Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan
pengertian kaedah, huraian dan contoh.
b.
Mengemukakan
dalil yang berkaitan dengan kaedah al-‘adah
muhakkamah.
c. Mengenal pasti dan menghuraikan bahagian al-‘adah.
d.
Menjelaskan
syarat al-‘adah yang boleh menentukan hukum.
e.
Menjelaskan
pengertian kaedah terbitan, huraian, dan contoh.
f.
Mengemukakan
kaedah terbitan dan mengaplikasikan dalam masalah semasa berdasarkan kaedah
terbitan berikut:
i.
Isti’mal
al-nas hujjah yajib al‘amal biha.
ii.
Al-Ma’ruf
‘urfan ka al-masyrut syartan.
iii.
Al-Ta’yin
bi al‘urf ka al-ta’yin bi al-nas.
iv.
La yunkar taghayyur
al-ahkam bi taghayyur al-azman
v. Kullu
ma warada bihi al-syar’u mutlaqan wa la dabita lahu fihi wa la fi allughah,
yurja’ fihi ila al-‘urf
1.
KONSEP KAEDAH اَلْعَادَةُ مُحَكَّمَة
Pengertian:
Adat dijadikan sebagai rujukan hukum.
Huraian Pengertian:
Adat akan menjadi rujukan bagi mensabitkan
hukum syarak. Walau bagaimanapun, adat hanyalah menjadi rujukan bagi
mensabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas bagi hukum yang hendak
disabitkan. Maka apabila ada nas mestilah diamalkan berdasarkan nas itu dan
tidak harus lagi beramal dengan adat.
Contoh:
·
Jual beli secara unjuk-mengunjuk (tanpa lafaz ijab dan
qabul)
·
Lafaz "ولد" hanya untuk anak lelaki sahaja.
·
Masuk masjid tanpa menanggalkan kasut dianggap sebagai
menghina kemuliaan dan kesucian masjid.
·
Pemberian lelaki semasa pertunangan dikira sebagai hadiah
bukan mas kahwin
Dalil:
o Al-A’raf: 199 خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ
“Terimalah
apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik”.
o Hadis Rasulullah SAW:
فَمَا رَآه
الْمُسْلِمُوْنَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ حَسَنٌ ,
وَمَا رَأَوه سيئا فهو عند الله سيئ
“Apa yang dinilai oleh kaum
muslimin baik, maka ia adalah baik di sisi Allah. Apa yang dinilai buruk oleh
kaum muslimin, maka buruklah ia di sisi Allah.”
2. BAHAGIAN/ JENIS العادة
SUDUT |
BAHAGIAN/JENIS |
HURAIAN/
CONTOH |
OBJEK |
URUF LAFZI (Uruf Perkataan) |
o Uruf/ adat yang berkaitan
dengan penggunaan perkataan/ lafaz untuk makna-makna yang sudah menjadi
kebiasaan orang ramai. Contoh: - Pengguna
perkataan/ lafaz "ولد" hanya untuk anak lelaki sahaja. |
URUF AMALI (Uruf Perbuatan) |
o Uruf/ adat yang berkaitan
dengan perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan orang ramai. Contoh: -
Jual beli secara unjuk-mengunjuk tanpa
lafaz ijab dan qabul. |
|
TEMPAT |
URUF AM |
o Uruf/ adat yang berkaitan
dengan perkataan/ perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan kebanyakan penduduk
semua negara Islam di dalam satu-satu masa. Contoh: -
Masuk masjid tanpa menanggalkan kasut dianggap
sebagai menghina kemuliaan dan kesucian masjid. |
URUF KHAS |
o Uruf/ adat yang berkaitan
dengan perkataan/ perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan
penduduk sesebuah negara/ negeri/ kawasan tertentu. Contoh: -
Di Malaysia, seseorang yang memasuki
rumah tanpa menanggalkan kasut adalah dianggap sebagai menghina tuan rumah,
namun di sesetengah tempat seperti di Jordan menganggap sebaliknya. |
|
HUKUM |
URUF SAHIH |
o Uruf/ adat yang berkaitan dengan
perkataan/ perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh orang ramai
yang tidak bercanggah dengan dalil syarak. o Contoh: - Tidak
menghalalkan yang haram - Tidak
mengharamkan yang halal -
Tidak membatalkan yang wajib |
URUF FASID |
o Uruf/ adat yang berkaitan
dengan perkataan/ perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh orang
ramai dan ia bercanggah dengan dalil syarak. Contoh: Pergaulan
bebas tanpa menutup aurat di antara perempuan dengan sepupu lelaki adalah
bercanggah dengan nas syarak yang mengharamkan pendedahan aurat kepada bukan
mahram. |
3. PERBEZAAN ANTARA URUF SAHIH
& URUF FASID
BIL |
URUF SAHIH |
URUF FASID |
1 |
Uruf yang tidak bercanggah
dengan nas syarak |
Uruf yang bercanggah dengan
nas syarak. |
2 |
Tidak menghilangkan maslahah
@ tidak mendatangkan kerosakan |
Menghilangkan maslahah @
membawa kepada kerosakan |
3 |
Harus beramal dengannya |
Haram beramal dengannya |
4 |
Contoh: Harus orang melayu membayar
mas kahwin kepada isteri sebelum dia bersetubuh. |
Contoh: Pergaulan bebas tanpa menutup
aurat di antara perempuan dengan sepupu lelaki adalah bercanggah dengan nas
al-Quran dan hadis. |
4. SYARAT العادة
Untuk membolehkan uruf/ adat
itu diambil kira dan dibina hukum ke atasnya, para ulama telah mensyaratkan beberapa
perkara berikut yang mesti dipenuhi:
Ø Adat tidak berlawanan dengan
nas syarak seperti menghidangkan arak dalam majlis keraian, pendedahan aurat
dan sebagainya.
Ø Adat tersebut telah diamalkan
oleh masyarakat secara menyeluruh.
Ø Adat dalam satu-satu tindakan
itu sudah wujud ketika hendak dilakukan tindakan tersebut.
Ø Tidak wujud sesuatu perkataan
atau perbuatan yang terus terang menyalahi adat.
Ø Adat tersebut tidak
mendatangkan mudarat.
Ø Adat tersebut diamalkan secara
berterusan.
5. KAEDAH TERBITAN
1. استِعْمَالُ النَّاسِ حُجَّةٌ يَجِبُ الْعَمَلَ بِهَا (Isti’mal al-nas hujjah yajib al‘amal biha)
Pengertian:
Apa yang dilakukan oleh orang
ramai menjadi hujah bagi wajib beramal dengannya.
Huraian Pengertian:
Segala perkara yang telah menjadi
amalan kebiasaan masyarakat, ia seharusnya diikuti.
Dalil:
Ø
Hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya unta betina milik al-Barra’ bin ‘Azib telah
memasuki pagar seorang lelaki dan merosakkannya. Lalu Rasulullah SAW menetapkan
hukuman: terhadap pemilik harta perlulah menjaga harta mereka pada siang hari
dan pemilik haiwan ternakan pula mengawal ternakan mereka pada malam hari.”
Contoh/Hukum:
Ø
Permasalahan tentang sukatan dan timbangan
yang tiada nas mengenainya. Justeru, apa yang diamalkan oleh penduduk sesuatu
kawasan, ia seharusnya diikuti.
Ø
Mengikut adat/ uruf, sekiranya seseorang
membeli barangan berat seperti almari, kos penghantarannya ditanggung oleh
penjual dan barangan itu diterima di rumah pembeli. Jika berlaku pertelingkahan,
maka penyelesaiannya diputuskan menurut adat/ uruf.
Ø
Amalan bayaran sewa sewaktu akad meskipun
manfaat belum digunakan adalah kebiasaan yang dipersetujui oleh semua di Negara
ini.
2. الْمَعْرُوفُ عُرْفًا كَالْمَشْرُوْطٍ شَرْطًا (Al-Ma’ruf ‘urfan ka al-masyrut syartan)
Pengertian:
Sesuatu yang telah terkenal
menurut uruf seperti sesuatu yang disyaratkan dengan sesuatu syarat.
Huraian Pengertian:
Sesuatu perkara yang telah
terkenal dalam kalangan masyarakat sebagai suatu adat/ uruf, ia mempunyai
kekuatan hukum yang sama dengan apabila perkara itu dinyatakan sebagai suatu
syarat yang harus berlaku antara mereka.
Contoh/Hukum:
Ø Sesiapa
yang menggunakan barang orang lain tanpa sesuatu akad, namun ianya telah
menjadi suatu adat/ uruf di mana pengguna mesti membayar wang atas penggunaan
barang tersebut. Maka wajib ke atas pengguna menjelaskan bayarannya kerana
amalan ini sudah terkenal dalam masyarakat.
Ø Akad
nikah dengan mas kahwin RM 10 000.
Ø Sesiapa
yang melihat kebakaran di rumah jirannya bermakna diizinkan untuk memasuki
rumah tersebut kerana menolong memadamkan kebakaran.
Ø Papan
tanda jalan yang menunjukkan “no entry” ini menunjukkan tidak harus masuk ke
jalan tersebut.
Ø Tanda
had laju 110 KM menunjukkan tidak harus memandu melebihi had tersebut.
Ø Penjual
menyerah barang dan pembeli menyerah wang. Maka pada adatnya menunjukkan
kerelaan bersama jadi itu sudah menunjukkan ijab qabul.
Pengecualian*:
Namun dikecualikan daripada kaedah terbitan
ini dalam perkara berkaitan dengan apa yang diperlukan untuk memenuhi sesuatu
akad, walaupun dari sudut adat/ uruf tidak terkenal, ia tetap diterima sebagai
suatu syarat.
Contohnya:
ü Penjamin
hendaklah hadir dalam memberi jaminan.
ü Syarat
menahan/ memegang barang yang dijualkan untuk menyempurnakan bayaran harga
barang tersebut.
3. الْتَعْيِيْنُ بِالْعُرْفِ كَالتَّعْيِيْنُ بِالنَّصِّ(Al-Ta’yin bi al‘urf ka
al-ta’yin bi al-nas)
Pengertian:
Menentukan dengan dasar uruf
seperti menentukan dengan nas.
Huraian Pengertian:
Sesuatu penetapan hukum
berdasarkan adat/ uruf yang telah memenuhi syarat-syarat sebagai dasar hukum,
adalah sama kedudukannya dengan penetapan hukum yang didasarkan kepada nas, dan
ia harus dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan dengan nas.
Contoh/Hukum:
Ø
Di Malaysia, sewa rumah tidak termasuk bil
air dan elektrik.
Ø
Seseorang yang menyewa rumah, maka dia
boleh masuk ke situ, tinggal di siti bersama keluarganya, juga boleh menerima
tetamu. Ini kerana adat kebiasaan yang menetapkan bentuk dan cara menggunakan
manfaat rumah tersebut.
Ø
Semua perkara yang tidak ditetapkan melalui
nas syarak, maka sudut iktibarnya berdasarkan adat kebiasaan penduduk sesebuah
negeri apa yang berlaku secara meluas dalam kalangan mereka.
4.
لَا يُنْكَرُ تُغَيُّرُ الْأَحْكَامِ بِتَغَيُّرِ الْأَزْمَانِ(La yunkar taghayyur
al-ahkam bi taghayyur al-azman)
Pengertian:
Tidak dapat diingkari adanya
perubahan hukum ekoran perubahan masa.
Huraian Pengertian:
Hukum yang dibina berdasarkan
kepada uruf/ adat turut berubah apabila uruf/ adat berubah.
Contoh/Hukum:
Ø
Ekoran sukar mencari saksi benar-benar adil
pada zaman sekarang, ulama berpendapat diterima penyaksian saksi yang tidak
mencapai syarat keadilan sempurna. Namun begitu, perlu diusahakan mencari saksi
paling adil dalam kalangan mereka.
Ø
Ketika suasana masyarakat teruk akhlaknya
dan menularnya wabak AIDS dan siflis, pasangan yang ingin berkahwin diwajibkan
menjalani kursus perkahwinan dan pemeriksaan kesihatan biarpun sebelumnya ia
tidak diwajibkan.
Ø
Pada zaman menular fitnah, golongan wanita
ditegah keluar solat berjemaah di masjid bersama kaum lelaki.
Ø
Khalifah Umar tidak memotong tangan pencuri
pada zaman kebuluran dan kemarau dengan pertimbangan keadaan kesulitan ekonomi.
Ø
Khalifah Umar tidak membahagikan tanah
daerah taklukan kepada perajurit yang menaklukinya demi kemaslahatan generasi
akan datang.
Ø
Khalifah Umar tidak memberi zakat kepada
muallaf dengan pertimbangan Islam sudah kuat.
Ø
Diharuskan menetapkan hukum untuk menyekat
pelacuran, maksiat dan segala faktor jenayah pada zaman merebaknya sifat fasiq.
Orang pertama yang membawa dasar tersebut ialah khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Ø
Pelantikan dan pemilihan jawatan hakim dan
qadi zaman mutakhir sukar dicari benar-benar adil dan warak. Maka, harus
dilantik mereka yang paling kurang sifat fasiq dan terdekat memiliki sifat
adil.
SEBAB HUKUM BOLEH BERUBAH
MENGIKUT MASA:
Ø Kerana perubahan uruf penduduk
tempatan.
Ø Kerana darurat.
Ø Kerana kerosakan akhlak
masyarakat.
Ø Kerana perubahan tempat. Seperti
Imam Syafie tatkala tiba di Mesir, beliau telah merubah sebahagian fatwanya
sewaktu di Baghdad kerana uruf di Mesir berbeza dengan uruf di Baghdad.
Contoh:
ü Larangan
mengambil upah mengajar al-Quran adalah fatwa yang dikeluarkan oleh ulama qadim
tetapi setelah berlaku perubahan uruf/ dat maka para ulama muta’akhir memberi
fatwa harus mengambil upah mengajar al-Quran agar pengajian al-Quran tidak
terhapus.
ü Hukum
unta yang hilang.
Rasulullah melarang mengambil unta yang
hilang. Baginda menyuruh dibiarkan sahaja unta yang hilang mendapatkan makanan
dengan sendirian sehingga ditemui oleh tuannya. Kemudian, pada zaman
pemerintahan Uthman, beliau telah memerintahkan supaya diambil unta yang hilang
dan dijualkannya, kemudian apabila tuannya datang maka diberi harga unta itu
kepada tuannya. Tindakan Uthman itu kerana beliau dapati manusia pada zamannya
telah dihinggapi penyakit kerosakan akhlak dan tangan mereka memanjang pada
yang haram. Maka hukum ini akan lebih menjamin unta yang hilang dan hak tuannya
lebih terpelihara kerana bimbang ia akan dicuri oleh orang yang sudah runtuh
akhlaknya.
HUKUM YANG TIDAK BOLEH BERUBAH:
Hukum yang tidak akan berubah dari keadaannya yang asal
walaupun keadaan masa dan tempat telah berubah ialah:
ü Hukum yang mewajibkan
perkara-perkara wajib
ü Hukum yang mengharamkan
perkara-perkara haram
ü Hukuman hudud
HUKUM YANG BOLEH BERUBAH:
Hukum yang boleh berubah
berdasarkan maslahah, masa, tempat dan suasana ialah:
ü Kadar dan jenis keseksaan
hukuman takzir
5. كُلُّ مَا وَرَدَ بِهِ الشَّرْعُ مُطْلَقًا وَلَا ضَابِطً لَهُ
فِيهِ وَلَا فِي اللُّغَةِ يُرْجَعُ فِيهِ إِلَى الْعُرْفِ (Kullu ma warada bihi al-syar’u mutlaqan wa la dabita
lahu fihi wa la fi allughah, yurja’ fihi ila al-‘urf)
Pengertian:
Semua perkara yang dibawa oleh
syarak bentuk mutlak dan tiada dasar yang menjelaskannya sudut syarak dan
Bahasa, ia dikembalikan kepada uruf.
Huraian Pengertian:
Segala masalah hukum yang ada
ketetapannya dalam syarak, namun ia secara mutlak sahaja maka hendaklah dirujuk
kepada uruf/ adat.
Contoh/Hukum:
Ø Tentang penyerahan barang di
antara penjual dan pembeli dalam akad jual beli.
Ø Tentang tempat penyimpanan
dalam jenayah mencuri.
Ø Tempoh/ kadar haid.
Kebiasaannya 6-7 hari, manakala maksimumnya 15 hari.
Ø وأشهدوا ذوى عدل منكم
Maka keadilan merupakan syarat untuk
menerima kesaksian. Menurut fuqaha keadilan ialah sesuatu sifat/ bakat/
perwatakan yang mendorong menghayati sifat ketakwaan dan memelihara maruahnya.
Oleh itu apa sahaja yang boleh merosakkan maruah maka ia dianggap akan
mencacatkan keadilan. Namun begitu, sesuatu yang dianggap boleh merosakkan
maruah adalah berbeza dengan sebab berbeza tempat dan keadaan. Oleh itu, Segala
masalah hukum yang ada ketetapannya dalam syarak, namun ia secara mutlak sahaja
maka hendaklah dirujuk kepada uruf/ adat.
Ø وللمطلقاتمتع بالمعروف
Isteri-isteri yang diceraikan berhak
mendapat mut’ah dengan cara yang patut. Maka uruf dirujuk dalam menentukan
kadar nafkah isteri dan mut’ah perempuan yang diceraikan.
Ø البيعان بالخيار ما لم يتفرقا
Penentuan perpisahan dalam kes khiyar majlis harus
dirujuk kepada uruf.
PENGECUALIAN
·
Jual beli al-Mu’atah[1].
Menurut mazhab Syafie asalnya tidak sah. Tetapi jika ia sudah menjadi
kebiasaan, menurut pendapat yang lebih tepat yang juga disokong oleh imam
al-Nawawi, hukumnya diharuskan.
·
Jika ditinjau dari sudut lafaznya, maka ia hendaklah
dirujuk kepada adat kebiasaan yang mengharuskannya.
·
Dalam kes kerja pertukangan, menurut adat kebiasaan
mereka itu bekerja dengan mendapat gaji, maka mereka tidak berhak mendapat
apa-apa habuan lagi jika mereka tidak mensyaratkannya.
CONTOH-CONTOH SOALAN
Soalan 2013 Ulangan
(a) |
Terangkan
kaedah العادة
محكمة dari segi pengertian
dan dalil. [6] |
(b) |
Dengan
memberikan contoh, huraikan kaedah استعمال الناس حجة يجب العمل بها. [6] |
(c) |
Dengan
memberikan contoh dan hukumnya, jelaskan perbezaan antara adat yang sahih
dengan adat yang fasid. [8] |
Soalan 2015
(a) |
Terangkan
pengertian adat sahih dan adat fasid berserta contoh. [4] |
(b) |
Jelaskan
maksud kaedah المعروف عرفا كالمشروط شرطا berserta contoh. [6] |
(c) |
Bincangkan kaedah لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان dari sudut pembinaan hukum syarak.[10] |
Soalan 2016
(a) |
Berdasarkan
kaedah al-‘adah muhakkamah, nyatakan lima syarat harus beramal
dengan adat. [5] |
(b) |
Jelaskan
dua perbezaan antara uruf sahih dengan uruf fasid berserta
contoh. [6] |
(c) |
Berdasarkan kaedah al-‘adah muhakkamah, huraikan
hukum dan nyatakan kaedah terbitan bagi persoalan yang berikut: (i) Penggunaan
sistem kilogram bagi timbangan yang berlaku dalam jual bel sayuran dan
buah-buahan di Malaysia pada masa kini.
[3] (ii) Encik A
telah melafazkan akad menyewa sebuah rumah dan mendiami rumah tersebut
bersama-sama dengan dua orang rakannya. [3] (iii) Kerajaan
mewajibkan pasangan yang ingin berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan
menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membendung penyakit kelamin. [3] |
Soalan 2016 Ulangan
(a) |
Terangkan
kaedah التعيين
بالعرف كالتعيين بالنص.
[3] |
(b) |
Berdasarkan
kaedah لا ينكر
تغير الأحكام بتغير الأزمان, huraikan empat sebab
hukum boleh berubah mengikut masa. [8] |
(c) |
Aplikasikan
kaedah Kullu ma warada bihi al-syar’u mutlaqan wa la dabita lahu fihi wa
la fi al-lughah yurja’ fihi ila al-‘urfpada nas yang berikut: (i)
وللمطلقات متع بالمعروف [3] (ii)
وأشهدو ذوى عدل منكم [3] (iii)
البيعان بالخيار ما لم يتفرقا [3] |
Soalan 2017 Ulangan
(a) |
Terangkan
kaedah استعمال الناس حجة يجب العمل بها berserta contoh. [4] |
(b) |
Huraikan
kaedah المعروف عرفا كالمشروط شرطا dengan memberikan tiga contoh. [8] |
(c) |
Kaitkan kaedah لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان dalam permasalahan berikut:
(i). Hakim
membenarkan saksi yang kurang sifat adil ketika ini berbanding dengan saksi
yang adil lima tahun sebelum ini untuk memberikan kesaksian di mahkamah. [2]
(ii). Penetapan
kadar minimum mahar telah berubah daripada RM22.50 kepada RM300.00 [2]
(iii). Bakal
pengantin kini diwajibkan untuk menghadiri kursus praperkahwinan, sedangkan
kursus ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. [2]
(iv). Memakai
tali leher dan berkot yang diperkenalkan oleh bukan Islam tidak dianggap
melanggar etika berpakaian dalam Islam.
[2]
|
Soalan 2018
(a) |
Terangkan
kaedah استعمال الناس حجة يجب العمل بها berserta contoh. [4] |
(b) |
“Sudah
menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia bahawa sewa rumah yang dikenakan
kepada penyewa oleh pemilik rumah tidak termasuk bil air dan bil elektrik.”
Huraikan kaedah terbitan yang sesuai untuk diaplikasikan bagi pernyataan
tersebut. [6] |
(c) |
Bincangkan
kaedah كل
ما ورد به الشرع مطلقا ولا ضابط له فيه ولا في اللغة يرجع فيه إلى العرف dan contoh pengaplikasiannya. [10] |
Soalan 2018 Ulangan
(a) |
Terangkan
dua bahagian al-‘adah dari segi hukum berserta contoh. [4] |
(b) |
Jelaskan
empat syarat penerimaan al-‘adah sebagai sumber hukum. [8] |
(c) |
Syarikat A telah menyewa sebuah rumah untuk dijadikan
sebuah pejabat tanpa pengetahuan pemiliknya. Berdasarkan kaedah التعيين بالعرف كالتعيين بالنص , bincangkan hukum Syarikat A menggunakan
rumah yang disewa itu sebagai pejabat.
[8] |
Soalan 2019 Ulangan
(a) |
Terangkan
pengertian العادة محكمة berserta dengan contoh. [4] |
(b) |
Jelaskan
empat syarat al-‘adah. [8] |
(c) |
Syarak
menetapkan bahawa suami memberikan nafkah kepada isterinya, tetapi tidak
ditentukan kadarnya. Dengan menggunakan kaedah terbitan daripada kaedah العادة محكمة , bincangkan kadar nafkah yang diwajibkan. [8] |
Soalan 2020 Ulangan
(a) |
Jelaskan
kaedah العادة محكمة berserta dengan dalil. [4] |
(b) |
Jelaskan
empat syarat al-‘adah. [8] |
(c) |
Huraikan
permasalahan berikut berdasarkan kaedah terbitan العادة محكمة : (i) Kontrak
jual beli yang tidak disesatkan jenis mata wangnya akan tertakluk kepada mata
wang tempatan. [4] (ii) Pembayaran
sewa rumah di Malaysia tidak termasuk bil air atau bil elektrik. [4] |
Soalan 2021
(a) |
Terangkan
kaedah terbitan استعمال الناس حجة يجب العمل بها berserta dengan dua contoh. [6] |
(b) |
Dengan
memberikan contoh, jelaskan hadis yang berikut dan kaitkan dengan kaedah fiqh
yang bersesuaian. [6]مَا رَأَى المُسلِمُونَ حَسَنًا فهُوَ عِندَ اللهِ
حَسَنٌ, وَمَا رَآه المُسلِمُونَ سَيِّئًا فَهُوَ عِندَ اللهِ سَيِّءٌ |
(c) |
Huraikan
permasalahan yang berikut dan kaedah terbitan yang berkaitan: (i) Seseorang
yang menggunakan perkhidmatan teksi hendaklah membayar kos tambang teksi,
walaupun kos tambang tersebut tidak disebut oleh pemandu.[4] (ii) Bayaran
sewa kereta yang dikenakan kepada penyewa tidak termasuk kos minyak. [4] |
Soalan 2021 (Ulangan)
(a) |
Terangkan
pengertian kaedah terbitan استعمال الناس حجة يجب العمل بها berserta dengan
contoh. [4] |
(b) |
Huraikan
empat syarat penerimaan adat sebagai sumber hukum. [8] |
(c) |
“Sudaah
menjadi kebiasaan dalam sebuah kampung, semua penduduk dibenarkan mengambil
air dari perigi yang terdapat dalam kawasan masjid di kampung tersebut,
tetapi dikehendaki memberikan bayaran seikhlas mungkin kepada tabung masjid.”
Bincangkan kaedah terbitan yang sesuai diaplikasikan terhadap permasalahan
tersebut. [8] |
Soalan 2021 (Ulangan)
(a) |
Terangkan
pengertian kaedah terbitan استعمال الناس حجة يجب العمل بها berserta dengan
contoh. [4] |
(b) |
Huraikan
empat syarat penerimaan adat sebagai sumber hukum. [8] |
(c) |
“Sudaah
menjadi kebiasaan dalam sebuah kampung, semua penduduk dibenarkan mengambil
air dari perigi yang terdapat dalam kawasan masjid di kampung tersebut,
tetapi dikehendaki memberikan bayaran seikhlas mungkin kepada tabung masjid.”
Bincangkan kaedah terbitan yang sesuai diaplikasikan terhadap permasalahan
tersebut. [8] |
Soalan 2022
(a) |
Jelaskan
maksud ayat 199, surah al-A’raf yang berikut dan kaitannya dengan kaedah fiqh
yang bersesuaian: [4]خُذِ العَفوَ وَأمُر بِالعُرفِ وَأَعرِض عَنِ
الجَـهِلِينَ (199) |
(b) |
Terangkan
dua bahagian uruf dari sudut hukum berserta dengan contoh. [8] |
(c) |
Huraikan
perkaitan kaedah terbitan yang bersesuaian dengan permasalahan seperti yang
berikut: (i)
Transaksi jual beli yang
dilakukan di Malaysia dengan menggunakan mata wang Ringgit Malaysia. [4] (ii)
Di Malaysia, bayaran sewa
rumah yang dikenakan terhadap penyewa oleh pemilik rumah tidak termasuk bil
air dan bil elektrik. [4] |
[1] Penjual dan
pembeli bersetuju di atas sesuatu penetapan harga tanpa adanya lafaz ijab dan
qabul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan