Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan pengertian kaedah, huraian dan contoh.
b.
Mengemukakan dalil yang
berkaitan dengan kaedah al-masyaqqah tajlib al-taysir.
c.
Mengenal pasti sebab takhfif
yang diharuskan oleh syarak.
d.
Mengenal pasti dan
menghuraikan bahagian takhfif dan rukhsah berserta contoh.
e.
Menjelaskan pengertian kaedah
terbitan, huraian dan contoh.
f.
Mengemukakan kaedah terbitan
dan mengaplikasikan dalam masalah semasa berdasarkan kaedah terbitan berikut:
i.
Idha daqa al-amr
ittasa’a (Apabila sesuatu itu sempit maka hendaklah diperluaskan).
ii.
Idha ittasa’a
al-amr daqa (Apabila sesuatu
itu luas maka hendaklah dipersempitkan).
1. KONSEP KAEDAH اَلْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيْر
Pengertian:
Kesukaran membawa kemudahan/ keringanan
Huraian
Pengertian:
Apabila terdapat sesuatu kesusahan/ kesulitan
dalam melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan, tidak seperti
asalnya.
Contoh:
Ø Harus mengqasar/ menjamakkan solat dalam
keadaan musafir.
Ø Harus meninggalkan puasa bagi orang yang
sakit.
Ø Harus solat sambil duduk/ baring / isyarat
bagi orang yang sakit.
Ø Harus doktor lelaki merawat pesakit
perempuan.
Dalil:
o Al-Baqarah: 185 يُرِيدُ
ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran.”
o
Al-Maidah: 6 مَا يُرِيدُ
ٱللَّهُ لِيَجۡعَلَ عَلَيۡكُم مِّنۡ حَرَجٖ
“Allah
tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan.”
o
Al-Hajj: 78 وَمَا جَعَلَ
عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٖۚ
“Dan
Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam
perkara agama.”
o
Hadis riwayat Anas RA: يَسِّرُوا وَلَا
تُعَسِّرُوا
“Permudahkanlah dan jangan menyusahkan.”
2. SYARAT المشقة
1.
Masyaqqah/ kesukaran yang membawa keringanan berdasarkan kaedah ini ialah
masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada
kebiasaannya, bahkan ia boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya
dari melakukan amal ibadat.
Contoh: Orang sakit diharuskan meninggalkan puasa
2.
Masyaqqah itu umum berlakunya. Adapun masyaqqah yang jarang-jarang berlaku,
maka ia tidak diambil kira.
Contoh: Wuduk perempuan yang istihadah bagi setiap kali solat fardu.
3.
Masyaqqah biasa yang pasti wujud dalam melaksanakan ibadat/ kerja-kerja
untuk keperluan hidup yang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan
kemudaratan, maka masyaqqah ini tidak diambil kira.
Contoh: Masyaqqah bekerja/ mencari rezeki, Masyaqqah
dalam berjihad menentang musuh.
3. SEBAB TAKHFIF
|
BIL |
SEBAB TAKHFIF |
HURAIAN/ CONTOH |
|
1 |
MUSAFIR |
o
Orang bermusafir boleh mengambil rukhsah. Contoh: - Qasar/ jamak
solat - Menyapu khuf
lebih daripada sehari semalam -
Berbuka puasa |
|
2 |
SAKIT |
o
Orang yang sakit boleh mengambil rukhsah. Contoh: - Bertayammum
bagi sakit yang tidak boleh terkena air - Solat sambil
duduk/ baring/ isyarat - Diharuskan
doktor lelaki merawat pesakit wanita -
Berbuka puasa ketika sakit dan
menggantikannya apabila sembuh. |
|
3 |
PAKSAAN |
o
Orang yang dipaksa/ diugut dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak
mampu melawan / membantah. Contoh: - Harus
melafazkan kalimah kufur kerana terpaksa untuk menyelamatkan nyawa (al-Nahl:
106) - Harus makan
bangkai kerana kelaparan yang mengancam nyawa -
Harus minum arak kerana dahaga yang
mengancam nyawa. |
|
4 |
LUPA |
o
Tidak dianggap bersalah/ berdosa seseorang yang melakukan sesuatu dengan
sebab terlupa. Contoh: - Tidak batal
puasanya jika makan/ minum secara terlupa ketika berpuasa. |
|
5 |
KEJAHILAN |
o
Kejahilan dikira salah satu kesukaran membawa keringanan. Contoh: - Harus
difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah seorang suami/ isteri sekiranya
keaiban itu disembunyikan. -
Seseorang yang bercakap ketika solat kerana
bodoh, solatnya tidak batal. |
|
6 |
UMUM AL-BALWA |
o
Iaitu kesukaran umum yang tidak dapat dielakkan. Contoh: - Lumpur di jalan
yang terpercik pada kain/ badan seseorang pada hari hujan, dimaafkan solat
dalam keadaan tersebut. - Orang yang
berpenyakit sentiasa keluar air kencing/ istihadah, dimaafkan solat dalam
keadaan tersebut. - Segala najis
yang sukar dihilangkan, dimaafkan. Seperti najis burung yang tinggal dalam
masjid. - Harus memakai
sutera bagi lelaki berpenyakit - Harus jual beli
salam -
Dimaafkan gharar yang sedikit dalam jual beli. |
|
7 |
KEKURANGAN |
o
Kekurangan menjadi sebab keringanan. Contoh: -
Kanak-kanak tidak dibebankan dengan
takhlif/ tanggungjawab syar’ie. -
Wanita tidak diwajibkan solat Jumaat -
Wanita tidak diwajibkan keluar berperang -
Orang gila tidak dibebankan dengan takhlif -
Perempuan harus memakai sutera dan barang
kemas -
Hamba digugurkan beberapa takhlif
berbanding orang merdeka. Seperti diyat hamba separuh diyat orang merdeka. |
4. BAHAGIAN TAKHFIF
|
BIL |
BAHAGIAN TAKHFIF |
HURAIAN/ CONTOH |
|
1 |
Keringanan dengan menggugurkan kewajipan.(تخفيف إسقاط ) |
o
Contoh: -
Digugurkan kewajipan
solat Jumaat ke atas perempuan -
Gugur solat Jumaat
kerana ada halangan tertentu seperti hujan lebat/ peperangan -
Gugur kewajipan jihad
disebabkan keuzuran. -
Gugur kewajipan puasa disebabkan
sakit - Gugur kewajipan haji disebabkan tidak mampu. |
|
2 |
Keringanan
dengan mengurangkan bebanan.(تخفيف تنقيص) |
o Contoh: - Dikurangkan
solat empat rakaat menjadi dua rakaat. |
|
3 |
Keringanan
dengan penggantian (تخفيف إبدال) |
o Contoh: - Ditukarkan
wuduk kepada tayammum ketika ketiadaan air/ sakit yang tidak boleh terkena
air. - Ditukarkan
kedudukan solat daripada berdiri kepada duduk/ baring/ isyarat dalam keadaan
sakit. -
Ditukarkan puasa orang tua yang uzur kepada
membayar fidyah. |
|
4 |
Keringanan
dengan mendahulukan (تخفيف تقديم) |
o Contoh: -
Didahulukan solat Asar
dengan ditunaikan dalam waktu Zuhur. -
Didahulukan zakat sebelum cukup haul. |
|
5 |
Keringanan
dengan mengakhirkan/ menangguhkan. (تخفيف تأخير) |
o
Contoh: -
Ditangguhkan solat
Zuhur ke waktu Asar. -
Ditangguhkan solat demi menyelamatkan orang
lemas/ terbakar. |
|
6 |
Keringanan dengan mendapat rukhsah/
kelonggaran. (تخفيف ترخيص) |
o Contoh: - Diharuskan
minum arak kerana terlalu dahaga/ tiada air - Diharuskan
makan bangkai kerana kelaparan/ kebuluran -
Diharuskan berlafaz dengan kalimah kufur
ketika dipaksa. |
|
7 |
Keringanan
dengan mengubah/ menukar (تخفيف تغيير) |
o Contoh: - Perubahan cara
solat ketika berperang |
5. PENGERTIAN & CONTOH RUKHSAH
Pengertian Rukhsah:
Hukum syarak yang diberi pengecualian/
keringanan disebabkan terdapat keuzuran yang berat, namun mengikut batas
keperluan sahaja.
Contoh:
o Harus tidak berpuasa bagi musafir
o Harus menqasar/ menjamakkan solat ketika
bermusafir
o Harus Makan bangkai bagi mereka yang
kebuluran. Sekiranya tidak makan menyebabkan mati.
o Minum arak bagi mereka yang terlalu dahaga
dan tiada air. Sekiranya tidak minum menyebabkan mati.
6. BAHAGIAN RUKHSAH
|
BIL |
BAHAGIAN RUKHSAH |
HURAIAN/ CONTOH |
|
1 |
Rukhsah wajib dilakukan |
o
Contoh: - Makan bangkai
bagi mereka yang kebuluran. Sekiranya tidak makan menyebabkan mati. - Minum arak bagi
mereka yang terlalu dahaga dan tiada air. Sekiranya tidak minum menyebabkan
mati. -
Berlafaz dengan kalimat kufur ketika
dipaksa/ diugut. Sekiranya enggan boleh menyebabkan mati. |
|
2 |
Rukhsah sunat dilakukan |
o
Contoh: -
Jamak/ qasar solat semasa musafir -
Melihat calon isteri |
|
3 |
Rukhsah harus dilakukan |
o
Contoh: - Jual beli salam[1] -
Jual beli istisna’[2] |
|
4 |
Rukhsah makruh
dilakukan |
o
Contoh: - Qasar solat
bagi musafir kurang daripada 2 marhalah. |
|
5 |
Rukhsah lebih baik
ditinggalkan |
o
Contoh: - Jamak solat
bagi mereka yang tidak mengalami kesukaran/ tiada kemudaratan. -
Berbuka puasa bagi musafir yang tidak mengalami
kesukaran sepanjang perjalanannya. |
7. KAEDAH TERBITAN
1.
اِذَا
ضَاقَ الأَمْرُ اِتَّسَع (Idha daqa al-amr ittasa’a)
Pengertian:
Apabila sesuatu perkara itu sempit, hukum pelaksanaannya menjadi luas.
Huraian Pengertian:
Sesuatu perkara apabila ada kesukaran untuk melakukannya, maka syarak
mengizinkan keringanan/ kemudahan sebagai penyelesaian.
Contoh:
1. Diharuskan qasar/ jamak solat ketika
musafir
2. Sudah memadai saksi perempuan berkaitan
perkara orang lelaki sukar mempastikannya seperti kecacatan pada anggota/
kemaluan perempuan.
3. Harus berwuduk dengan menggunakan bekas
yang diperbuat daripada emas/ perak kerana ketiadaan bekas lain.
4. Harus mana-mana lelaki menjadi pengganti
wali bagi wanita yang ketiadaan wali ketika bermusafir.
5. Wajib memberi kelonggaran/ penangguhan
pelunasan hutang terhadap penghutang yang belum mampu membayar hutangnya.
6. Harus isteri yang dalam iddah kematian
suaminya keluar rumah apabila ada keperluan mendesak seperti mencari rezeki/
sakit.
2.
اِذَا اِتَّسَعَ الأَمْرُ ضَاق (Idha
ittasa’a al-amr daqa)
Pengertian:
Apabila sesuatu perkara itu luas/ longgar/ mudah, hukum pelaksanaanya
menjadi sempit.
Huraian
Pengertian:
Perkara yang diberi kemudahan/ keringanan/ kelonggaran dalam keadaan
masyaqqah/ kesukaran, akan kembali kepada asal sebelumnya apabila telah hilang/
terlaksana masyaqqah tersebut.
Contoh:
1. Membanyakkan/ memanjangkan bacaan ketika
mengimamkan solat adalah dituntut, namun sekiranya ada perkara terdesak/
kesukaran seperti ada ahli Jemaah yang uzur, maka bacaan perlu diringkaskan.
2. Orang yang kebuluran harus mengambil
makanan orang lain sekadar keperluannya sahaja.
3. Seseorang yang dalam keadaan lapang harus
menunaikan solat di awal waktu.
8. PERBEZAAN ANTARA KAEDAH اذا ضاق
الأمر إتسع DENGAN KAEDAH اذا
إتسع الأمرضاق
|
اذا ضاق الأمر إتسع |
اذا إتسع الأمرضاق |
|
Apabila
sesuatu perkara itu sempit, hukum pelaksanaannya menjadi luas.
Iaitu sesuatu perkara apabila ada kesukaran untuk melakukannya, maka syarak
mengizinkan keringanan/ kemudahan sebagai penyelesaian. |
Apabila
sesuatu perkara itu luas, maka hukum pelaksanaannya menjadi sempit.
