Objektif Pembelajaran:
a.
Menjelaskan pengertian kaedah, huraian dan contoh.
b.
Mengemukakan dalil yang
berkaitan dengan kaedah al-umur bi maqasidiha.
c.
Menjelaskan tujuan dan masa
berniat.
d.
Mengenal pasti amalan yang
tidak memerlukan niat.
e.
Menjelaskan syarat niat.
f.
Menjelaskan pengertian kaedah
terbitan, huraian dan contoh.
g.
Mengemukakan kaedah terbitan
dan mengaplikasikan dalam masalah semasa berdasarkan kaedah terbitan berikut:
i.
Al-niyyah fi al-yamin
tukhassis al-lafz al-‘am wala ta’umm al-khas.
ii.
Maqasid al-lafz ‘ala
niyyat al-lafiz.
iii.
Al-fard la yata’adda bi
niyyat al-nafl
iv.
Ma yusytarat fihi al-khata’ fihi mubtil
v.
Al-‘ibrah fi al-‘uqud li al-maqasid wa al-ma’ani la li al-alfaz wa
al-mabani.
1. KONSEP KAEDAH
الأُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا
Pengertian:
Segala perkara itu bergantung kepada niatnya.
Huraian Pengertian:
o
Segala perbuatan & perkataan itu dinilai berdasarkan kepada niat
seseorang.
o
Niat menentukan sama ada amalan seseorang itu mendapat pahala atau dosa.
o
Segala amalan tidak bernilai di sisi syarak jika tidak disertai dengan niat
di dalam hati.
o Seseorang yang melafazkan niat dengan lidah
sahaja tanpa hadir niat tersebut di dalam hati, maka ia tidak sah.
o Jika ada perselisihan di antara lafaz niat
dengan niat dalam hati, maka diambil kira niat dalam hati.
Contoh:
· Berwuduk/ mandi kadang kala untuk
membersihkan badan dan ada kala bertujuan ibadat.
· Duduk dalam masjid kadang kala untuk
beristirahat dan kadang kala bertujuan iktikaf.
· Memberi harta kepada orang lain dengan
pelbagai tujuan seperti sedekah, zakat, hibah dan kafarah.
·
Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai tujuan seperti untuk makan
dagingnya, korban, akikah dan nazar.
·
Memerah anggur jika diniatkan untuk dibuat arak adalah diharamkan tetapi
jika diperah untuk dijadikan cuka, maka ia diharuskan.
Dalil:
· Ali Imran: 145
وَمَن يُرِدۡ
ثَوَابَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَن يُرِدۡ ثَوَابَ ٱلۡأٓخِرَةِ نُؤۡتِهِۦ
مِنۡهَاۚ
“Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia,
Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu. Dan sesiapa yang menghendaki
balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu”
· Hadis Rasulullah SAW:
إنما الأعمال بالنيات, وإنما لكل امرئ ما نوى
2.
TUJUAN
BERNIAT
TUJUAN BERNIAT |
HURAIAN/ CONTOH |
Untuk membezakan ibadat
dengan adat |
· Berwuduk/ mandi kadang kala untuk
membersihkan badan dan ada kala bertujuan ibadat. · Duduk dalam masjid kadang kala untuk
beristirahat dan kadang kala bertujuan iktikaf. |
Untuk membezakan
martabat/ jenis ibadat |
· Memberi harta kepada orang lain dengan
pelbagai tujuan seperti sedekah, zakat, hibah dan kafarah. · Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai
tujuan seperti untuk makan dagingnya, korban, akikah dan nazar. · Solat dengan pelbagai tujuan seperti solat
fardu, solat sunat dan qada’. |
Untuk membezakan ibadat
dengan maksiat |
· Memerah anggur jika diniatkan untuk dibuat
arak adalah diharamkan tetapi jika diperah untuk dijadikan cuka, maka ia
diharuskan. · Menyembelih haiwan dengan niat korban,
akikah atau untuk berhala. |
Untuk membezakan antara
amalan taqarrub kepada Allah |
· Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai
tujuan seperti untuk makan dagingnya, korban, akikah dan nazar. |
Untuk membezakan darjah
pahala di sisi Allah |
· Seseorang yang melakukan amalan dengan niat
yang ikhlas kerana Allah akan memperoleh pahala yang banyak daripada Allah. · Semakin tinggi keikhlasannya semakin banyak
pahala kerana Allah menilai sesuatu amalan itu bukan berdasarkan kuantiti
tetapi berdasarkan niat seseorang yang ikhlas. |
3. MASA BERNIAT
MASA BERNIAT |
Niat hendaklah dilakukan pada permulaan
sesuatu amalan ibadat. |
CONTOH |
·
Wuduk: Berniat ketika membasuh muka ·
Mandi wajib: Berniat ketika air menimpa badan ·
Membaca khutbah: Berniat ketika membaca "الحمد لله" · Solat: Berniat ketika mengucapkan "الله
أكبر" |
PENGECUALIAN |
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
amalan ibadat yang harus didahulukan niat daripada perbuatan seperti: ·
Puasa Ramadan: Harus berniat pada malamnya lagi hingga
sebelum terbit fajar walaupun ibadat puasa belum lagi bermula. ·
Puasa sunat: Harus berniat walaupun waktu puasa telah
bermula. ·
Zakat: Harus berniat ketika menyerahkan zakat
kepada asnaf atau pemerintah. Manakala Mazhab Syafie berpendapat diharuskan
mendahulukan niat sebelum seseorang
menunaikan ibadat zakat. ·
Sembelihan korban: Harus berniat sebelum sembelihan dilakukan. |
4. SYARAT NIAT
SYARAT NIAT |
HURAIAN |
ISLAM: |
· Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan
oleh orang kafir. · Namun ada PENGECUALIAN: Ø Sah niat & mandi wajib untuk haid dan
nifas wanita ahli kitab yang bertujuan menghalalkan suaminya yang muslim
menyetubuhinya. Ø Sah niat & pembayaran kafarah orang
kafir. Ø Sah niat & pembayaran zakat orang
murtad. |
MUMAIYYIZ: |
· Tidak sah niat & ibadat kanak-kanak
belum mumaiyyiz. · Namun ada PENGECUALIAN: Ø Sah niat & wuduk kanak-kanak belum
mumaiyyiz yang diwudukkan oleh ibu bapa/ walinya untuk melakukan tawaf. Ø Sah niat & haji yang dilakukan oleh ibu
bapa/ wali kanak-kanak belum mumaiyyiz untuknya. |
WARAS: |
· Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan
oleh orang gila. · Namun ada PENGECUALIAN: Ø Sah niat & mandi wajib untuk haid dan
nifas yang dilakukan oleh suami ke atas isterinya yang gila. |
MENGETAHUI PERKARA YANG DINIATKAN: |
· Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan
oleh orang jahil (tidak tahu). Contoh: Tidak sah niat & solat yang dilakukan
oleh orang jahil tentang kefarduan solat. |
TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MEROSAKAN NIAT: |
Antara perbuatan yang boleh merosakkan niat
ialah: · Murtad. Jika murtad ketika solat/ puasa
maka batallah solat/ puasa itu. · Berniat memutuskan solat. Seperti berniat
untuk berhenti solat. Maka batal lah solat itu. · Ragu-ragu untuk melakukan ibadat. Seperti
seseorang yang ragu-ragu sama ada meneruskan atau menghentikan solat, maka
batal lah solat itu. |
5.
AMALAN
YANG MEMERLUKAN NIAT & AMALAN YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT
A.
AMALAN YANG
MEMERLUKAN NIAT:
Amalan yang hanya sah jika ada niat seperti: Wuduk/
tayammum Mandi wajib/ mandi sunat, Solat fardu/ solat sunat, Puasa, Haji/
umrah, Nazar/ qada’, Korban/ akikah.
B.
AMALAN YANG
TIDAK MEMERLUKAN NIAT
1.
Ibadat yang tidak mungkin menjadi adat.
Contoh: Beriman kepada Allah, berzikir, berwirid, berselawat,
membaca al-Quran dan sebagainya, kerana ibadat tersebut berbeza dengan adat.
2.
Jika perbuatan tersebut dinazarkan, maka hukumnya wajib berniat. Tujuannya
untuk membezakan ibadat yang dilakukan itu sama ada wajib atau sunat.
3.
Meninggalkan perbuatan yang diharamkan dan makruh, kerana tujuan perintah untuk meninggalkan perbuatan haram/
makruh telah tercapai walaupun tanpa niat.
Contoh: Meninggalkan perbuatan zina, minum arak, judi dan lain-lain.
4.
Memandikan jenazah. Tidak disyaratkan niat kerana tujuannya untuk
membersihkan jenazah daripada najis.
5. Seseorang yang ingin keluar daripada solat. Tidak disyaratkan niat kerana niat hanya diperlukan pada permulaan solat sahaja bukan pada kesudahan atau meninggalkan solat.
6. Menghilangkan najis.
7. Perkara mubah/ harus seperti makan, minum.
6. KAEDAH
TERBITAN
(1)
النية في اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعمم الخاص (Al-niyyah fi
al-yamin tukhassis al-lafz al-‘am wala ta’umm al-khas) |
|
PENGERTIAN |
Niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz
yang umum, tetapi ia tidak dapat mengumumkan lafaz yang khas. |
HURAIAN
PENGERTIAN |
Niat seseorang yang dilakukan dalam
bersumpah boleh: o
Mengkhususkan lafaz yang Umum o
Memuqayyadkan lafaz yang Mutlak o
Menerangkan lafaz yang Mujmal |
CONTOH/
HURAIAN CONTOH |
o Sumpah yang Mengkhususkan lafaz yang Umum: - A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan
bercakap dengan seseorang pun”. ·
Lafaz “seseorang” adalah lafaz yang Umum. Tetapi lafaz tersebut boleh dikhususkan
jika dia berniat tidak bercakap dengan B. o
Sumpah yang Memuqayyadkan lafaz yang Mutlak: -
A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan makan daging”. ·
Lafaz “daging” adalah lafaz yang Mutlak. Tetapi lafaz tersebut boleh
dimuqayyadkan jika dia berniat tidak makan daging arnab sahaja. o
Sumpah yang menjelaskan lafaz yang Mujmal: -
A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan memakai al-jun”. ·
Lafaz “al-jun” adalah lafaz yang mujmal. Tetapi lafaz tersebut boleh
dijelaskan jika dia berniat tidak akan memakai kain warna putih sahaja. #Al-Jun bermaksud kain berwarna
putih dan hitam# |
(2)
مقاصد اللفظ على نية اللافظ (Maqasid al-lafz
‘ala niyyat al-lafiz) |
|
PENGERTIAN |
Maksud lafaz adalah dirujuk kepada niat
orang yang melafazkannya. |
HURAIAN
PENGERTIAN |
Maksud lafaz/ perbuatan harus dikembalikan
kepada niat orang yang mengucapkan kata-kata/ melakukan perbuatan tersebut,
iaitu apa yang dimaksudkan olehnya. |
CONTOH/
HURAIAN CONTOH |
o
A memanggil hambanya yang bernama Hurrah (yang dibebaskan): “Wahai
Hurrah!” Jika A memanggil hambanya itu dengan niat untuk membebaskannya. Maka
bebaslah dia. o
A sedang mengerjakan solat, kemudian dia membaca takbir. Surah lazim
dengan suara yang nyaring dengan niat supaya diketahui oleh orang lain bahawa
dia sedang solat. Maka batal lah solatnya. o
Seorang suami berkata kepada isterinya: “Engkau dicerai, dicerai,
dicerai”. Dengan niat permulaan @ dengan niat lafaz yang kedua/ ketiga
menguatkan lafaz yang pertama. Dalam masalah ini, hukumnya jatuh talak dua.
Jika tidak berniat, pendapat yang sah jatuh talak tiga. o
Seorang yang berhadas besar memasukkan tangannya ke dalam bekas aiar
sesudah niat mandi wajib. Jika dia berniat mandi wajib, maka air tersebut
menjadi air musta’mal. Jika dia tidak berniat mandi wajib, pendapat yang sah,
menjadi air musta’mal. o
Jika seorang membeli perhiasan emas dengan niat untuk dipakai, maka tidak
wajib zakat. Tetapi jika dia berniat untuk disimpan, maka wajib zakat. Jika
dia tidak berniat, pendapat yang sah ialah tidak wajib zakat. |
*PENGECUALIAN |
o
Sumpah di hadapan hakim/ qadi. Maksud lafaz adalah dirujuk kepada niat
hakim/ qadi, bukan kepada niat orang yang melafazkan sumpah tersebut. |
(3) الفرض لا يتأدى بنية النفل (Al-fard la yata’adda bi niyyat al-nafl) |
||
PENGERTIAN |
Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat amalan sunat |
|
HURAIAN
PENGERTIAN |
Amalan fardu tidak akan terlaksana dengan niat amalan sunat kerana amalan
fardu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan amalan sunat. Jika seseorang
berniat amalan yang wajib, maka ia merangkumi amalan yang sunat juga. |
|
CONTOH/
HURAIAN CONTOH |
o
Seseorang yang menghulurkan sedikit wang dengan niat zakat dan sedekah.
Apa yang diambil kira ialah niat sedekah. Zakat hukumnya tidak sah. o
Seseorang solat zuhur secara berjemaah di masjid tetapi dia berniat solat
tahiyyatul masjid. Solat zuhur tidak sah. o
Seseorang yang membaca khutbah dengan niat membaca khutbah Jumaat dan
khutbah Gerhana secara serentak. Apa yang diambil kira ialah khutbah Gerhana.
Khutbah Jumaat hukumnya tidak sah. o
Seorang bersembahyang dan memberi salam pertama dengan niat salam kedua,
maka salamnya tidak dikira. o
Seorang bersin di dalam solat, lalu dia berkata: “Alhamdulillah”.
Kemudian dia menyambung membaca al-Fatihah. Solat hukumnya batal. o
Seorang bersembahyang telah meninggalkan sujud, kemudian dia sujud sahwi.
Menurut pendapat yang sah, solat fardu batal. |
|
*PENGECUALIAN |
الفرض
يتأدى بنية النفل |
|
*PENGERTIAN |
Amalan fardu terlaksana dengan niat amalan sunat. |
|
*HURAIAN
PENGERTIAN |
Kadang kala berlaku dalam masalah tertentu,
seseorang yang berniat menunaikan amalan sunat, tetapi niat dan amalan sunat
tersebut boleh berubah menjadi amalan wajib. |
|
*CONTOH |
o Seseorang yang berniat menunaikan haji dan umrah
sedangkan dia belum menunaikan yang fardu, maka dia mendapat yang fardu. o Seseorang yang dalam tasyahhud akhir
sedangkan dia telah meninggalkan tasyahhud awal, kemudian dia sedar
tertinggal tasyahhud awal, hukum solat sah. |
(4) وما يشترط فيه التعرض فالخطأ فيه مبطل (Ma yusytarat fihi
al-khata’ fihi mubtil) |
|
PENGERTIAN |
Amalan yang disyaratkan
ditentukan/dinyatakan niat, jika tersalah dalam menentukan/ menyatakan niat,
maka ia membatalkan amalan itu. |
HURAIAN
PENGERTIAN |
Apa yang disyaratkan supaya ditentukan/
dinyatakan niat, jika salah dalam penentuan/ pernyataan niat, maka
terbatallah amalan tersebut. |
CONTOH/
HURAIAN CONTOH |
o
Seorang yang akan mengerjakan solat zuhur diwajibkan menentukan/
menyatakan niat solat zuhur itu. Jika dia tersalah menentukan niat solat
zuhur (baca niat solat asar), maka solat zuhur itu batal. *Bentuk solat zuhur & asar adalah sama,
maka wajib dibezakan antara kedua-duanya dengan ditentukan niatnya. o
Seseorang yang berpuasa, namun dia tersalah dalam menentukan niat (baca
niat solat subuh), maka puasa itu batal. o
Solat fardu wajib ditentukan niat untuk membezakan dengan solat fardu
yang lain atau solat sunat. o
Puasa wajib ditentukan niat untuk membezakan puasa Ramadan, sunat, qada’
dan nazar. o
Haji wajib ditentukan niat untuk membezakannya dengan umrah. o
Sembelihan wajib ditentukan niat untuk membezakan antara korban, akikah,
nazar dan sembelihan biasa. |
(5) العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا
للألفاظ والمباني (Al-‘ibrah fi al-‘uqud li
al-maqasid wa al-ma’ani la li al-alfaz wa al-mabani) |
|
PENGERTIAN |
Setiap yang diambil kira dalam masalah akad
ialah maksud lafaz dan maknanya, bukan lafaz dan bentuk perkataannya |
HURAIAN
PENGERTIAN |
Apabila akad berlaku, di mana terdapat perbezaan
di antara makna lafaz orang yang
melakukan akad dengan lafaz perkataan yang diucapkannya, maka yang diambil
kira adalah maknanya selagi mana maknanya itu dapat difahami. |
CONTOH/
HURAIAN CONTOH |
o
A berkata: “Aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekian-sekian
dengan harga RM 50”. Lalu penjual menjawab: “Aku jual kepada engkau”. ·
Imam Nawawi: Akad ini dikira sebagai jual beli (berdasarkan lafaz) ·
Imam al-Subki: Akad ini dikira sebagai “salam” (berdasarkan makna lafaz) o
A berkata: “Aku hibahkan barang ini kepada engkau dengan harga RM100. ·
Akad ini dikira sebagai jual beli berdasarkan makna lafaz. o
Seseorang yang menderma darah kepada seorang pesakit dengan menerima
bayaran. Maka ia dikira sebagai jual beli bukannya derma. o
Tidak sah akad nikah yang bertujuan untuk cina buta. |
Soalan
STPM 2013
(a) |
Rasulullah SAW bersabda: إِنَّمَا
الاَعمَالُ بِالنِيَاتِ وَإِنمَا لِكُلٍ امرِئٍ مَا نَوَى Berdasarkan hadis di atas,
jelaskan kaedah yang terbit daripadanya berserta contoh, dan terangkan
kepentingan niat dalam sesuatu amalan. [8] |
(b) |
Dengan berpandukan jawapan
anda pada bahagian (a) di atas, huraikan hukum dan kaedah terbitan bagi persoalan
yang berikut: |
|
(i).
A telah bersumpah dengan katanya, “Demi Allah, aku tidak
akan menegur sesiapapun hari ini”. Walau bagaimanapun, dalam hatinya sumpah
itu ditujukan kepada B. Kemudian, dia berjumpa dengan C dan
berbual-bual dengannya. [3]
(ii).
Semasa berlaku pertengkaran, D
telah menghalau isterinya keluar dari rumah dengan niat menceraikannya. [3]
(iii).
X berkata kepada Y, “Aku hibahkan kereta ini
kepada kamu dengan syarat kamu bayar kepada aku RM5000.00”. Y
bersetuju dan membuat bayaran kepada X. [3]
(iv).
Z solat Subuh secara berjemaah di masjid tetapi dalam
solat berkenaan dia berniat solat tahiyatul masjid. [3] |
Soalan STPM 2014
(a) |
Terangkan
kaedah الاُمُورُ بِمَقَاصِدِهَا dari segi pengertian, huraian, dan
dalil. [6] |
(b) |
Dengan
mengemukakan alasan, jelaskan sama ada amalan yang berikut memerlukan niat
atau sebaliknya: (i)
Membaca kitab suci al-Quran. (ii) Sembelihan
kambing untuk aqiqah. (iii) Wirid
dan zikir selepas solat. [6] |
(c) |
“Ada ketikanya amalan fardu tidak diambil kira dengan
sekadar berniat amalan sunat”. Huraikan pernyataan di atas dengan
mengemukakan kaedah terbitannya dan berikan satu contoh yang berkaitan
dengannya. [8] |
Soalan STPM 2014 (Ulangan)
(a) |
Terangkan
maksud kaedah al-Umuru bi Maqasidiha berserta dalil. [6] |
(b) |
Jelaskan
peranan niat, masa perlu niat, dan mengapakah sesetengah amalan tidak perlu
kepada niat? [8] |
(c) |
“Seorang pelajar bersumpah bahawa dia tidak akan
bermain bola, tetapi dia berniat untuk bermain bola keranjang. Kemuadian dia
bermain bola sepak apabila diajak oleh kawan-kawannya”. Dengan menggunakan kaedah terbitan daripada
kaedah al-Umur bi Maqasidiha, huraikan hukum bagi masalah tersebut. [6] |
Soalan STPM 2015
(a) |
Terangkan maksud
kaedah الأمور بمقاصدها berserta dalil. [4] |
(b) |
Jelaskan
empat syarat niat dalam sesuatu ibadat. [8] |
(c) |
Berdasarkan kaedah الأمور بمقاصدها, tentukan hukum dan kaedah terbitannya. (i) A menghimpunkan puasa qada’
Ramadan dengan puasa sunat Syawal, tetapi dia berniat puasa sunat Syawal
sahaja. [2] (ii) Seorang
tuan memanggil hambanya yang bernama Hurrah (yang bermaksud dibebaskan)
dengan niat membebaskan hambanya. [2] (iii) B telah menderma buah pinggangnya
kepada seorang pesakit dengan bayaran tertentu. [2] (iv) Seseorang
yang dalam keadaan berjunub melafazkan ayat-ayat yang terdapat dalam al-Quran
dengan niat berzikir. [2] |
Soalan STPM 2016
(a) |
Terangkan
amalan yang tidak menjadikan niat sebagai syarat sah berserta contoh. [6] |
(b) |
Jelaskan
tiga contoh amalan yang tidak memerlukan niat. [6] |
(c) |
Bincangkan kaedah الفرض
لا يتأدى بنية النفل dalam melakukan ibadat. [8] |
Soalan STPM 2017
(a) |
Terangkan
dua tujuan disyariatkan niat berserta contoh. [4] |
(b) |
Huraikan
maksud kaedah وما يشترط فيه التعرض فالخطأ فيه مبطل dan berikan contoh berserta alasannya. [6] |
(c) |
Berdasarkan
kaedah مقاصد اللفظ على نية اللافظ الا فى موضع واحد وهو اليمين عند
القاضى Bincangkan contoh pengaplikasiannya dalam permasalahan
pembuktian di Mahkamah Syariah. [10] |
Soalan STPM 2017 (Ulangan)
(a) |
Terangkan kaedah الأمور بمقاصدها berserta contoh. [4] |
(b) |
Jelaskan
empat syarat niat. [8] |
(c) |
Bincangkan maksud kaedah النية
في اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعمم الخاص dan kaitkan antara kaedah ini
dengan kaedah الأمور بمقاصدها. [8] |
Soalan STPM 2020
(a) |
Jelaskan
maksud petikan hadis yang berikut dan kaitannya dengan kaedah fiqh yang berseuaian. Sabda
Rasulullah SAW: إِنَّمَا الاَعمَالُ بِالنِيَاتِ وَإِنمَا
لِكُلٍ امرِئٍ مَا نَوَى [4] |
(b) |
Terangkan
dua tujuan niat dalam beribadat berserta dengan contoh. [8] |
(c) |
Huraikan perkaitan kaedah terbitan dengan permasalahan
seperti berikut: (i)
Terdapat dua orang melakukan
akad dengan lafaz menghibahkan suatu barangan, tetapi syaratnya hendaklah
diterima dahulu pembayaran barangan yang akan diserahkan. [4] (ii) Seseorang
yang akan mendirikan solat zuhur, namun telah berniat mendirikan solat sunat tahiyyatul
masjid. [4] |
Soalan STPM 2020 (Ulangan)
(a) |
Terangkan
kaedah terbitan مقاصد اللفظ على نية اللافظ berserta dengan dua contoh. [6] |
(b) |
Dengan
memberikan contoh, jelaskan hadis yang berikut dan kaitannya dengan kaedah
fiqh yang berseuaian. Sabda
Rasulullah SAW: إِنَّمَا الاَعمَالُ بِالنِيَاتِ وَإِنمَا
لِكُلٍ امرِئٍ مَا نَوَى [6] |
(c) |
Huraikan permasalahan yang berikut dan kaedah terbitan
yang berkaitan: (i)
Encik A berkata kepada Cik B,
saya hibahkan pen ini dengan bayaran RM10. [4] (ii) Puan
C telah mendirikan solat zuhur tetapi tersalah ta’yin solat asar. [4] |
Soalan STPM 2021 (Ulangan)
(a) |
Perbuatan
dan tindakan dinilai berdasarkan niat. Terangkan pernyataan ini berserta
dengan dalil. [4] |
(b) |
Jelaskan
dua tujuan niat. [6] |
(c) |
Huraikan permasalahan berikut berdasarkan kaedah
terbitan bagi kaedah الأمور
بمقاصدها : (i)
Seseorang bersumpah: Demi Allah! Aku tidak akan bercakap
dengan sesiapa pun. [2] (ii) Seseorang tuan memanggil
hambanya bernama Hurrah yang bermaksud bebas. [2] (iii) Seseorang yang mengeluarkan
zakat kepada seseorang yang lain dengan niat bersedekah. [2] (iv) Seseorang yang akan mendirikan
solat Zuhur diwajibkan ta’yin niat solat zuhur. [2] (v) Seseorang yang menderma darah
kepada pesakit dengan menerima bayaran. [2] |
Soalan STPM 2022
(a) |
Jelaskan dua
amalan yang tidak memerlukan niat berserta dengan alasan. [4] |
(b) |
Terangkan
empat syarat sah niat. [8] |
(c) |
Bincangkan kaedah terbitan النية
في اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعمم الخاص berserta dengan contoh. [8] |
Soalan STPM 2022 (Ulangan)
(a) |
Dengan memberikan
contoh, terangkan maksud kaedah الأمور بمقاصدها. [4] |
(b) |
Jelaskan
tiga tujuan berniat dan masa berniat bagi seseorang yang melakukan
ibadat. [8] |
(c) |
Huraikan permasalahan yang berikut berdasarkan kaedah
terbitan yang bersesuaian: (i) Cik
A menunaikan solat zohor dengan berniat solat asar. [2] (ii) Puan
B berniat menunaikan haji sunat, sedangkan dia belum pernah menunaikan
haji sebelum ini. [2] (iii) Encik
C bersumpah dengan berkata, “Demi Allah, aku tidak akan makan daging.”
Namun begitu, Encik C makan ikan yang disajikan oleh isterinya. [2] (iv) Encik
D yang sedang mengerjakan solat isyak menyaringkan suaranya pada
bacaan takbiratul ihram yang bertujuan untuk memberitahu kawannya yang
dia sedang mengerjakan solat. |
CONTOH SOALAN DAN
JAWAPAN
1. Terangkan
kaedah الأُمُوْرُ
بِمَقَاصِدِهَا (al-Umuru bi Maqasidiha/segala perkara
bergantung kepada niat) dari sudut pengertian, dalil dan contoh.(6m)
Contoh Jawapan:
Ø Maksud kaedah ialah sesuatu amalan itu mestilah
berasaskan kepada niat seseorang.
Maknanya, segala amalan tidak bernilai atau tidak sah di sisi syarak jika tidak
disertai dengan niat di dalam hati.(2m)
Ø Dalil kaedah ialah إِنَّمَا
الاَعمَالُ بِالنِيَاتِ(2m)
Atau
Hadis Rasulullah saw yang mafhumnya “Sesungguhnya segala
amalan itu dinilai berdasarkan kepada niat”
Ø Contoh: Solat tidak
sah sekiranya tiada niat.(2m)
2. Jelaskan peranan/tujuan
niat, masa perlu niat, dan mengapakah sesetengah amalan tidak perlu kepada
niat? (8m)
Contoh
Jawapan:
Ø Terdapat beberapa peranan atau tujuan niat iaitu:
1.
Untuk membezakan antara
ibadat dan adat(1m). Contohnya berada di masjid kadangkala
dengan tujuan berehat semata-mata atau dengan tujuan beriktikaf(1m).
2.
Untuk membezakan satu
ibadat dengan ibadat yang lain(1m). Contohnya
solat dilihat dari segi perlaksanaannya sama sahaja tetapi niat yang membezakan
seperti solat zohor dan asar(1m).
Ø Masa perlu berniat, pada asalnya niat hendaklah dilakukan
pada permulaan sesuatu ibadat itu dilakukan. Namun terdapat beberapa amalan
yang harus didahulukan niat daripada perbuatan seperti puasa diharuskan berniat
sebelum fajar. Hal ini kerana adanya kesukaran menunggu waktu menjelang fajar,
maka niat boleh didahulukan. (2m)
Ø Sesetengah amalan tidak memerlukan niat kerana terdapat
amalan-amalan yang tidak ada persamaan dengan amalan lain dan amalan tersebut
bukanlah suatu adat seperti beriman kepada Allah, membaca al-Quran kecuali
nazar, berzikir, berkaitan memandikan jenazah dan sebagainya. (2m)
3. Jelaskan tiga
contoh amalan yang tidak memerlukan niat. (6m)
Contoh Jawapan:
Contoh amalan yang tidak memerlukan niat:
i. Ibadat yang tidak mungkin menjadi adat(1m). Contohnya beriman dengan Allah taala, membaca
al-Quran kecuali nazar, berzikir dan seumpamanya kerana perbuatan tersebut
berbeza dengan dengan perbuatan lain(1m).
ii. Meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah(1m). Dalam hal ini, niat tidak diperlukan kerana
tujuan daripada perintah meninggalkan perbuatan tersebut telah tercapai
walaupun tanpa niat(1m).
iii. Menghilangkan/membersihkan najis(1m).
Ia adalah perbuatan yang mengandungi dua unsur iaitu perintah dan larangan.
Menurut para Ulama, ia tidak memerlukan niat kerana persamaannya dengan
meninggalkan sesuatu. Unsur perintah iaitu syariat memerintahkan supaya
menghilangkan najis manakala unsur larangan iaitu meninggalkan tubuh kita
daripada ada najis(1m).
iv. Berkaitan memandikan jenazah(1m).
Ini kerana menurut pendapat para ulama, tidak disyaratkan niat kerana tujuannya
adalah membersihkan jenazah seperti menghilangkan najis(1m).
4. Jelaskan
empat syarat niat dalam sesuatu ibadat. (8m)
Contoh Jawapan:
Syarat niat dalam sesuatu ibadat ialah:
i. Islam(1m). Tidak sah
ibadat daripada orang kafir kerana mereka bukan ahli ibadat(1m).
ii. Mumaiyyiz(1m). Kanak-kanak
yang belum mumaiyyiz dan orang gila tidak sah ibadatnya(1m).
iii. Mengetahui perkara yang diniatkan(1m).
Sesiapa yang tidak tahu kefardhuan wuduk atau sembahyang maka tidak sah jika
dilakukan. Begitu juga jika hanya mengetahui sebahagian sahaja sembahyang itu
fardhu, tetapi tidak mengetahui kefardhuan sembahyang yang diwajibkan ke
atasnya. Begitu juga halnya dengan amalan-amalan lain yang memerlukan niat(1m).
iv. Tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan niat atau
ibadatnya(1m). Contohnya sekiranya seseorang
murtad sewaktu ia sedang sembahyang, berpuasa atau sedang melakukan ibadat
haji, maka terbatallah ibadatnya(1m).
5. Terangkan
kaedah yang terbit/cabang dari kaedah الأُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا (al-umur bi maqasidiha) berserta contoh.
Contoh Jawapan:
Kaedah yang terbit
dari kaedah al-umur bi maqasidiha ialah:
/
اَلنِّيَّةُ
فِي الْيَمِين تُخَصِّصُ اللَّفْظَ الْعَامَّ وَلَا تُعَمِّمُ الْخَاصَّi.
(Al-niyyah fi
al-yamin tukhassis al-lafz al-‘am wala ta’umm al-khas) niat pada sumpah
mengkhususkan lafaz umum, tidak mengumumkan lafaz khusus.
Contoh:
“Ya Allah, aku tidak akan
bercakap dengan sesiapapun”, sedangkan niatnya ditujukan kepada seseorang iaitu
Zaid. Maka sumpahnya itu khas untuk zaid sahaja. Haram dia bercakap dengan Zaid
sahaja.
/ Maqasid
al-lafz ‘ala niyyat al-lafiz: مَقَاصِدُ اللَّفْظِ عَلَى نِيَّةِ
اللَّافِظِii.
Iaitu maksud
sesuatu lafaz adalah mengikut niat pelafaz.
Contoh: Seorang suami berkata kepada isterinya: “Engkau dicerai, dicerai,
dicerai”. Dengan niat lafaz kedua dan ketiga adalah untuk menguatkan lafaz
pertama. Maka dalam hal ini talak yang jatuh adalah talak satu. Ada ulama
berpendapat, sekiranya tiada niat maka hukumnya tertalak tiga.
/ Al-fard la yata’adda bi niyyat al-nafl: اَلْفَرْضُ لَا يَتَأَدَّى بِنِّيَّةِ
النَّفْلِiii.
iaitu amalan fardu
tidak terlaksana dengan niat melakukan amalan sunat.
Contoh: Seseorang berniat mandi sunat hari jumaat sedang ia hendak
menghilangkan hadas besar. Menurut pendapat kebanyakan ulama, hadas besar tidak
hilang.
وَمَا
يُشْتَرَطُ فِيْهِ التَّعَرُّضِ فَالْخَطَأُ فِيْهِ مُبْطِلٌiv.
(Ma yusytarat fihi al-khata’ fihi
mubtil) iaitu amalan-amalan yang disyaratkan ta’yin,
jika tersilap ta’yin maka batallah amalan itu.
Contoh: Seseorang yang akan mengerjakan sembahyang zuhur diwajibkan ta’arud
(menegaskan/memastikan) dengan niat sembahyang zuhur. Oleh itu, tidak sah
seseorang yang mengerjakan sembahyang zuhur namun dia menegaskan dengan niat
sembahyang asar.
اَلْعِبْرَةُ فِي الْعُقُوْدِ لِلْمَقَاصِدِ
وَالْمَعَانِي لَا لِلْأَلْفَاظِ وَالْمَبَانِيv.
(Al-‘ibrah fi al-‘uqud li al-maqasid wa
al-ma’ani la li al-alfaz wa al-mabani) iaitu apa yang
diambil kira dalam sesuatu akad ialah maksud dan maknanya, bukan pada lafaz dan
bentuk perkataannya.
Contoh: Tidak sah akad perkahwinan yang bertujuan untuk ‘cina buta’/tahlil.
6. Rasulullah SAW
bersabda: إِنَّمَا الاَعمَالُ بِالنِيَاتِ وَإِنمَا لِكُلٍ امرِئٍ
مَا نَوَى
Berdasarkan hadis di atas, jelaskan kaedah yang terbit
daripadanya berserta contoh, dan terangkan kepentingan niat dalam sesuatu
amalan. (8m)
Contoh Jawapan:
Kaedah yang terbit
daripada dalil di atas ialah kaedah:
الأُمُوْرُ بِمَقَاصِدِهَا (al-Umuru bi
Maqasidiha/segala perkara bergantung kepada niat)(2m)
Contoh:
Memerah anggur jika diniatkan untuk dibuat arak adalah hukumnya haram
tetapi jika diperah untuk dijadikan cuka, maka hukumnya harus.(2m)
Kepentingan niat dalam sesuatu amalan:
1.
Untuk membezakan antara
ibadat dan adat(1m). Contohnya berada di masjid
kadangkala dengan tujuan berehat semata-mata atau dengan tujuan beriktikaf(1m).
2.
Untuk membezakan satu
ibadat dengan ibadat yang lain(1m). Contohnya
solat dilihat dari segi perlaksanaannya sama sahaja tetapi niat yang membezakan
seperti solat zohor dan asar(1m).
7. Berdasarkan
kaedah الأُمُوْرُ
بِمَقَاصِدِهَا,
huraikan hukum dan kaedah terbitan bagi persoalan yang berikut:
i. A telah bersumpah dengan katanya, “Demi Allah, aku tidak
akan menegur sesiapapun hari ini”. Walau bagaimanapun, dalam hatinya sumpah itu
ditujukan kepada B. Kemudian, dia berjumpa dengan C dan
berbual-bual dengannya.(3m)
Contoh Jawapan:
Hukum:
A tidak berdosa/tidak
dikenakan kifarat sumpah.
Kaedah terbitan: اَلنِّيَّةُ فِي
الْيَمِين تُخَصِّصُ اللَّفْظَ الْعَامَّ وَلَا تُعَمِّمُ الْخَاصَّ
(Al-niyyah fi al-yamin tukhassis al-lafz al-‘am wala ta’umm al-khas)
niat pada sumpah mengkhususkan lafaz umum, tidak mengumumkan lafaz khusus.
ii. Semasa berlaku pertengkaran, D
telah menghalau isterinya keluar dari rumah dengan niat menceraikannya.(3m)
Contoh Jawapan:
Hukum:
Isteri D tercerai/ jatuh
talak.
Kaedah terbitan: مَقَاصِدُ اللَّفْظِ
عَلَى نِيَّةِ اللَّافِظ
(Maqasid al-lafz ‘ala niyyat al-lafiz) iaitu maksud sesuatu lafaz
adalah mengikut niat pelafaz.
iii.
X berkata kepada Y, “Aku hibahkan kereta ini kepada
kamu dengan syarat kamu bayar kepada aku RM5000.00”. Y bersetuju dan
membuat bayaran kepada X. (3m)
Contoh Jawapan:
Hukum:
Hibah tidak sah.
Kaedah terbitan: اَلْعِبْرَةُ فِي
الْعُقُوْدِ لِلْمَقَاصِدِ وَالْمَعَانِي لَا لِلْأَلْفَاظِ وَالْمَبَانِي
(Al-‘ibrah fi
al-‘uqud li al-maqasid wa al-ma’ani la li al-alfaz wa al-mabani) iaitu apa yang diambil kira dalam sesuatu akad ialah maksud dan
maknanya, bukan pada lafaz dan bentuk perkataannya.
iv.
Z solat Subuh secara berjemaah di masjid tetapi dalam
solat berkenaan dia berniat solat tahiyatul masjid.(3m)
Contoh Jawapan:
Hukum:
Solat Subuh Z tidak
sah/batal. (1m)
Kaedah terbitan: اَلْفَرْضُ لَا
يَتَأَدَّى بِنِّيَّةِ النَّفْلِ
(Al-fard la yata’adda bi niyyat al-nafl) iaitu amalan fardu tidak
terlaksana dengan niat melakukan amalan sunat. (2m)
8. Dengan mengemukakan alasan,
jelaskan sama ada amalan yang berikut memerlukan niat atau sebaliknya:
i.
Membaca kitab suci al-Quran.
Contoh Jawapan:
Jenis amalan: Tidak memerlukan niat. (1m)
Alasan:
Amalan membaca al-quran
bukanlah adat serta tidak menyamai dengan amalan-amalan lain. (1m)
ii.
Sembelihan kambing untuk aqiqah.
Contoh Jawapan:
Jenis amalan: Memerlukan niat. (1m)
Alasan:Sembelihan
kambing tersebut mesti diniatkan untuk aqiqah kerana dengan adanya niat dapat
membezakan amalan tersebut sama ada untuk sembelihan biasa, untuk korban
ataupun nazar. (1m)
iii. Wirid dan zikir
selepas solat.
Contoh Jawapan:
Jenis amalan: Tidak memerlukan niat. (1m)
Alasan: Amalan wirid dan zikir bukanlah adat serta
tidak menyamai dengan amalan-amalan lain. (1m)
9. Berdasarkan kaedah الأمور بمقاصدها,
tentukan hukum dan kaedah terbitannya.
i.
A menghimpunkan puasa qada’ Ramadan dengan puasa sunat
Syawal, tetapi dia berniat puasa sunat Syawal sahaja.
Contoh Jawapan:
Hukum:
Puasa qada’ Ramadan Tidak
sah. (1m)
Kaedah terbitan:
(1m)اَلْفَرْضُ
لَا يَتَأَدَّى بِنِّيَّةِ النَّفْلِ
(Al-fard la yata’adda bi niyyat al-nafl) iaitu amalan fardu tidak
terlaksana dengan niat melakukan amalan sunat.
ii.
Seorang tuan memanggil hambanya yang bernama
Hurrah (yang bermaksud dibebaskan) dengan niat membebaskan hambanya.
Contoh Jawapan:
Hukum:
Hamba tersebut merdeka. (1m)
Kaedah terbitan:
(1m)مَقَاصِدُ اللَّفْظِ عَلَى نِيَّةِ
(Maqasid al-lafz ‘ala niyyat al-lafiz) iaitu
maksud sesuatu lafaz adalah mengikut niat pelafaz.
iii.
B telah menderma buah pinggangnya kepada seorang pesakit
dengan bayaran tertentu.
Contoh Jawapan:
Hukum:
Transaksi tersebut menjadi
jual beli dan bukannya derma kerana adanya bayaran.
(1m)
Kaedah
terbitan:
اَلْعِبْرَةُ فِي
الْعُقُوْدِ لِلْمَقَاصِدِ وَالْمَعَانِي لَا لِلْأَلْفَاظِ وَالْمَبَانِي
(Al-‘ibrah fi al-‘uqud li al-maqasid wa al-ma’ani la li al-alfaz wa
al-mabani) iaitu apa yang diambil kira dalam sesuatu akad
ialah maksud dan maknanya, bukan pada lafaz dan bentuk perkataannya.
10. Bincangkan kaedah الفرض لا يتأدى بنية النفل dalam
melakukan ibadat.(6m)
Contoh Jawapan:
الفرض
لا يتأدى بنية النفل bermaksud
amalan fardu tidak terlaksana dengan niat
melakukan amalan sunat. Ini bermakna amalan fardu tidak akan terlaksana dengan
niat amalan sunat kerana amalan fardu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan
amalan sunat. Jika seseorang berniat amalan yang wajib, maka ia merangkumi
amalan yang sunat juga.(2m)
Contohnya, seseorang berniat mandi sunat hari
jumaat sedang ia hendak menghilangkan hadas besar. Menurut pendapat kebanyakan
ulama, hadas besar tidak hilang. (2m)
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa amalan fardu
tidak terlaksana dan tidak sah dengan niat melakukan amalan sunat.(2m)
11. Bincangkan maksud kaedah النية في اليمين تخصص اللفظ العام
ولا تعمم الخاص dan kaitkan antara kaedah ini dengan
kaedah الأمور بمقاصدها.(8m)
Contoh Jawapan:
12. Berdasarkan kaedah
مقاصد اللفظ على نية اللافظ الا فى
موضع واحد وهو اليمين عند القاضى
Bincangkan
contoh pengaplikasiannya dalam permasalahan pembuktian di Mahkamah Syariah.
(10m)
Contoh Jawapan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan