangkan tiga sandarankaedah fiqh berserta
dengan kaedah fiqh yang terbit daripadanya. [10] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan