Pengikut

Jumaat, 12 Julai 2024

Fiqh Mirath: Persoalan Semasa

 

Hasil Pembelajaran:

a.         Membuat ulasan tentang:

                            (i)    Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia, iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka besar, dan harta pusaka ringkas.

                           (ii)    Peranan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka.

                                                       (iii)       Penyelesaian secara muafakat

 

 

Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia, iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka besar, dan harta pusaka ringkas.

 

1.     Harta Pusaka Kecil

Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat kurang daripada RM 2 juta yang terdiri daripada harta tak alih sahaja, atau campuran antara harta tak alih dan harta alih.

 

Tuntutan pembahagian harta pusaka kecil bagi orang-orang Islam dan bukan Islam boleh dibuat di Pejabat Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah di hadapan Pegawai Penyelesai Pusaka.

 

Kebiasaannya tuntutan atau permohonan pembahagian harta pusaka kecil dibuat di Pejabat Tanah di mana harta tak alih si mati terletak.

 

Sekiranya si mati mempunyai tanah yang banyak tempat, sama ada di negeri yang sama atau negeri yang berlainan maka daerah yang mempunyai nilai harta si mati yang paling tinggi akan mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikannya.

 

2.    Harta Pusaka Besar

Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati melebihi RM 2 juta harta tak alih sahaja, atau harta alih sahaja, atau campuran kedua-duanya atau harta yang kurang daripada nilaian RM 2 juta, tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.

 

Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan sama ada probet (surat kuasa wasiat bagi orang bukan Islam), surat kuasa mentadbir pusaka (bagi pusaka tanpa wasiat) ataupun surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar. (bagi si mati yang meninggalkan wasiat sebahagian hartanya.

 

Bagi yang beragama Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan hartanya tidak melebihi 1/3 kepada pihak-pihak yang lain selain daripada waris-warisnya kecuali dengan persetujuan semua waris-waris lain.

 

Permohonan boleh dibuat oleh waris-waris si mati atau si piutang sama ada secara  persendirian, melalui khidmat peguam ataupun menerusi bantuan Pegawai Penyelesai Pusaka atau ARB. Setiap permohonan hendaklah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Pusat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan sama ada harta pusaka tersebut telah dituntut atau sebaliknya.

 

3.     Harta Pusaka Ringkas

Harta pusaka tanpa wasiat yang ditinggalkan oleh si mati kurang daripada RM600.000 yang terdiri daripada harta alih sahaja tanpa wasiat seperti wang tunai, saham, KWSP, ASN ASB, kereta, wang simpanan dan sebagainya.

 

Permohonan untuk penyelesaian dan pembahagian harta pusaka ringkas hendaklah dibuat melalui Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad.

 

Pembahagian harta pusaka tersebut dibuat kepada waris-waris yang berhak mengikut  kadar tertentu sepertimana yang dinyatakan dalam Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

 

Peranan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka

1.       Mengeluarkan sijil faraid- jika waris yang terlibat ingin membahagikan harta pusaka secara faraid.

 

2.       Menentukan kesahan wasiat- jika si mati ada meninggalkan wasiat dan menjadi pertikaian di kalangan waris sama ada wasiat berkenaan sah atau tidak.

 

3.       Menentukan kesahan hibah- jika si mati ada membuat hibah semasa hidup dan menjadi pertikaian selepas kematian.

 

4.       Menentukan kesahan wakaf- jika si mati ada mewakafkan hartanya semasa hidup dan menjadi pertikaian di kalangan waris selepas kematiannya.

 

5.       Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian- suami atau isteri berhak menuntut harta sepencarian salah satu pihak yang meninggal sebelum pembahagian dilakukan.

 

6.       Mengesahkan akad nikah- jika timbul pertikaian tentang sah atau tidak sesuatu perkahwinan antara si mati dan waris.

 

7.       Menentukan status waris- jika timbul pertikaian sama ada seseorang waris itu berhak mendapat pusaka atau sebaliknya.

 

8.       Menentukan status harta pusaka- menentukan status harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada termasuk harta pusaka atau sebaliknya.

 

9.       Perisytiharan status agama- jika timbul pertikaian sama ada si mati atau waris beragama Islam atau sebaliknya.

 

10.   Menentukan kesahtarafan anak- jika berlaku keraguan sama ada seorang anak yang ditinggalkan si mati sah tarafnyanatau sebaliknya.

 

Penyelesaian secara muafakat

 

Pembahagian harta pusaka mengikut muafakat hukumnya harus sekiranya seseorang itu berpegang kepada konsep pembahagian iaitu:

“Asal pembahagian adalah mengikut faraid. Iaitu setiap orang wajib mengetahui terlebih dahulu  siapakah yang berhak mewarisi  harta pusaka itu dan berapa bahagian yang akan mereka perolehi sekiranya pembahagian dibuat mengikut hukum faraid. Sesudah itu mereka bolehlah bersetuju dengan apa cara pembahagian sekali pun sama ada mengikut kadar faraid, bahagian sama banyak, seorang memiliki satu harta, penyerahan hak kepada seorang atau beberapa orang sama ada dengan bayaran atau percuma dan sebagainya.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CONTOH SOALAN

(Soalan STPM 2013)

(a)

Terangkan tiga penanan Mahkamah Syariah di Malaysia dalam urusan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam. [6]

 

(b)

Jelaskan tiga liabiliti harta pusaka yang perlu ditunaikan oleh waris sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan. [6]

 

(c)

Terangkan pembahagian harta pusaka bagi seorang lelaki yang meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki, bapa, ibu, nenek (ibu kepada ibu si mati), dan datuk (bapa kepada bapa si mati). [8]

 

(Soalan STPM 2015 dan Ulangan 2014)

(a)

Terangkan maksud pembahagian harta pusaka secara muafakat dan hukumnya. [4]

 

(b)

Jelaskan dua syarat pembahagian harta pusaka secara muafakat. [4]

 

(c)

Huraikan kes pembahagian harta pusaka yang berikut menurut hukum faraid.

 (i)     Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan, dan empat orang saudara perempuan seibu sebapa. [6]

(ii)     Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak lelaki, dan ibu. [6]

 

(Soalan STPM 2018 dan Ulangan 2017)

(a)

Terangkan empat liabiliti dalam harta pusaka. [4]

 

(b)

Peranan utama Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia ialah mengeluarkan Sijil Faraid. Jelaskan cara permohonan sijil Faraid tersebut. [8]

 

(c)

Huraikan kes pembahagian harta pusaka bagi seorang lelaki yang telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan, tiga orang saudara perempuan seibu sebapa, dan seorang saudara lelaki sebapa. [8]

 

(Soalan STPM 2019 dan Ulangan 2018)

(a)

Terangkan maksud harta pusaka ringkas dan agensi yang terlibat dalam pentadbiran harta pusaka ringkas. [3]

 

(b)

Jelaskan prosedur tuntutan harta pusaka kecil di Unit Pembahagian Pusaka. [8]


 

(c)

Selesaikan kes pembahagian harta pusaka berikut:

 (i)     Seorang lelaki meninggal dunia dengan meninggalkan ibu, dua orang saudara perempuan seibu sebapa, seorang saudara perempuan sebapa, dan tiga orang bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa. [4]

(ii)     Seorang perempuan meninggal dunia dengan meninggalkan suami, bapa, dan seorang anak lelaki. Harta peninggalan si mati bernilai RM120 000.00.

 

 

 

 

(Soalan STPM 2020 dan Ulangan 2019)

(a)

Nyatakan dua perbezaan antara waris ashab al-furud dengan waris ‘asabah.[4]

 

(b)

Jelaskan proses pentadbiran dan pembahagian harta pusaka kecil bagi orang Islam berdasarkan peruntukan undang-undang di Malaysia. [8]

 

(c)

Selesaikan kes pembahagian harta pusaka seperti yang berikut:

 (i)     Seorang lelaki meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak  perempuan, seorang anak perempuan kepada anak lelakinya (cucu perempuan), dan dua saudara perempuan seibu sebapa dengannya. [4]

(ii)     Seorang perempuan meninggal dunia dengan meninggalkan ibu, bapa, dua orang saudara lelaki seibu sebapa dengannya, dan seorang saudara perempaun seibu dengannya. [4]

 

 

 

 

 

Fiqh Mirath: Liabiliti

        

 

Hasil Pembelajaran:

a.        Menerangkan liabiliti dalam harta pusaka, iaitu perbelanjaan pengurusan jenazah, pembayaran hutang, harta sepencarian, pelaksanaan wasiat, dan hak waris.

 

 

Pengertian:

Harta pusaka (tarikah)- Barang kekal yang ditinggalkan oleh si mati

Liabiliti- Tanggungan dalam harta pusaka.

 

Pengertian liabiliti menurut Istilah:

Menurut jumhur fuqaha selain Hanafiah:

Setiap perkara yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda seperti harta yang boleh dialih dan harta yang tidak boleh dialih dan hak-hak yang sabit baginya secara mutlak seperti manfaat ijarah, pinjaman, hak khiyar dan sebagainya.

 

Menurut Hanafiah:

Perkara yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang sebahagian dengan harta benda sahaja seperti harta boleh alih dan tidak dialih, juga hutang yang belum dibayar.

Islam amat mengambil berat tentang pembahagian harta pusaka dengan menentukan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Perkara tersebut penting diketahui untuk menjaga harta peninggalan si mati dari berlaku sebarang penyelewengan dalam pembahagian harta pusaka kepada waris-waris.  Perkara yang dimaksudkan ialah liabiliti dalam harta pusaka.

 

Liabiliti Dalam Harta Pusaka

Tanggungan dalam harta pusaka mengikut susunan sebagaimana berikut:

 

1.     Pengurusan jenazah

Iaitu segala kos pengurusan jenazah adalah diambil dari harta peninggalan si mati.

Menurut jumhur ulama, apabila seseorang meninggal dunia, perkara yang mula-mula dilakukan adalah menguruskan jenazah. Segala kos pengurusan si mati mula dari memandikan hingga menguburkannya adalah mengikut susah atau senangnya si mati.

Menurut ulama Hanafiah, jenazah hendaklah diuruskan secara sederhana, tidak membazir dan tidak pula kedekut.

Tidak termasuk dalam perbelanjaan pengurusan jenazah- perbelanjaan yang dilakukan kepada orang ramai seperti menyembelih lembu, kenduri arwah tujuh malam berturut-turut, kenduri sempena 40 hari, perbelanjaan sebagai upah membaca al-quran dan bertahlil di kubur atau di rumah dan sebagainya kecuali dengan keredhaan ahli waris.

 

2.     Membayar hutang

Selepas pengurusan jenazah maka hendaklah menjelaskan hutang-hutang si mati sekiranya ada. Pembayaran hutang hendaklah didahulukan dari melaksanakan wasiat. Ini berdasarkan kata Saidina Ali Karramallahuwajha:

رأيت رسول الله (ص) بَدَØ£َ بِالدَّين Ù‚َبْÙ„َ الوَصيَّØ©

 

Maksud: Aku lihat Rasulullah memulakan dengan (membayar) hutang sebelum (melaksanakan) wasiat


Hutang terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1.   Hutang dengan Allah:-

®     Pendapat Hanafiah- Gugur dengan sebab mati. Waris tidak wajib menunaikannya kecuali apabila diwasiatkan.

®     Pendapat jumhur ulama- Hutang-hutang Allah wajib ditunaikan dari harta peninggalan si mati walaupun tidak diwasiatkan.

2.   Hutang dengan manusia:-

®     Jika orang perseorangan, wajib dibayar kecuali diberi kemaafan.

®     Jika berhutang dengan orang ramai, wajib dibayar.

3.   Hutang dengan Allah dan manusia:-

®     Pendapat Imam Malik dan Imam Hanafi- Jika tidak mampu membayar kedua-duanya serentak, hendaklah didahulukan hutang manusia dari hutang Allah. Hal ini kerana manusia berhajat dan memerlukan harta sedangkan Allah SWT. Maha kaya dan tidak berhajat kepadanya.

®     Pendapat Imam Syafie- Dahulukan hutang dengan Allah dari hutang dengan manusia dan apabila harta itu cukup untuk membayar kesemuanya, hendaklah jelaskan kesemua hutang sama ada hutang dengan Allah, manusia, atau kedua-duanya.

 

3.    Harta sepencarian

Iaitu menyelesaikan tuntutan harta sepencarian oleh suami atau isteri yang masih hidup jika harta itu diperolehi  dalam masa perkahwinan dan kedua-dua pihak masing-masing ada sumbangan sama ada secara langsung  atau tidak langsung. Kadarnya diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

 

4.     Melaksanakan wasiat

Sekiranya si mati ada wasiat, hendaklah melaksanakan tidak lebih 1/3 dari baki harta yang ditinggalkan olah si mati selepas pengurusan jenazah, membayar hutang dan telah dituntut harta sepencarian.

 

Tidak harus melaksanakan wasiat jika lebih dari 1/3 harta peninggalan si mati kecuali dengan persetujuan semua ahli waris. Jika semuanya bersetuju maka terlaksanalah wasiat tetapi jika sebahagian sahaja bersetuju, wasiat boleh dilaksanakan sebahagian sahaja.

 

5.     Membahagikan harta pusaka (hak waris)

Iaitu membahagikan baki harta pusaka setelah melakukan 4 perkara di atas iaitu menguruskan jenazah, membayar hutang, melaksanakan tuntutan harta sepencarian dan melaksanakan wasiat. Hendaklah membahagikan harta pusaka kepada ahli waris yang berhak mengikut susunan waris yang berhak menerimanya.

 

CONTOH SOALAN

(Soalan STPM 2013)

(a)

Terangkan tiga penanan Mahkamah Syariah di Malaysia dalam urusan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam. [6]


(b)

Jelaskan tiga liabiliti harta pusaka yang perlu ditunaikan oleh waris sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan. [6]


(c)

Terangkan pembahagian harta pusaka bagi seorang lelaki yang meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki, bapa, ibu, nenek (ibu kepada ibu si mati), dan datuk (bapa kepada bapa si mati). [8]

(Soalan STPM 2016 & Ulangan 2015)

 

(a)

Terangkan tiga perkara yang boleh dan tiga perkara yang tidak boleh menggunakan harta pusaka dalam pengurusan jenazah. [6]


(b)

Jelaskan hukum dan alasan bagi kes yang berikut:

(i) Encik D menggunakan harta peninggalan arwah bapanya bagi mengadakan jamuan kenduri kesyukuran tanpa persetujuan waris-waris lain.

(ii)  Semasa hidup, Encik E tidak berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan kerana sakit. Beliau meninggal dunia sebelum sempat mengqada’ puasanya.

(iii) Encik F mewasiatkan sebidang tanah kepada anak lelaki sulungnya. Selepas Encik F meninggal dunia, semua waris tidak setuju dengan wasiat tersebut.  [6]


(c)

Selesaikan kes pusaka yang berikut:

  (i)  Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan ibu, dua orang saudara perempuan seibu sebapa, seorang saudara perempuan sebapa, dan tiga orang saudara lelaki sebapa. [4]

(ii)     Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan bapa, ibu kepada ibu (nenek sebelah ibu), dan tiga orang anak lelaki. [4]

 

(Soalan STPM 2017 & Ulangan 2016)

 

(a)

Terangkan maksud

  (i)     Harta sepencarian [2]

(ii)     Orang yang layak menuntut harta sepencarian selepas kematian. [2]


(b)

Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan hartaq dalam bentuk wang tunai berjumlah RM120.000.00. Waris terdiri daripada suami, tiga orang anak lelaki, seorang anak perempuan, bapa dan tiga saudara lelaki seibu sebapa. Huraikan pembahagian harta pusaka tersebut.  [8]


(c)

“Kebanyakan kes pembahagian harta pusaka secara muafakat yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia dikatakan tidak menepati hukum syarak.” Bincangkan. [8]

  (Soalan STPM 2018 dan Ulangan 2017)

(a)

Terangkan empat liabiliti dalam harta pusaka. [4]


(b)

Peranan utama Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia ialah mengeluarkan Sijil Faraid. Jelaskan cara permohonan sijil Faraid tersebut. [8]


(c)

Huraikan kes pembahagian harta pusaka bagi seorang lelaki yang telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan, tiga orang saudara perempuan seibu sebapa, dan seorang saudara lelaki sebapa. [8]

                 (Soalan STPM 2018 dan Ulangan 2017)

(a)

Dengan memberikan dua contoh, terangkan maksud halangan pewarisan.[4]


(b)

Jelaskan pandangan ulama mengenai pembayaran hutang si mati dengan Allah SWT dan pembayaran hutang si mati sesama manusia dengan menggunakan harta pusaka. [8]


(c)

Selesaikan kes pembahagian harta pusaka seperti berikut:

  (i)     Seorang lelaki meninggal dunia dengan meninggalkan ibu, empat orang anak perempuan, dan dua orang saudara perempuan seibu sebapa. [4]

(ii)     Seorang perempuan meninggal dunia dengan meninggalkan suami, ibu, dan bapa kepada bapa (datuk). [4]

(Soalan STPM 2021 dan Ulangan 2020)

(a)

Terangkan kedudukan suami dalam pembahagian harta pusaka. [4]


(b)

Jelaskan kaedah pelaksanaan wasiat dalam pembahagian harta pusaka. [6]


(c)

Seorang perempuan telah meninggal dunia dengan meninggalkan ibu, seorang saudara lelaki seibu, seorang saudara perempuan seibu, dan seorang saudara lelaki seibu sebapa. Semua waris si mati telah bersetuju dan bersepakat untuk mengagihkan harta pusaka yang bernilai RM60 000 secara sama rata.

Selesaikan pembahagian harta pusaka di atas sekiranya diagihkan secara faraid dan secara muafakat. [10]

 


(Soalan STPM 2022 & Ulangan 2021)

 

(a)

Mengapakah perkahwinan dan wala’ menjadi sebab pewarisan harta pusaka dalam Islam? [4]


(b)

Jelaskan kedudukan perbelanjaan pengurusan jenazah dalam liabiliti harta pusaka. [8]


(c)

Analisis pandangan fuqaha berkaitan dengan jenis pembunuhan yang menjadi halangan pewarisan. [8]