Iaitu perkara yang diberi kemudahan/ keringanan/ kelonggaran dalam keadaan
masyaqqah/ kesukaran, akan kembali kepada asal sebelumnya apabila telah
hilang/ terlaksana masyaqqah tersebut. |
|
Contoh: o Diharuskan
qasar/ jamak solat ketika musafir o Sudah memadai
saksi perempuan berkaitan perkara orang lelaki sukar mempastikannya seperti
kecacatan pada anggota/ kemaluan perempuan. o Harus berwuduk
dengan menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas/ perak kerana ketiadaan
bekas lain. o Harus mana-mana
lelaki menjadi pengganti wali bagi wanita yang ketiadaan wali ketika
bermusafir. o Wajib memberi
kelonggaran/ penangguhan pelunasan hutang terhadap penghutang yang belum
mampu membayar hutangnya. o
Harus isteri yang dalam iddah kematian
suaminya keluar rumah apabila ada keperluan mendesak seperti mencari rezeki/
sakit. |
Contoh: o Membanyakkan/
memanjangkan bacaan ketika mengimamkan solat adalah dituntut, namun sekiranya
ada perkara terdesak/ kesukaran seperti ada ahli Jemaah yang uzur, maka
bacaan perlu diringkaskan. o Orang yang
kebuluran harus mengambil makanan orang lain sekadar keperluannya sahaja. o Seseorang yang
dalam keadaan lapang harus menunaikan solat di awal waktu. |
CONTOH-CONTOH
SOALAN
Soalan 2013 Ulangan
|
(a) |
Terangkan
kaedah المشقة تجلب
التيسير dari segi pengertian dan dalil. [4] |
|
(b) |
Jelaskan
lima sebab takhfif yang
diharuskan oleh syarak. [10] |
|
(c) |
Dengan
memberikan contoh, huraikan perbezaan antara kaedah اذا ضاق الأمر اتسع dengan kaedah اذا اتسع الأمر ضاق . [6] |
Soalan 2014
|
(a) |
Dengan
memberikan contoh dan dalil, terangkan maksud kaedah al-Masyaqqah tajlib
al-taysir. [6] |
|
(b) |
Jelaskan
empat bahagian rukhsah yang diberikan oleh syarak. [8] |
|
(c) |
Huraikan dua kaedah terbitan daripada kaedah al-Masyaqqah
tajlib al-taysir. [6] |
Soalan 2015 (Ulangan)
|
(a) |
Huraikan
dua kaedah terbitan daripada kaedah al-Masyaqqah tajlib al-taysir. [4] |
|
(b) |
Berdasarkan
kaedah المشقة تجلب التيسير, terangkan dua syarat al-masyaqqah
yang menjadi sebab keringanan berserta contoh. [6] |
|
(c) |
Bincangkan
kaedah اذا ضاق
الأمر اتسع
dan
pengaplikasiannya dalam permasalahan hukum. [10] |
Soalan 2016 Ulangan
|
(a) |
Terangkan
maksud rukhsah berserta dua contoh. [4] |
|
(b) |
Jelaskan
maksud kaedah اذا ضاق الأمر اتسع dengan mengemukakan tiga contoh.
[8] |
|
(c) |
Tunjukan
kaitan kaedah اذا اتسع الأمر ضاق pada
permasalahan yang berikut: (i) Hutang yang tertangguh untuk dibayar ketika ketiadaan wang
mesti dibayar segera setelah berkemampuan untuk membayar. [2]
(ii) Solat fardu seseorang yang telah pulang daripada bermusafir
mesti ditunaikan dengan sempurna bilangan rakaatnya; tidak boleh lagi qasar.
[2] (iii) Keperluan untuk pergerakan yang kecil sewaktu menunaikan solat
boleh dilakukan walaupun berulang-ulang kali; tetapi jika tidak perlu lagi,
pergerakan tersebut dilarang. [2] (iv) Seseorang yang diharuskan untuk memakan sesuatu yang haram
kerana lapar tidak boleh lagi makan makanan haram itu setelah hilang lapar.
[2] |
Soalan 2017
|
|
(a) Terangkan
kaedah المشقة تجلب
التييسر
. [4] |
|
|
(b) Jelaskan empat bahagian hukum yang berkaitan dengan rukhsah berserta contoh. [8] |
|
(c) Berdasarkan situasi di atas, bincangkan hukum bagi
masalah tersebut berdasarkan
kaedah المشقة تجلب التيسير . [8] |
Soalan 2017 Ulangan
|
(a) |
Terangkan
kaedah المشقة تجلب
التيسير
. [4] |
|
(b) |
Jelaskan
empat bahagian takhfif yang diberikan oleh syarak berserta contoh.
[4] |
|
(c) |
Bincangkan
maksud kaedah اذا ضاق الأمر اتسع. [8] |
Soalan 2018 Ulangan
|
(a) |
Bincangkan
maksud kaedah اذا ضاق الأمر اتسع. [4] |
|
(b) |
Jelaskan
empat sebab takhfif yang diharuskan oleh syarak. [8] |
|
(c) |
Dengan memberikan contoh, huraikan perbezaan antara
kaedah اذا ضاق
الأمر اتسع
dengan
kaedah اذا اتسع
الأمر ضاق . [8] |
Soalan 2019
|
(a) |
Hadis
Rasulullah SAW:
يَسِّرُوا
وَلَا تُعَسِّرُوا Maksudnya: Permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Dengan
memberikan contoh, terangkan kaedah fiqh bagi dalil di atas. [4] |
|
(b) |
Huraikan kaedah اذا ضاق الأمر اتسع dan kaedah اذا اتسع الأمر ضاق berserta contoh. [8] |
|
(c) |
Jelaskan perkaitan kaedah اذا ضاق الأمر اتسع dan kaedah اذا اتسع الأمر ضاق
berserta
contoh. (i) Encik
A telah mengambil buah dari kebun jirannya tanpa izin kerana kebuluran dan
menyimpannya sedikit untuk bekalan hari esok. [4] (ii) Encik
B mengambil ubat yang mengandungi bahan haram sedangkan terdapat ubat yang
tidak mengandungi bahan haram. [4] |
Soalan 2019 Ulangan
|
(a) |
Terangkan
kaedah المشقة تجلب
التيسير berserta dengan dalil hadis. [4] |
|
(b) |
Jelaskan
tiga sebab takhfif yang diharuskan oleh syarak berserta dengan contoh.
[6] |
|
(c) |
Dengan
memberikan contoh, bezakan kaedah اذا اتسع الأمر ضاق dengan kaedah الأمر اتسع اذا ضاق
dan
kaitan kedua-dua kaedah tersebut dengan kaedah الضرورة تقدر
بقدرها
. [10] |
Soalan 2020
|
(a) |
Terangkan
tiga bahagian takhfif berserta
dengan contoh. [6] |
|
(b) |
Dengan
memberikan contoh, jelaskan ayat yang berikut dan kaitannya dengan kaedah
fiqh yang bersesuaian. [6] Firman
Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 78:
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى الدِّيْنِ
مِنْ حَرَجٍ |
|
(c) |
Huraikan
permasalahan yang berikut dan kaedah terbitan yang berkaitan: (i) Wanita
yang ketiadaan wali nasab untuk berkahwin, seperti wali meninggal dunia
dibolehkan untuk melantik wali hakim. [4] (ii) Seseorang
yang telah pulang dari permusafiran tidak lagi dibenarkan untuk solat secara
jamak dan qasar. [4] |
Soalan 2022
|
(a) |
Jelaskan
maksud hadis Rasulullah SAW yang berikut dan kaitannya dengan kaedah fiqh
yang bersesuaian: [4] خَرَجنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى الله
عَلَيهِ وَسَلَّمَ مِنَ المَدِينَةِ إِلَى مَكَّةَ, فَكَانَ يُصَلِّي رَكعَتَينِ
رَكعَتَينِ, حَتَّى رَجَعنَا إِلَى المَدِينَةِ. |
|
(b) |
Huraikan
empat sebab takhfif berserta dengan situasi. [4] |
|
(c) |
Huraikan perkaitan kaedah terbitan yang bersesuaian
dengan permasalahan seperti yang berikut: (i)
Puan A mendirikan
solat secara duduk kerana kecederaan yang teruk pada kakinya. [4] (ii)
Encik B mengimamkan
solat dengan memanjangkan bacaannya sedangkan makmumnya terdiri daripada orang tua dan uzur. [4] |
Soalan 2023
|
(a) |
Terangkan
maksud kaedah المشقة تجلب التيسير berserta dengan dalil. [4] |
|
(b) |
Jelaskan
empat jenis keringanan dalam syarak. [8] |
|
(c) |
Huraikan
perkaitan kaedah terbitan yang bersesuaian bagi permasalahan yang berikut: (i) Encik A menunaikan solat zuhur empat rakaat apabila
sampai di rumah daripada permusafirannya. [2] (ii) Puan B makan ubat yang diekstrak daripada bahan haram
kerana ubat daripada bahan halal sangat mahal. [2] (iii) Datuk C menunaikan solat jumaat seperti biasa apabila Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) telah berakhir. [2] (iv) Cik D tidak berpuasa pada bulan
Ramadan kerana sakit gastrik yang teruk. [2] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan