Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan pengertian
al-Sunnah.
b.
Mengkategorikan al-Sunnah
berasaskan kekuatannya sebagai sumber hukum yang dilihat dari dua aspek, iaitu bilangan perawi dan kesahihannya.
c. Menjelaskan ciri hadis mutawatir dan ahad berserta contoh.
d.
Menjelaskan ciri hadis sahih, hasan dan da’if berserta contoh.
e.
Mengemukakan
dalil dan hujah tentang kedudukan al-Sunnah sebagai sumber hukum selepas
al-Quran.
f. Menjelaskan
tiga peranan al-Sunnah dalam penentuan hukum, iaitu sebagai pengukuh, penjelas
dan penentu hukum baru berserta contoh.
Pengertian
Al-Sunnah:
Segala apa yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. dari segi perkataan,
perbuatan, sifat, tingkah laku perjalanan hidup, pengakuan atau taqrir sama ada
sebelum atau selepas menjadi rasul.
Bahagian/kategori Al-Sunnah:
1. Al-Sunnah dilihat dari segi bilangan/jumlah
perawi:
a. Menurut ulama Hanafi, Al-Sunnah dilihat dari segi bilangan perawi
dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu hadis Mutawatir, hadis
Masyhur dan hadis Ahad.
b. Menurut jumhur ulama, Al-Sunnah dilihat dari segi bilangan perawi
terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadis Mutawatir dan hadis Ahad yang
mana hadis Masyhur termasuk dalam bahagian hadis Ahad.
Hadis Mutawatir:
Hadis Mutawatir ialah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. oleh
sekumpulan ramai perawi yang mustahil dari sudut bilangan mereka
bersepakat mendustakannya.
Hukum beramal dengan hadis Mutawatir:
1.
Wajib beramal dengannya kerana ia sabit dari Rasulullah secara yakin.
2.
Sesiapa yang mengingkarinya dianggap murtad.
Pembahagian Hadis mutawatir:
1. Mutawatir lafzi:
Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh sebilangan perawi yang mana sama makna
dan lafaznya (matan).Contoh;
مَنْ كَذَّبَ
عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدُهُ مِنَ النَّارِ
“sesiapa yang melakukan
pendustaan terhadapku, sedialah tempatnya di dalam neraka”
Menurut keterangan Abu Bakar al-Bazzar, hadis
ini telah diriwayatkan oleh 40 orang sahabat dengan lafaz dan makna yang sama,
bahkan menurut keterangan ulama lain, ada 60 orang sahabat Rasulullah yang
meriwayatkan hadis tersebut dengan lafaz dan makna yang sama.
2.
Mutawatir Maknawi:
Hadis yang diriwayatkan dengan makna yang sama tetapi berlainan lafaznya. Contoh
hadis Mutawatir Maknawi yang ertinya:
“Rasulullah s.a.w. sewaktu berdoa tidak mengangkat kedua
tangannya begitu tinggi sehingga terlihat
kedua-dua ketiaknya yang putih, kecuali sewaktu berdoa memohon hujan”. (Hadis Riwayat Muttafaq alaihi)
Hukum yang diambil daripadanya adalah qat’ie dan wajib beramal
dengannya. Dianggap murtad mereka yang mengingkarinya.
Ciri-ciri Hadis mutawatir:
1. Diriwayatkan oleh jumlah perawi yang ramai.
2. Mustahil mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap hadis Nabi kerana
bilangan mereka yang ramai dan tempat tinggal berjauhan antara satu dengan lain.
Adapun selepas tiga peringkat masa itu (sahabat, tabi’en dan tabi’ tabi’en)
tidak diambil kira lagi kerana kebanyakan hadis ahad dipindahkan selepasnya
dengan jalan mutawatir atau masyhur.
3. Jumlah perawi mestilah sama pada setiap peringkat.
4. Hadis yang diriwayatkan itu haruslah mengenai sesuatu dari Rasulullah
s.a.w. yang dapat ditangkap oleh pancaindera.
5. Sanad (perawi) mestilah bersambung-sambung.
6. Perawinya bersifat thiqah boleh diyakini dan tiada keraguan padanya.
Hadis Ahad ialah hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh
bilangan perawi yang tidak sampai kepada had bilangan perawi hadis Mutawatir.
Contoh:
Rasulullah
saw pernah mengutus seramai 12 mubaligh kepada 12 orang raja untuk mengajak
mereka memeluk Islam.
Hukum beramal dengan Hadis Ahad:
1.
Wajib beramal dengannya dalam masalah hukum furu’.
2.
Tidak wajib beramal pada masalah iktikad kerana diragui sabitnya kerana ia
sabit secara zann.
3.
Hukum yang diambil daripadanya adalah zann.
Syarat-syarat beramal dengan hadis Ahad:
Di kalangan para sahabat:
Para sahabat tidak menerima hadis Ahad kecuali setelah
mereka yakin dan percaya bahawa ia adalah benar-benar dari Rasulullah dan mereka mempunyai cara-cara yang berlainan
untuk memastikan bahawa hadis Ahad itu benar-benar daru Rasulullah.
Ø Sayidina Abu Bakar As-Siddiq dan
Umaral-Khattab tidak menerima hadis ahad kecuali apabila
menyaksikan dua orang bahawa kedua-duanya mendengar dari Rasulullah.
Ø Sayidina Ali tidak akan menerima Hadis Ahad kecuali setelah perawinya bersumpahbahawa
dia mendengarnya sendiri dari Rasulullah s.a.w.
Ø Ada di kalangan sahabat yang menolak hadis
Ahad kerana lemah kepercayaan terhadap perawinya.
Ø Ada di kalangan sahabat yang menolak hadis
ahad kerana diketahui bahawa ia dimansuhkan dan ada pula yang menolaknya kerana
ia bertentangan dengan dalil yang lebih kuat atau tidak mencukupi syarat untuk menerimanya pada pendapat
mereka.
Di kalangan imam-imam Mazhab Fiqh:
Mereka sepakat mengatakan bahawa hadis Ahadadalah hujah
dan wajib beramal dengannya tetapi mereka tidak sepakat mengenai
syarat-syarat menerima dan wajib beramal dengannya. Perselisihan mereka
nterbahagi kepada dua pendapat:
Ø Pendapat Ulama Hanbali, Syafi’e, Zahiri,
Ja’fariah dan sebahagian ulama dari mazhab-mazhab lain. Disyaratkan penerimaan
hadis Ahad di mana sanadnya mestilah sah, iaitu diriwayatkan oleh para rawi
yang dipercayai adil dan bersambung-sambung sehingga sampai kepada Rasulullah.
Ø Ulama Maliki mensyaratkan bagi penerimaan
hadis Ahad di mana sanad-sanadnya mestilah sahih (para perawinya adil dan
dipercayai) dan tidak menyalahi amalan penduduk Madinah.
Ø Ulama hanafi mensyaratkan penerimaan bagi
Hadis Ahad:
Ø Sanad-sanadnya mestilah sahih (para perawinya
adil dan dipercayai).
Ø Perawi tidak melakukan perbuatan yang berlainan
dengan apa yang telah diriwayatkan olehnya.
Ø Bukan berkisar kepada perkara yang banyak
berlaku di kalangan orang ramai dan mereka perlu mengetahui hukumnya.
Ø Tidak menyalahi qiyas dan prinsip-prinsip
syarak jika orang meriwayatkan hadis Ahad itu tidak fakih.
Ciri-ciri hadis Ahad:
1.
Mempunyai jalan riwayat yang berhubung hingga sampai kepada Rasulullah.
2. Sanadnya tidak sampai tahap mutawatir.Sanadnya diriwayatkan melalui pelbagai peringkat perawi, ada rawi yang
tidak thiqah, rawi yang kurang thiqah dan ada yang rawinya diterima dengan
syarat-syarat tertentu serta ada rawi yang ditolak riwayatnya.
3. Jumlah rawinya tidak mencapai jumlah rawi mutawatir. Ada yang mengatakan jumlahnya tidak melebihi 10 orang
perawi dalam satu tabaqah dan ada yang mengatakan 100 perawi dan sebagainya
iaitu tidak sampai kepada bilangan mutawatir.
4. Jalan-jalan riwayatnya adalah terbatas. Ia berlawanan dengan jalan riwayat mutawatir yang mana ia diriwayatkan
oleh perawi yang ramai dengan jalan riwayat yang banyak. Hadis Ahad melalui
proses periwayatan yang terhad dengan bilangan sanadnya yang semuanya sama
tanpa dihadkan sahih, hasan dan daif.
5. Ada sesetengah tabaqah sampai ke bilangan Mutawatir dan sesetengahnya tidak
sampai tabaqah.
Hadis Masyhur:
Hadis yang diriwayatkan secara tidak mutawatir di tabaqah sahabat, kemudian
mutawatir di peringkat tabi’in dan tabi’ tabi’in. Ia juga dikenali sebagai
hadis mustafidah yang bererti sudah tersebar atau sudah popular.
Contoh:
إنَّمَا
الأَعمَالُ بِالنِّيَاتِ , وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِئٍ مَا نَوَى
“sesungguhnya
segala amalan itu berdasarkan niat, dan bagi seseorang itu apa yang ia niatkan”
Kedudukan hadis Masyhur&Hukum beramal:
- Tidak diyakini sabit daripada
Rasulullah saw, tetapi ia mencapai tahap zann yang hampir kepada yakin.
-
Wajib beramal dengannya.
-
Fasiq sesiapa yang mengingkari,
tetapi tidak murtad.
2. Al-Sunnah dilihat dari segi perawi:
1. Hadis Sahih:
Hadis yang sanadnya berhubung sehingga
akhirnya oleh perawi yang adil dan dhabit (kuat daya ingatan dan hafazan).
Tidak syaz (janggal) dan tidak illah (tidak cacat).
Contoh:
حدثنا
عبد الله بن يوسف اخبرنا مالك عن نافع عن عبد الله ان رسول الله قال: إذا كانوا
ثلاثة فلا يتناجى اثنان دون الثالث
“Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin
Yusuf, (ia berkata) telah mengkhabarkan kepada kami, Malik, dari Nafi’, dari
Abdullah bahawa Nabi saw bersabda: “apabila mereka itu bertiga orang, janganlah
dua orang (dari antaranya) berbisik-bisik dengan tidak bersama yang ketiganya.”
Hukum beramal:
- Wajib beramal dan berpegang dengan
hadis Sahih. Boleh berhujah dengannya.
Ciri-ciri hadis Sahih:
1. Sanad/perawi bersambung sanad di antara satu dengan yang lain.
2. Para perawinya bersifat adil (mempunyai ketakwaan dan menjauhi diri dari
kefasikan).
3. Para perawinya dhabit (ingat melalui catatan dan hafazan)
4. Tiada syaz (seorang perawi yang tidak menyalahi dengan perawi-perawi yang
lebih dipercayai daripadanya).
5. Tiada illah (tiada didapati kecacatan pada matan dan sanad hadis)
6. Ada sanad yang menyokong atau menguatkan ketika diperlukan.
2. Hadis Hasan:
Hadis yang bersambung sanadnya, diriwayatkan
oleh perawi-perawi yang adil dan dhabit tetapi nilai dhabitnya kurang daripada
perawi hadis sahih (kurang kuat hafalan), tidak syaz (tidak janggal) dan tidak
illah (tidak cacat).
Contoh:
Dari Abdullah bin Umar r.a. dari Nabi s.a.w.
bersabda:
“Sesungguhnya
Allah s.w.t. akan menerima taubat seorang hamba selama nafasnya belum sampai di
tenggorokan (sakaratul maut).” (Hadis
diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Tirmizi. Ia berkata: Hadis ini hasan)
Ciri-ciri Hadis Hasan:
1. Sanad/perawi bersambung.
2. Perawi itu mestilah adil.
3. Perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan yang sempurna. Misalnya hadis
Sahih memerlukan kekuatan menghafaz tidak kurang daripada 95%. Oleh yang
demikian hadis yang diriwayatkan oleh orang yang mempunyai kekuatan menghafaz
hanya 85% sahaja adalah hadis Hasan. Manakala hadis yang diriwayatkan oleh
orang yang memiliki kekuatan menghafaz kurang daripada jumlah tersebut adalah
lemah (daif).
4. Tiada syaz.
5. Tiada illah.
3. Hadis Daif:
Iaitu hadis yang kurang satu atau lebih
syarat hadis Sahih atau Hasan.
Dari Anas bin Malik, katanya (SANAD)
Rasulullah S.A.W. bersabda: (MATAN) “Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi
cintanya kepada anak-anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya”.
Ciri-ciri hadis Daif:
1. Kelemahan perawi (dusta, fasik, banyak prasangka, tidak baik hafalan).
2. Sanadnya tidak bersambung matan (Isi kandungan) yang bermasalah.
3. Hadis Daif tidaklah dianggap sebagai salah dan palsu, Cuma statusnya sangat
diragui sama ada ia sebuah hadis atau tidak.
Hukum beramal:
- Pendapat
pertama:
Tidak harus beramal dengan hadis Da’if secara mutlak.
- Pendapat
kedua:
Boleh beramal dengan hadis Da’if secara mutlak dengan syarat tidak
ada hadis lain @ dalil lain yang menyentuh persoalan yang berkaitan dengan
hadis tersebut.
- Pendapat
ketiga:
Boleh berhujah dengan hadis Da’if dalam perkara fada’il al-’amal,
qisas, taghrib. Manakala perkara akidah tidak boleh digunakan sebagai hujah.
Kehujahan dan kedudukan al-Sunnah dalam Perundangan Islam:
1. Al-Sunnah merupakan salah satu daripada sumber perundangan Islam. Dari segi
kedudukannya adalah sumber hukum yang kedua selepas al-Quran.
2. Al-Sunnah dianggap sebagai hujah kerana ia adalah sumber yang qat’ie.
3. Kehujahan sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Oleh itu dianggap
kufur sesiapa yang mengingkarinya.
4. Dalil dari al-Quran surah al-Najm:3-4
وَمَآ ءَاتَكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا
نَهَكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا
5. Dalil hadis: Hadis Muaz bin Jabal yang memperakui tindakannya
merujuk kepada al-Sunnah apabila menetapkan hukum jika sesuatu masalah tidak
terdapat dalam al-Quran mengenai hukumnya.
6. Ijmak ulama. Para ulama semenjak zaman Nabi sehingga
hari ini sepakat menyatakan wajib berpegang dengan hukum hakam yang terdapat
dalam al-Sunah jika ia sabit dari Rasulullah. Mereka tidak membezakan kewajipan
mengikuti hukum yang terdapat dalamal-Quran dan al-Sunnah kerana kedua-dua
adalah wahyu Allah.
7. Dalil aqli. Mempercayai kerasulan Nabi Muhammad adalah
salah satu dari rukun iman. Kita
diwajibkan mentaatinya, adalah tidak dapat diterima oleh akal sekiranya kita
menolak apa yang sabit dari Rasulullah.
8. Pandangan calon. Golongan yang menolak kehujahan al-Sunnah
sebagai sumber perundangan Islam adalah sesat/murtad.
Peranan al-Sunnah dalam
penentuan hukum
1. Pengukuh hukum al-Quran. Al-Sunnah menyokong dan memperkuatkan lagi
apa yang telah dinyatakan dalam al-Quran yang membawa hukum yang sama.
Contoh: Hukum haram membunuh, derhaka kepada ibu bapa, wajib puasa, hukum potong
tangan kepada pencuri dan sebagainya.
2. Pentakhsis kepada hukum umum dalam al-Quran. Al-Sunnah mengkhususkan hukum yang umum yang terdapat dalam al-Quran.
Contoh: Firman Allah dalam al-Quran bahawa setiap anak berhak mendapat harta pusaka secara umum (tanpa penerangan sama ada
pembunuh atau tidak).
يُوصِيكُمُ اللهُ فِى
أَوْلَـدِكُمْ لِلـذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ
Al-Sunnah mentakhsis ayat yang umum itu iaitu anak yang
membunuh tidak mendapat pusaka.
القَاتِلُ لَا يَرِثُ
3. Al-Sunnah sebagai penjelas (mubayyin) al-Quran yang umum dan mujmal. Iaitu mana-mana ayat
al-Quran yang umum dan mujmal dijelaskan oleh al-Sunah dengan lebih
terperinci.
Contoh: Al-Quran secara umum/ ringkasnya memerintahkan supaya
umat Islam mengerjakan solat.
وَأَقِيمُوا
الصَّلَاةَ.......
Melalui al-Sunah, diterangkan cara-cara mengerjakan solat
dengan lebih jelas.
صَلُّوْا كَمَا
رَأَيْتُمُوْنِى أُصَلِّى
4.
Al-Sunnah memuqayyadkan hukum al-Quran yang mutlak.
Contoh: lafaz ‘tangan’
dalam al-Quran adalah mutlak, iaitu sesiapa yang mencuri wajib dipotong
tangannya.
السَّارِقُ
وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
al-Sunah mentaqyid ayat yang mutlak, iaitu
tidak dipotong tangan melainkan yang mencuri ¼ dinar atau lebih.
اقْطَعُوْا فِى رُبُعِ
دِيْنَارِ وَلَا تَقْطَعُوْا فِيْمَا هُوَ اَدْنَى مِنْ ذَلِكَ
5.
Al-Sunah memansukhkan hukum di dalam al-Quran.
Contoh: Al-Quran menjelaskan wajib membuat wasiat sebelum meninggal dunia kepada
ibu bapa dan kaum kerabat.
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا
حَضَرَا أَحَدَكُمْ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ
وَالأَقْرَبِينَ
Al-Sunnah memansukhkan hukum wajib berwasiat kepada waris.
لَا وَصِيَّةَ لِوَارِثِ
6.
Al-Sunnah membawa hukum baru yang tidak dinyatakan dalam al-Quran.
Contoh: Hukuman yang dikenakan terhadap hukuman zina terhadap
pasangan yang muhson iaitu yang telah berkahwin. Mereka dikenakan hukuman rejam
sampai mati. Di dalam al-Quran hanya terdapat hukuman seratus kali sebatan
terhadap penzina lelaki dan perempuan.
CONTOH-CONTOH SOALAN
Soalan STPM 2013 (Ulangan)
|
(a) |
(i) |
Berikan
pengertian al-Sunnah dan hadis
Ahad. [2] |
|
|
(ii) |
Berikan
ciri utama hadis Ahad. [3] |
|
(b) |
(i) |
Dengan
memberikan dalil al-Quran dan hadis, kemukakan hujah anda tentang kedudukan al-Sunnah
sebagai sumber perundangan Islam. [4] |
|
|
(ii) |
Jelaskan kedudukan golongan yang berpegang dengan pandangan di atas. [5] |
|
(c) |
Dengan memberikan contoh, huraikan tiga peranan al-Sunnah
dalam penentuan hukum. [6] |
|
Soalan STPM 2015 (Ulangan)
|
(a) |
(i) |
Berikan
maksud hadis masyhur. [2] |
|
|
(ii) |
Berikan
hukum beramal dengan hadis masyhur. [2] |
|
(b) |
Huraikan
kehujahan al-Sunnah dalam perundangan Islam berserta dalil daripada
al-Quran atau hadis, ijmak dan akal. [4] |
|
|
(c) |
Dengan memberikan contoh, bincangkan peranan al-Sunnah dalam menerangkan hukum
al-Quran. [10] |
|
Soalan STPM 2018
|
(a) |
Terangkan
tiga bahagian hadis dari aspek kesahihannya. [6] |
|
|
(b) |
Jelaskan tiga peranan
al-Sunnah dalam penentuan hukum
berserta contoh. [6] |
|
|
(c) |
Bincangkan kedudukan al-Sunnah sebagai sumber hukum
melalui nas-nas seperti yang berikut: [8] |
|
|
|
(i) |
أطيعوا الله وأطعوا الرسول |
|
|
(ii) |
فإن تنزعتم في ثيئ فردوه إلى الله والرسول |
|
|
(iii) |
عليكم بسنة وسنة الخلفاء الراشدين المهديين |
Soalan STPM 2021
|
(a) |
Terangkan
pengertian al-sunnah berserta dengan contoh. [4] |
|
(b) |
Huraikan
dua dalil tentang kedudukan al-sunnah sebagai sumber hukum
dalam perundangan Islam. [8] |
|
(c) |
Bincangkan tiga peranan al-sunnah dalam
penentuan hukum. [8] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan