CONTOH SOALAN & JAWAPAN
TAJUK
1: JUAL BELI
1.1 Konsep Jual Beli
(a) Terangkan konsep jual beli dari segi pengertian, hukum, dalil dan
hikmahnya. (10 M)
Contoh jawapan:
Konsep jual
beli dari segi pengertian, hukum, dalil dan hikmahnya:
Pengertian jual beli:
Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu
yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan qabul.
Hukum bagi
jual beli adalah harus.
Dalil:
firman Allah S.W.T:
( Sila tulis ayat al-Quran Surah An-Nisa 4:29)
Hikmat jual beli:
1. Memudahkan manusia untuk memiliki keperluan
yang halal. Tidak semua
orang mampu untuk menghasilkan semua keperluan hidup masing-masing. Di pihak
lain pandai menghasilkan barangan tertentu seperti pakaian. Di pihak lain pula
mahir menghasilkan barangan lain pula contohnya makanan. Melalui jual beli ini
memudahkan seseorang untuk mendapatkan keperluan yang dihajati pada bila-bila masa yang diperlukan.
|
2. Menghindarkan diri
daripada perbuatan keji. Dengan adanya pengharusan dan
aktiviti jual beli memberi kemudahan kepada seseorang untuk mendapatkan
keperluan harian. Secara langsung jual beli ini dapat menghindarkan diri
seseorang dari melakukan perbuatan keji seperti merampas dan mencuri hak orang
lain.
3. Manusia dapat
hidup tolong-menolong. Melalui aktiviti jual beli ini
akan menjalinkan ikatan saling memerlu antara penjual dan pembeli. Secara
langsung jual beli ini dapat memupuk sifat tolong-menolong dan bersatu padu antara
satu sama lain.
( b) Jelaskan
syarat-syarat bagi rukun-rukun jual beli.(8M)
Contoh jawapan
Syarat-syarat bagi rukun jual beli ialah:
1. Syarat penjual dan pembeli:
i. Cukup umur dan baligh.
·
Imam
Syafie: Tidak sah jual beli dengan kanak-kanak.
·
Imam Hanbali dan Hanafi: sah jual beli dengan kanak-kanak
yang sudah mumayyiz sekiranya barangan yang dijual beli itu kecil nilainya.
Contoh: Beli 1kg gula atau sabun.
ii. Waras : Tidak sah jual beli
dengan orang gila.
iii. Bukan dipaksa. Tidak sah jual beli yang
dilakukan secara paksa.
iv. Pembeli adalah Islam sekiranya barang dijual
adalah ayat al-Quran atau
hadith. Tidak sah jual senjata kepada musuh Islam.
vi. Merdeka : Tidak sah jual beli dengan hamba.
v. Bukan dari
golongan orang yang ditahan hartanya kerana muflis atau
bodoh.
2. Syarat barangan:
i. Bersih dari segi syarak : Tidak sah jual najis
atau bangkai.
ii. Tidak sah jual sesuatu barang yang terkena najis yamg tidak dapat
disucikan.
Contoh: Jual minyak wangi yang bercampur benda najis .
Imam Hanafi: sah jual minyak masak yang bercampur
najis kerana boleh disucikan. (sifat minyak yang tidak mudah bercampur dengan
air dll)
iii. Barang mendatangkan faedah dan bermanfaat.
Contoh: Tidak sah jual 3 biji beras .
iv. Barang
mestilah milik penjual atau wakil penjual.
v. Barang dapat diserahkan kepada pembeli ketika
akad.
vi.
Penjual dan pembeli tahu jenis, kadar dan sifat barang jualan.
3. Syarat ijab dan qabul
i. Tidak
diselangi dengan perkataan lain yang tidak ada hubungan dengan akad jual beli.
ii. Tidak boleh diam atau terputus jarak masa yang
lama di antara ijab dengan qabul.
iii. Mestilah sama ijab dan qabul dari segi maknanya walaupun berlainan
dari segi lafaz.
iv. Tidak
boleh dihadkan masa dan waktunya.
v. Tidak boleh ada taklik (syarat)
kerana tidak sah jual beli dengan bertaklik.
4. Syarat
harga/wang
i. Mestilah
harga itu bersih. Tidak sah harga bagi jual beli arak dan anjing.
ii. Harga itu sesuatu yang berfaedah pada syara'.
iii.Harga itu kepunyaan pembeli.
iv.Harga itu mampu pembeli menyerahkan kepada penjual
semasa akad.
v. Penjual dan pembeli tahu jenis matawang yang
digunakan tentang sifat dan kadarnya.
1.2 Jenis-jenis Jual Beli
Bincangkan perbezaan jual beli
yang sah tetapi haram dengan jual beli haram serta tidak sah.
Contoh jawapan:
Perbezaan
jual beli yang sah tetapi haram dengan jual beli haram serta tidak sah:
a.
Jual beli sah tetapi haram
·
Membeli barang
dengan harga yang lebih mahal daripada pasaran biasa.
·
Membeli barang
yang sudah dibeli oleh orang lain.
·
Menyekat pedagang-pedagang dari desa di
pertengahan jalan sebelum mereka masuk ke kota dan mereka tidak tahu harga
pasaran di kota.
·
Membeli barang
keperluan banyak dengan tujuan sorok dan disimpan untuk dijual dengan harga
yang mahal sedangkan masyarakat amat memerlukan barang tersebut.
·
Menjual barang
yang digunakan untuk tujuan maksiat.
·
Menjual secara
tipu dengan mencampurkan barang yang baik dan rosak.
·
Jual beli dengan
mengatasi tawaran orang lain.
b. Jual beli haram serta tidak sah
·
Jual air benih
binatang ternakan kerana tidak diketahui kadarnya, dianggap tidak bernilai dan
tidak dapat diserahkan.
·
Jual anak
binatang yang masih dalam perut ibunya.
·
Menjual
buah-buahan yang masih di atas pokok kecuali telah nyata masaknya.
·
Jual daging,
limpa, hati dan sebahagiannya dengan binatang lain contoh tidak sah hati kambing
campur hati lembu.
·
Jual beli bersyarat contoh "Aku
jual rumahku dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku".
·
Jual barang majhul yang tidak boleh
dilihat dan tidak boleh diterima contoh jual burung di udara atau ikan dalam
lautan.
·
Jualan dengan
syarat hutang.
·
Menjual sesuatu barang yang baru dibeli tetapi belum dapat diserahkan kerana
barang tersebut belum lagi menjadi miliknya.
(Nota: soalan “perbezaa”
boleh dijawab dalam bentuk jadual)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan