Sumber Hukum Yang Disepakati: Ijmak
Pengertian Ijmak:
Ijmak ialah persepakatan ulama mujtahidin daripada ulama umat Nabi
Muhammad pada perkara yang berhubung dengan hukum syarak selepas kewafatan Nabi
Muhammad.
Dalil ijmak: Surah an-Nisa: 59
|
Hukum Mengingkari Ijmak:
1. Sebahagian ulama berpendapat mengingkari ijmak adalah
kufur kerana ia termasuk dalam hujah yang disepakati (qat’ie).
2. Sebahagian ulama lain seperti Imam al-Haramain mengatakan
mengingkari ijmak adalah tidak kufur kerana dalil kehujahan ijmak adalah zanni
dan mengingkari kehujahan dalil tidak kufur.
BAHAGIAN/KATEGORI IJMAK:
A. Ijmak berasaskan pernyataan persetujuan:
1. Ijmak Sarih:
Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang dilahirkan secara berterus-terang oleh para mujtahid sama ada melalui kata-kata atau fatwa atau hukum muhakkamah atau amalan (perbuatan).
2. Ijmak Sukuti:
Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang dilakukan oleh sebahagian mujtahid secara jelas dan sebahagian lagi mendiamkan diri dalam batas waktu yang mencukupi untuk mereka membuat keputusan.
Syarat penerimaan Ijmak sukuti:
a) Mestilah melalui suatu masa yang cukup untuk berfikir atau membuat kajian dan rumusan tentang masalah yang diputuskan itu.
b) Tidak ada sebab untuk menakut-nakutkan mujtahid lain dalam mengeluarkan pendapat
c) Semata-mata diam, bukannya menolak.
Pandangan ulama tentang kehujahan ijmak sukuti:
Ulama berselisih pendapat tentang kehujahannya:
1. Ulama yang menerima:
i.
Pendapat al-Khurkhi
dari mazhab Hanafi dan Imam al-Amidi dari mazhab Syafie- menerima sebagai hujah
zanni.
Hujah/alasan mereka:
Berdiam diri sebahagian daripada ahli mujtahid
bukan semestinya muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan, bahkan
berdiam diri itu mungkin kerana bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau
gerun dengan kehebatan ulama yang telah mengeluarkan pendapatnya. Oleh itu
ijmak sukuti adalah hujah zanni.
ii. Pendapat dari Ulama Hanafi, Imam Ahmad dan sebahagian
ulama Syafie- menerimanya sebagai hujah qat’ie.
Hujah/alasan mereka:
Dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak, tidak
membezakan di antara ijmak soreh dan ijmak sukuti. Jika ditentukan dalil
tersebut kepada ijmak soreh sahaja mungkin tidak berlaku ijmak sedangkan ijmak
telah berlaku.
2. Ulama yang menolak: Imam maliki dan Syafie
Hujah/alasan mereka:
Tidak boleh dikatakan orang berdiam itu
bersetuju, kemungkinan kerana takut kepada kemudaratan pada diri/keluarga atau
harta atau berdiam diri untuk berijtihad atau berdiam diri kerana gerun pada
kehebatan ulama lain.
B. Ijmak berasaskan lokasi mujtahid:
1. Ijmak Mujtami’: Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang terhasil daripada semua mujtahid yang berada di satu tempat yang sama.
2. Ijmak muftariq: Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang terhasil daripada semua mujtahid yang berada di tempat yang berjauhan antara satu sama lain.
KEHUJAHAN IJMAK (Sarih):
Ijmak mengambil
tempat ketiga sebagai sumber perundangan Islam. Jumhur ulama bersepakat
bahawa ijmak adalah hujah yang qat’ie, wajib berpegang dengannya dan haram
menyalahinya. Apabila terlaksana ijmak mengenai hukum bagi sesuatu masalah dan diketahui, maka
jadilah hukum yang telah disepakati oleh ulama itu sabit secara yakin dan tidak
boleh menyalahinya.
Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah SAW yang memperkatakan ijmak ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 59:
|
Ayat ini jelas
kepada kita bahawa Allah memerintahkan kita supaya taat setia kepada Nya dan
kepada rasul Nya serta pihak yang bertanggungjawab di dalam masyarakat
termasuklah golongan ulama mujtahidin.
Selain daripada itu,
terdapat juga banyak hadis Rasulullah yang menunjukkan terpelihara umatnya atau
para ulama mujtahid dari tersalah. Ini merupakan jaminan baginda Rasulullah
terhadap kebenaran hukum ijmak antaranya:
Ù„َا تَجْتَÙ…ِعُ Ø£ُÙ…َّتِÙ‰ عَÙ„َÙ‰ ضَلاَÙ„َØ©ٍ
Tidak sepakat umat ku atas kesesatan
Manakala al-Nizam
(dari golongan ulama Muktazilah) , sebahagian khawarij dan syiah berpendapat
bahawa ijmak tidaklah menjadi hujah atau sumber hukum berdasarkan firman Allah:
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Ayat di atas tidak menyuruh merujuk kepada persepakatan para mujtahidin dari umat Rasulullah di dalam mengatasi masalah yang dipertikaikan itu. Maka, jelas bahawa ayat di atas menunjukkan tidak diambil kira persepakatan mereka (ijmak mereka) seterusnya ia tidaklah menjadi ijmak.
Jumhur ulama
menjawab hujah ini dengan mengatakan bahawa ayat tersebut menjadi hujah ke atas
kamu bukan hujah bagi kamu, kerana ia mewajibkan kembali dalam mengatasi
perkara yang dipertikaikan itu kepada al-Quran dan hadis. kehujahan ijmak
adalah di antara perkara yang dipertikaikan antara kami dan kamu. Oleh sebab
itu, maka wajib kembali dalam menentukan kehujahan ijmak atau tindakan kepada
al-Quran dan hadis. Dengan kembali kepada hadis kita dapati di dalamnya sesuatu
yang menunjukkan bahawa ijmak adalah hujah. Dengan itu kami telah berpegang
dengan ayat tersebut tetapi kamu tidak.
SANDARAN IJMAK:
Sandaran ijmak ialah
dalil yang bersandar kepadanya oleh para ulama mujtahidin mengenai hukum yang
disepakati oleh mereka.
Jumhur ulama
bersepakat berpendapat bahawa ijmak mestilah mempunyai sandaran atau
dalil kerana ijmak tanpa dalil membawa kepada memperkatakan dalam urusan agama
dengan pemikiran dan membawa kepada menggubal syariah yang baru selepas
Rasulullah SAW. Ini tidak harus kerana memperkatakan mengikut hawa nafsu dan ini
tidak harus berlaku kerana ijmak para ulama mujtahidin terpelihara dari
kesalahan.
A. Sandaran ijmak berdasarkan dalil qat’ie (Al-Quran dan Hadis mutawatir):
1. Ijmak bersandarkan kepada al-Quran:
Contoh: Ijmak ke atas haram berkahwin dengan nenek dan ke atas dan cucu dan ke bawah berdasarkan firman Allah Taala dalam surah an-Nisa’ ayat 23:
Maksudnya: Diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang berikut): ibu-ibu kamu…..
Para ulama bersepakat mengatakan yang dimaksudkan dengan lafaz (الأمهاتكم) di dalam ayat di atas ialah perempuan-perempuan yang asal bagi kamu termasuklah ibu, nenek dan ke atas, dan yang dimaksudkan dengan lafaz (بناتكم) ialah perempuan-perempuan cabang kamu termasuk anak perempuan, cucu perempuan dan ke bawah.
2. Ijmak bersandarkan kepada al-Sunah/ Hadis Mutawatir:
Contoh: Ijmak ulama menjelaskan diberi kepada nenek 1/6 dari harta pusaka. Kerana Rasulullah SAW telah memberi kepada nenek 1/6 dari harta pusaka.
B. Sandaran ijmak berdasarkan dalil zanni:
1. Ijmak bersandarkan kepada qiyas.
Contoh: Pengharaman lemak babi yang diqiyaskan kepada haram dagingnya.
2. Ijmak bersandarkan kepada maslahah mursalah
Contoh: Sayidina Umar al-Khattab mencadangkan supaya al-Quran dihimpunkan dalam sebuah mashaf disebabkan bimbang kehilangan ayat-ayatnya. Hal ini berlaku pada zaman khalifah Sayidina Abu Bakar ketika ramai para penghafal al-Quran telah terkorban dalam peperangan menentang kaum murtad.
1 |
(a) |
(i) |
Dengan memberikan dalil, berikan pengertian ijmak. |
[2] |
|
|
(ii) |
Terangkan jenis ijmak. |
[4] |
|
(b) |
Jelaskan pandangan ulama tentang kehujahan
satu daripada jenis ijmak tersebut. |
[6] |
|
|
(c) |
Bincangkan pandangan ulama tentang sandaran ijmak sebagai sumber hukum. (Ulangan STPM Sem2 2014) |
[8] |
2 |
(a) |
Dengan memberikan contoh, terang kan dua bahagian ijmak. |
[4] |
|
(b) |
Huraikan
pandangan ulama usul fiqh
tentang kehujahan ijmak sarih. |
[8] |
|
(c) |
Bincangkan pendapat jumhur ulama usul fiqh yang menyatakan bahawa ijmak perlu mempunyai sandaran dalil. (Ulangan STPM Sem2 2016) |
[8] |
3 |
(a) |
Bezakan ijmak sarih dengan ijmak sukuti. |
[4] |
||
|
(b) |
Huraikan
pandangan ulama usul fiqh
tentang kehujahan ijmak sukuti. |
[8] |
||
|
(c) |
Bincangkan pendapat ulama usul fiqh yang menyatakan bahawa ijmak mesti mempunyai sandaran dalil. (STPM Sem2 2019) |
[8] |
Soalan STPM 2022
4 |
(a) |
Bezakan ijmak sarih dengan ijmak sukuti. |
[4] |
|
(b) |
Terangkan empat rukun ijmak. |
[8] |
|
(c) |
Bincangkan pandangan ulama usul fiqh tentang kedudukan ijmak
sukuti sebagai sumber perundangan Islam |
[8] |
Soalan STPM 2022 (Ulangan)
5 |
(a) |
Berikan pengertian ijmak dan pembahagiannya berasaskan pernyataan
dan persetujuan. |
[4] |
|
(b) |
Dengan memberikan dalil al-Quran dan dalil al-Sunnah, jelaskan
kedudukan ijmak sebagai sumber hukum dalam perundangan Islam. |
[8] |
|
(c) |
Dengan memberikan contoh, bincangkan dua
sandaran ijmak dan kesannya terhadap sesuatu hukum yang diputuskan
berdasarkan ijmak tersebut. |
[8] |
kepada para pengunjung, mohon maaf perkungsian ini belum berapa lengkap. in sya Allah akan diupdate. mohon komen dan saran yang membina ya...tq.