Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan pengertian istihsan.
b.
Mengkategorikan bahagian
istihsan berasaskan sandarannya.
c.
Membahaskan perbezaan
pandangan ulama tentang istihsan sebagai sumber hukum (kehujahan istihsan)
Pengertian Istihsan:
· Bahasa, Menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai oleh seseorang
serta cenderungke arahnya sekalipun dipandang buruk (tidak disukai) oleh orang
lain.
· Istilah, Beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui al-qiyas jali kepada
hukum yang dikeluarkan melalui al-qiyas khafi kerana ada dalil lain yang lebih
disenangi oleh mujtahid untuk berbuat demikian.
Bahagian Ihtihsan berasaskan sandarannya.
1.
Istihsan
dengan nas:
Perkara tersebut berlaku pada setiap masalah yang mempunyai nas tertentu
yang menunjukkan kepada hukum bertentangan dengan kaedah yang ditetapkan. Ia
merangkumi seluruh masalah yang dikecualikan oleh syarak dari hukum
masalah-masalah yang sebanding dengannya.
Contoh:
Puasa tidak batal apabila makan
secara terlupa.
Huraian: Menurut kaedah umum dan qiyas, puasa seseorang batal kerana ia tidak
menahan diri daripada memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Hukum tersebut
dikecualikan daripada kaedah umum berdasarkan hadis Rasulullah:
‘Barangsiapa terlupa sedangkan ia berpuasa, lalu ia
makan atau minum...’
2. Istihsan
dengan ijmak, ia terhasil setelah semua ulamak mujtahid berfatwa tentang sesuatu
masalah yang berlawanan dengan kaedah umun mengenai masalah yang serupa
dengannya.
3. Istihsan
berasaskanqiyas yang tidak nyata, keadaan ini berlaku terhadap
masalah yang mana bercantum di antara dua qiyas.
4. Istihsan
berasaskan terpaksa atau darurat, contoh: Diharuskan mengambil air daripada perigi yang kotor kerana darurat dan
diperlukan.
5. Istihsan
berasaskan Uruf, berlaku pada masalah yang menjadi amalan dan kebiasaan masyarakat dan
ia bertentangan dengan kaedah umum.
6.
Istihsan
berasaskan Maslahat, contoh: tidak
harus diberikan zakat pada Bani Hasyim. Tetapi Abu Hanifah mengharuskan memberi
zakat kepada mereka di zaman beliau berasaskan istihsan supaya kebajikan mereka
tidak diabaikan.
Pandangan Ulama tentang istihsan
1. Imam syafie, ulama
syafie dan sebahagian ulama Hanafi menolak istihsan sebagai hujah
kerana ia tidak berlandaskan langsung kepada dalil syarak.
2. Imam Malik dan
sebahagian ulama Hanafi berpegang kepada istihsan kerana ianya berlandaskan kepada dalil dan
prinsip syarak.
CONTOH-CONTOH SOALAN
Soalan STPM 2014 (Ulangan)
(a) |
Dengan memberikan dalil, terangkan pengertian istihsan.
[3] |
(b) |
Dengan memberikan contoh, jelaskan empat
bahagian istihsan. [8] |
(c) |
Bincangkan pandangan ulama Usul fiqh tentang kedudukan
istihsan dalam perundangann Islam. [9] |
Soalan STPM 2016
(a) |
Berpaling daripada menggunakan kehendak qiyas jali kepada
qiyas khafi kerana terdapat dalil yang menghendaki demikian. Dengan
memberikan contoh, terangkan pernyataan di atas. [4] |
|||
(b) |
Dengan memberikan hujah, jelaskan bahagian istihsan
bagi contoh berikut: |
|||
|
(i) |
Puasa
tidak batal jika seseorang makan secara terlupa. |
||
|
(ii) |
Jual beli salam adalah sah. |
||
|
(iii) |
Mewakafkan buku adalah sah. [6] |
||
(c) |
Bincangkan pendapat ulama tentang kehujahan
istihsan. [10] |
Soalan STPM 2017 (Ulangan)
(a) |
Terangkan pengertian istihsan. [4] |
(b) |
Huraikan empat bahagian istihsan berserta
contoh. [8] |
(c) |
Bincangkan pendapat
ulama Usul fiqh mengenai
kedudukan istihsan sebagai sumber hukum dalam syariat Islam. [8] |
Soalan STPM 2019
(a) |
“Berpindah dari suatu yang sudah diberikan kepada hukum
lain
yang sebanding dengannya kerana ada suatu sebab yang dinilai lebih sesuai” Terangkan maksud pernyataan yang berhuruf condong di
atas. [4] |
(b) |
Jelaskan empat bahagian istihsan berserta
contoh. [8] |
(c) |
Bincangkan aplikasi kaedah istihsan dalam
pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan haram. [8] |
Soalan STPM 2023
(a) |
Terangkan maksud istihsan menurut syarak. [2] |
(b) |
Dengan mendatangkan nas, jelaskan tiga contoh istihsan
dengan nas. [9] |
(c) |
Bincangkan pandangan ulama mengenai kedudukan istihsan sebagai sumber
hukum. [9] |
Soalan STPM 2023 (Ulangan)
(a) |
Terangkan pengertian istihsan menurut ulama usul fiqh. [2] |
(b) |
Jelaskan empat bahagian istihsan. [8] |
(c) |
Bincangkan pendapat ulama tentang kedudukan istihsan
sebagai sumber hukum dalam perundangan Islam. [10] |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan